12 Idea Mudah Dekorasi Atau Cara Hiasan Pokok Sensevieria @ Snake Plant Dalam Rumah

As Salam,
12 Idea Mudah Dekorasi Atau Cara Hiasan Pokok Sensevieria @ Snake Plant Dalam Rumah- Wahh.wahh.kemain seronok akhkak-akhkak dan mak-mak se-Malaya yang dapat pokok Snake Plant @ Senseviera tu ya.Ada yang bekejar ke nursery bunga, ada yang minta dengan jiran dan kengkawan, ada yang mintak mak dan mak mertua.Asalkan ada pokok viral tu kat rumah, jadilah.hehe.

Snake plant ni memang paling cun kat mata saya kalau dapat pasu white macam ni.Tak kisahlah bentuk pasu macam mana, asalkan white.Tak tahulah kesukaan korang macam mana.Especially yang jenis Gold black ni.Mungkin aura colour hijau gelap dan kuning dia tu memang masyuk dengan pasu putih kot.

Orait, itulah kita, geng orang pompuan.Selagi kita boleh update dengan perkembangan semasa, selagi itulah kita rasa complete dah hidup kita.Ini just my randomly pendapat je.Jangan ada yang terasa ya.Bagi saya secara personal, selagi yang kita ikut dan turut tu beri kebaikan, bagi manfaat dan menambah nilai dalam hidup kita, its okey.

Dekorasi macam ni pun elok jugak.Depa dok atur semua kaum kerabat senseviera ni dalam satu sudut atau ruang.Senang kalau nak pakat siram.Kalau merata satu rumah kita letak dia, jenuh jugak time nak siram,Nasib baik pokok ni bajet siram dia seminggu atau sebulan sekali je pun boleh.haha.

Okey, kali ini saya nak kongsikan serba sedikit idea dan tips dekorasi Pokok Snake Plant dalam rumah.Alang-alang kita nak pokok ni dapat kurangkan habuk dalam rumah katanya kan, apa salahnya kita hias bagi cantik rumah kita dengan dekorasi pokok snake plant ni.Kurang-kurang, kalau tetamu datang, rasa sejuk dan sedap mata memandang.Haa gitu :)

 Letak atas meja pun nampak cantik. Kalau meja kecil, kita letak sepokok okey sangat dah kan.Buat bagi oksigen lebih kat anak-anak yang nak study tu.Asyik dok mengantuk je kan.Kalau dah letak snake plant pun tak cukup oksigen, tahu dah kita bukan masalah pokok ke, buku ke, masalah sebenar anak kitalah tu.heh.

 Snake plant yang ni macam triplets kan.Subhanllah.Kenapalah elok sangat ni.Tumbuh dan besar sekata je.Tinggi pun naik sama elok. Kalau nak buat macam ni pun lawa.Letak atas side table.
Ini antara dream yang saya nak buat untuk pokok snake plant saya.aaminn.

 Ini pula dekorasi snake plant untuk window rumah kita.Indoor plant ni kalau ikut pemahaman saya, depa memang tak mahu banyak sangat air, tapi depa perlu sangat cahaya matahari atau cahaya.Seminggu sekali memang kena bawak atau letak kat luar rumah.Tapi kalau dah letak kat window yang direct dapat cahaya matahari, memang senanglah sikit kerja kita kann.

 Dekorasi yang ini pula dibuat dekat dengan balcony rumah. Geram pulak tengok pasu putih bentuk silinder tu.Mana boleh dapat pasu lawa macam tu ya?

Ini pula boleh cuba untuk ruang tamu atau ruang rehat family.Rasa macam dok kat taman pulak kalau  dekorasi macam ni kan.

 Bagi saya secara personal, pemilihan pasu juga penting kalau kita nak buat dekorasi dengan snake plant ni kann.Tengok dia jenis daun yang macam mana.Kalau dah sofa putih, pasu putih mungkin tak naik seri sangat kot.Jadi bila guna pasu hitam atau warna lain, baru nampak kontranya.

 Idea dekorasi ni pun menarik.Letak sepokok snake plant ni kat dalam bilik tidur. Harapnya boleh tidur lena sambil bantu kurangkan toksik dalam badan.Saya suka idea ni.

 Tips dekorasi seterusnya.Letak kat tangga dekat dengan pintu masuk rumah.
Kalau sesiapa design rumah dia bertangga macam ni, bolehlah buat :)


Ini pula snake plant di rumah saya :) Saya letakkan di sudut ruang tamu.Jika ruang tamu atau wall rumah korang warna putih, snake plant ni memang akan menghidupkan sudut ruang rumah kita.Naik sikit serinya gitu.heh.

Idea dekorasi yang  terakhir.Nampak pokok snake plant je kan, melainkan ko zoom sikit, baru nampak pasu dan teko tu.Tapi macam saya sebut di awal tadi, snake plant jenis daun Black Gold ni memang menawan digayakan dengan pasu putih.

Orait, bolehlah lepas ni deko indoor plant korang dengan idea yang saya kongsikan ni.Semua pic ni saya ambil dari Google.Lagi satu, snake plant juga lawa kalau kita letak dalam bekas kaca atau botol kaca dan isikan air.Dekorasi yang macam tu, saya share kemudian ya.InshaAllah.

Selamat menghias rumah dengan indoor plant :)



Post a Comment

3 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!