Blog Tetap Dihati

 Bismillah,

Dua tiga hari sebelum menulis pada hari ini, saya teringat-ingat betapa gigihnya saya menulis di sini pada masa lalu. Keinginan berkongsi apa yang saya buat atau apa yang saya rasa dalam ruang blog ini ibarat satu terapi bagi diri saya. Betullah.Bukan semua perkara kita boleh luahkan kepada insan rapat atau sahabat karib.Kadang kita bukan nak sangat depa respon atau selesaikan masalah kita.Kita cuma nak depa dengar dan jangan cakap apa-apa.haha.

Gambar solo Tuan Tanah semasa mengikuti lawatan jelajah ilmu bersama geng 
PPIM daerah Port Dickson.

Niat menulis pada hari ini lebih kepada melepaskan kerinduan menulis di Blog sendiri. Baru-baru ini saya kembali aktif membaca dan membeli novel di pasaran.Kembali menjejak buku-buku novel setelah sekian lama saya tinggalkan sejak melahirkan anak kelima, 10 tahun lalu. lama kan?

Minat membaca mendorong saya mula menulis.Itulah cerita asal usul mengapa saya mempunyai Blog.Teringat kata-kata seorang Guru saya semasa di Sekolah Menengah dahulu, hanya orang yang banyak membaca sahaja yang mampu menulis dengan baik. Entahlah.Yang saya setuju, kebanyakan penulis biasanya mempunyai minat membaca.Yang itu sohih.

Novel apa yang saya baca ?

Novel fiksyen.Novel cinta.Macam budak remaja pulak.haha. Setakat ini ada 3 buah buku yang saya tak sempat baca lagi lagi.Bayangkan dalam sebulan, saya gasak beli sampai 6 buah novel. Macamlah takde kerja lain nak buat kan.Padahal, mengaji Quran pun dari bulan Disember tak khatam-khatam lagi.Teruk nau Cikgu sorang ni.

Hmmm.Apa lagi nak bagitahu kat sini. Orait.Yang ini saya nak share pasal masak-masak.

Saya dah jarang kongsi resepi, tapi itu bukan bermakna saya tak masak ya.Hari-hari masak je.Cuma nak bagitahu, saya dah pandai masak Nasi beriyani Kambing.Kebetulan resepi yang saya guna tu, ngam dan menjadi kesukaan family. Nak saya share resepi tu tak?

Nasi Beryani dengan kari kambing style mamak memang feveret Encik Suami dan anak-anak. Kadang saya masak lebih dan hantar kat jiran-jiran.Alhamdulillah.

Nasi Beryani yang enak biasanya saya buat rempah sendiri atau guna rempah beryani Maggi.Tambah menyelerakan bila nasi tu kita guna beras jenis brasmathi yang berkualiti.Pasti sedap.

Oklah.Taknak tulis panjang-panjang.Sebelum kamu dan dia mulai bosan, biar saya undur diri dulu.InshaAllah, kalau Allah izin, saya pasti kembali lagi :)- 

Post a Comment

4 Comments

  1. meriah menu nasi beriani kari kambing tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, tu yg bestnya kalau masak sendiri kat rumah kan..hehe..

      Delete
  2. Dah lama tak nampak akak update ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan tanah hampir lemas ke laut dalam...huhu..doakan saya rajin semula berblog:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!