Blog Rasmi Berkaitan Pengurusan Buku Teks Di Sekolah Rendah

As Salam,
Syukur.Dah lama saya berangan nak buat blog rasmi berkaitan tugas dan peranan saya di sekolah.Cuma kali ini di sekolah baru, saya berkesempatan menguruskan dan membangunkan sebuah official blog yang saya  namakan : Blog Rasmi Bilik BOSS SK Kampung Baru Si Rusa.yay!!

Inilah rupa blog rasmi Bilik BOSS sekolah saya:) saya pilih tema purple white sama dengan pilihan warna bilik BOSS sebenar di sekolah.Jangan lupa follow ya!

Saya jemput korang ramai-ramai follow blog rasmi di sini ya : Follow Blog Rasmi Bilik Boss SKKBSR

Sebelum ini, ketika menguruskan Program Nilam di sekolah lama, saya ingin kongsikan banyak aktiviti menarik di sekolah saya berkaitan Nilam, tetapi kekangan masa yang terhad, saya simpan dahulu hasrat tersebut. Insha Allah, saya mahu semua peranan saya di sekolah, yang saya lihat dapat tambah nilai dalam pekerjaan rakan guru , saya akan kongsikan.Doakan saya ya!

Rak buku dan ruang pemprosesan buku di Bilik BOSS sekolah yang kini sudah menjadi pejabat rasmi saya. Bilik ini selalu dikunjungi pengawas-pengawas SPBT sekolah pada waktu rehat bagi tujuan membantu saya menjalankan tugas-tugas mengagihkan buku dan sebagainya.

Sebenarnya saya ada dua ruang yang saya manfaatkan fungsinya sebagai Bilik Boss.Ruang ini merupakan ruang meletakkan buku teks, ada satu lagi bahagian yang saya tak sempat nak snap gambar, merupakan ruang kaunter dan tempat saya menjalankan tugas-tugas sebagai guru dan penyelaras SPBT sekolah.

Maklumlah Blog baru, maka takdelah post yang banyak.Baru buat tiga hari lepas kot.haha.Saya jemput semua follow blog saya yang baru ini jika ingin mendapatkan input atau sedikit pengalaman saya menguruskan Buku Teks di sekolah:)

Saya pernah kongsikan sebelum ini, Tahun 2019 merupakan tahun kedua saya menjadi Penyelaras SPBT sekolah.Kini, saya mulai belajar menguruskan Bilik BOSS dengan lebih baik dan bersungguh-sungguh.Semoga Allah beri kemudahan kepada saya:)

Antara pengawas SPBT yang berkelapangan hadir ke sekolah semasa aktiviti gotong royong pada hujung minggu ini.Memang seronok dapat makan bersama-sama anak-anak ini selepas penat bergotong royong:)

Orait, thanks for reading this entry.Jangan lupa follow tau!

Post a Comment

0 Comments