Nasi Arab Paling Sedap di Restoran Taj Hadramawt, Taman Melati Utama, Kuala Lumpur.

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Nasi Arab Paling Sedap di Restoran Taj Hadramawt, Taman Melati, Kuala Lumpur.Alhamdulillah. Akak sekeluarga memang peminat Nasi Arab yang pastinya disediakan oleh Pak Arab sendiri. Yelah kan, nak pi negeri Arab tu, belum ada rezeki lagi.Jadi, kita ambik bau Nasi Arab dululah ya.muehhee.

Nasi Arab Chicken Madghout-Whole di Restoran Taj Hadramawt.
Set Nasi Arab ni berharga RM39.00-

Setakat ini kami memang pernah makan Nasi Arab di beberapa tempat di Jalan Duta, di area Selayang, di Batu Pahat dan juga di Ampang. Tapi seriously, kami hanya mengulang makan Nasi Arab ni di Restoran Taj Hadramawt.Memang terbaik dan ikut selera kami.heheh.

Restoran Taj Hadramawt, Taman Melati Utama, Kuala Lumpur.

Akak bukanlah Review Food Blogger, jadi kali ni cuma nak kongsikan kat readers blog, Nasi Arab Restoran ni memang recomended.Kalau rasa nak cuba Nasi Arab yang akak dan family suka ni, bolehlah waze nama restoran ni kat area Taman Melati Utama ya!

Restoran ni memang luas dan sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai family besar macam akak n Abang haji ni ha.Sekali datang, paling kurang mesti pilih meja dengan 7 seat.Bertabahlah oii.Alhamdulillah, setakat ni, service depa ni memang tak menghampakan.

Ekau tengok buku menu dia pun dah rasa ko kat Arab beb..haha.

Bagi chance kat Abang Haji buat order dulu ya!

order pertama dah sampai..punyalah besor dia punya roti ni sampai terkeluar dari pinggan akak..uishh..

orait, sementara tunggu nasi arab sampai panas-panas nanti, kita belasah roti ni dulu.yeahh.

Sedapnya la hai Fahsa ni..bukan Fasha Sandha okey! fahsa tu nama hidangan ni.Kita orag makan roti sambil cicah Fahsa ni.Hidangan ni sebenarnya daging kambing yang dimasak sampai lembut dengan kuah yang ala-ala kari kot.entahlah.den belasoh je..kihkih.

Yang ni namannya Oqda Lamb-sama rasanya macam hidangan yang kat atas tu, tapi yang ni kering tanpa kuah.Sangatlah mantap rasanya.sodap weii.

Orait, Nasi Arab Madghout kita orang dah sampai. Ehh..ehh..banyaknya nasi dia.Kann.Insha Allah, setakat kita orang tujuh beranak ni boleh setel dlm masa yang ditetapkan okey..haha.

Haih.Nasi Arab Madghout..kenapalah ko sedap sangat? Buat rosak diet akak je tau..muehehhe.

 ni hidangan sampingan untuk kita lawankan makan dengan Nasi Arab ni.Memang complete lah jadinya rasa Nasi Arab tu..pheww

Ni pun sama.Entah apa ke namanya.Kalau ekau order Nasi Arab Madghout, dia dapat sekalilah nanti ni.Kira dalam set Nasi Arab depa nilah.. 

Jemput makan semua :) semoga korang yang geng suka makan Nasi Arab juga akan berpeluang makan kat sini.Mesti cuba beb!

Satu lagi yang akak suka sangat dengan Nasi Arab ni, nasi itu sendiri.Setakat ko makan nasi je pun dah sedap.Tak payah fikir nak lawan makan dengan lauk apa beb.Rasa rempah-rempah dia segala bagai.Ok, lagi satu, jangan risau akan harga makanan kat sini.Kalau setakat ekau order Nasi Arab macam akak ni, dengan air mineral je pun, tambah GST lagi, sekitar RM90-93 sahaja.Bajet tujuh orang makan okey!

Restoran ni buka dari pukul 11 pagi hingga 12 malam.Memang sesuai juga kalau nak buat makan-makan dengan kawan-kawan yang ramai atau family yang besar.Ruang solat juga disediakan.Cuma yang tak bestnya ko kena cari tempat parking keretalah ya! Biasalah area KL ni, kena pulak restoran ni terletak kat pusat perniagaan, memang selalu penuhlah.

Orait, kalau ada readers yang nak cuba Nasi Arab ni, akak kongsikan adress restoran dia ya!

Restoran Nasi Arab Taj Hadramawt
No. 45G, Taman Melati Utama, Setapak, 53100 Kuala Lumpur

Telefon: 03-4106 3323


Ha, nak story apa lagi? Dah cukup.Dah kenyang pun kan tengok gambar ni.haha.Apa lagi ajaklah Abang Haji korang melawat restoran ni.kehkeh.Insha Allah, pasti tidak menghampakan:)


Post a Comment

3 Comments

  1. Baru makan bukak puasa tadi. Makanan memang mantap. Layanan pun elok =) Kalau Chicken Madghout (1/2 Chicken) tu boleh makan 4 orang. RM22 sahaja. Berbaloi <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, betul tu, layanan pekerja kat restoran ni memang menyenangkan hati:) wahh..dah cuba chicken Madghout ya..sedap kann:)

      Delete
  2. Nasi arab nih memang portion² banyak, ditambah side orders roti memang rasa cepat kenyang ;). Di Kota Bharu Royale, Mandy & Kabsah menjadi pilihan. Selalu juga orders food delivery & hantar kerumah setiap hari...

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!