Blog Cik Matahariku Kini 11 Juta Pageviews!

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Blog Cik Matahariku Kini 11 Juta Pageviews!-Alhamdulillah, sejak bulan Julai 2011, mendapat pageviews blog sehingga jutaan PV memang menjadi impian kebanyakkan Blogger.Saya pula bukanlah Blogger sepenuh masa yang pada asalnya mampu mencapai pageviews sebanyak ini.Namun kini, saya boleh berasa syukur kerana saya mempunyai sebab yang kuat supaya blog saya ini sentiasa mendapat kehadiran pengunjung setiap masa dan ketika.


Pageviews Blog Cik Matahariku capai 11 Juta pv

Paparan pageviews blog di dashboard Blogger

Template Blog Yang Responsif
Ini merupakan sebab yang kuat bermulanya pageviews blog saya naik dengan cepat dalam tempoh tiga bulan sahaja.Penukaran template blog kepada yang responsif memudahkan blog kita diakses secara mobile.Saya tak akan lupa nasihat dan saranan berharga dari kakak yang saya kasihi dalam dunia blogging ini iaitu Blogger Aynora

Ini cerita dan perkongsian tips daripada Blogger Aynora tatkala blog beliau capai 12 juta pageviews- Aynora Blogs capai 12 juta pageviews-

Sejak itulah, saya lihat perkembangan blog ini semakin baik hari ke hari.Apabila pageviews meningkat, ia turut mendorong peningkatan Unique Visitor (UV) yang pastinya sangat disukai oleh para Blogger yang meletakkan pelbagai iklan di blog mereka khasnya iklan Nuffnang yang mengambilkira jumlah UV ke blog.

Iklan Adsense Berstatus Aktif
Selain itu, saya juga melangkah ke satu lagi fasa pemasangan iklan Adsense dalam blog.Saya pernah mohon sebanyak tiga kali untuk meletakkan iklan Adsense dalam blog ini, hanya pada kali keempat barulah pihak Goggle meluluskan permohonan saya.

Advertisement
Antara iklan Adsense yang terpapar dalam blog

Syukur, Alhamdulillah:)Ramai juga para Blogger yang berharap dapat letak iklan Adsense ini dalam blog kerana nilai bayaran yang lumayan iaitu dalam matawang USD, Insha Allah, kepada mana-mana Blogger, yang belum lagi approve iklan Adsense mereka, jangan mudah berputus asa kerana jika ada rezeki kita di situ, kita akan dapat juga, sama ada lambat atau cepat sahaja masanya. 

kebanyakkan iklan Adsense sangat mencuri perhatian pengunjung kerana colourful dan cantik

Ruang Iklan  Untuk Disewa
Yup! ini lagi satu kelebihan apabila blog kita sudah mencapai jutaan pageviews.Blog kita akan berupaya menarik para peniaga atau usahawan di luar yang mahu menyewa ruang iklan atau mendapatkan khidmat review produk di blog kita.Menarik bukan?Bila kita sediakan ruang iklan untuk disewa dalam blog, ia secara tak langsung dapat menjana pendapatan pasif kepada kita.Pendapatan yang kita tidak perlu bekerja mati-matian, tetapi hasilnya masuk ke akaun kita dengan mudah.Best kan..:)

Harapnya apa yang saya kongsikan ini dapat beri manfaat kepada para pembaca khasnya blogger yang mahu memajukan blog masing-masing.Insha Allah.Terima kasih baca entri ini dan kongsikan dengan blogger lain kalau kita tahu ia dapat bantu mereka majukan blog dengan lebih baik-

Post a Comment

0 Comments