Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku :)

 Assalamualaikum,

Salam Syawal dan Salam lebaran korang semua :) Hampir 13 hari kita meraikan Syawal nan mulia ini.Tiba-tiba sahaja den rindu nak berblog petang-petang yang damai ni.Hari ni saya ambik cuti rehat khas (CRK ) sebab pagi tadi uruskan anak lelaki ada appointment Doktor Pakar di Klinik Peadtrik di Hospital Tunku Jaafar (HTJ) Seremban.

Alhamdulillah.Saya mohon doa semua agar kesihatan anak lelaki saya dipermudahkan.Dia okey sahaja cuma kena refer pakar sebab ada masalah kalenjar ( air liur berlebihan) di bawah lidahnya.Doktor beritahu, puncanya sebab pernah terluka di kawasan bawah lidah ( mungkin tergigit ketika makan). bila luka, air liur keluar berlebihan, sehingga berkumpul membentuk gelembung air seperti ketulan daging bawah lidah. Wallahuaalam. Selebihnya saya berdoa semoga ALLAH lindungi anak saya dari segala kemudaratan dengan ujian ini.aamin

Hmmm.Raya apa cerita ya?

Raya kali ini paling sederhana seingat saya yang pernah kami sambut sejak anak-anak semakin membesar.Cumanya saya bersyukur, walaupun sederhana, namun kegembiraan dan kebahagiaan ketika meraikannya tidak berkurang sedikit pun.Alhamdulillah.

Salam Lebaran daripada Cik Matahariku sekeluarga :)

Gambar raya Family saya :) Mak pak anak 5 orang. Sekejap nau rasa anak-anak dah besar dah lebih tinggi dari mak pak.kalau sesiapa follow blog saya dari zaman anak 3, tahulah camna depa zaman kecik-kecik dulu.Eh..macam ramai org follow blog dia.kihkih.

Tahun ini, saya takde masak atau sediakan mana-mana pun hidangan hari raya.Mungkin faktor kekangan masa beraya tahun ini tidak mengizinkan saya menjadi chef di dapur.haha.Cuma sempat memasak Nasi Beryani dan Kari Daging atas permintaan mak Mertua masa raya kedua.

Giliran Beraya di Kampung Encik Suami

Tahun 2024, giliran raya pertama sampai ketiga di rumah mertua.Setakat ini macam tulah giliran yang kami buat.Belum sekali kami mencemar duli dengan giliran beraya ini.haha.Cuma tahun ini ada sedikit kelainan.Selepas berdiskus dengan Encik Suami, saya mencadangkan supaya raya tahun ini saya tidak beraya bersama ahli keluarga selepas raya ketiga, sebaliknya saya mahu pulang awal semasa minggu akhir ramadan supaya dapat berpuasa bersama ibu dan adik beradik.

Puncanya kerana cuti raya tahun ini yang sangat pendek,Bayangkan raya kelima, kami sudah perlu pulang ke rumah di PD.Anak sulung pula dah kena balik Kuantan ( belajar di kampus UIA).Jadi, saya pun nak jadi isteri solehah, taknak peningkan Encik Suami utk rancang perjalanan raya kami.Den tahu sangat, suami pulak jenis plan well kalau nak buat apa2.Jadi, kami putuskan macam tu masa bulan puasa lagi. Harap suami den take note la bab ni.haha.

Encik Suami mengetuai bacaan tahlil utk ahli keluarga dipagi raya. Ini memang rutin atau kelaziman setiap kali kami beraya di dua-dua kampung.Sebaik orang lelaki selesai solat sunat raya, kami akan sambung dengan buat takbir, tahlil, marhaban dan sesi bermaafan bersama orang tua dan adik beradik.

Yang depan sekali anak perempuan sulung saya, yg juga merupakan cucu sulung keluarga sebelah mertua.Yang lain tu geng sepupu anak-anak kami.kalau ikutkan penuh ruang tamu rumah mak mertua ni dengan adik ipar dan biras.Den ambik sikit-sikit je gambo sebab segan nak beriya depan mertua.kihkih.

time beraya, bergambar dengan adik-adik biras yang ohsem dan baik sangat.Sayang depa ni semua.Saya ni kira pangkat Mak Long kat Kampung Suami.Tapi lebih kepada kak Long kawasan kalau dengan adik2 biras ni.haha.

Sejak awal kahwin, bila beraya di kampung suami, kami akan beraya sampai malam pada raya pertama dan kedua.Maklumlah jenis saudara mara ramai. Penat tu memanglah penat, tapi dah kata raya, masa nilah kita saling ziarah menziarahi.InshaALLAH, setakat ini saya memang kenal dengan suami pakcik  makcik dan sepupu sepapat sebelah suami.Inilah pentingnya ziarah raya, supaya anak-anak pun kenal saudara mara mereka.

Salam Aidil fitri kepada semua :) Keluarga besar sebelah suami.


Kak Long dengan Abang Long kawasan. Anak buah adalah dalam 19 orang. 14 daripada 19 orang cucu mak mertua semuanya lelaki.Manalah kami tak jadi abg long n kak long kawasan.haha. 

Akhir kata, sebelum mengundur diri, saya ambil kesempatan dan peluang ini utk ucapkan SALAM AIDIL FITRI kepada semua pembaca Blog Cik Matahariku.Mohon maaf zahir batin jika ada tersalah perkataan dan tulisan sepanjang saya berblog.

Semoga Syawal kali ini memberi impak besar dan manfaat dalam hidup kita.Masa inilah perhubungan dapat dieratkan dan jika ada salah silap dengan sesiapa, inilah ruang terbaik untuk mohon kemaafan.Teringat kata-kata saya sendiri kepada anak-anak, Syawal ini adalah cerminan ibadah puasa kita semasa Ramadan.Jika masih berakhlak buruk dan degil, ibadah puasa yang lalu seolah tiada nilai taqwa dalam diri.Wallahualam.

Sehingga bertemu lagi:) aamin.


Post a Comment

2 Comments

  1. Seronoknya anak-anak buah ramai..salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari SA dan family kecil SA

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, alhamdulillah SA, selamat hari raya juga utk awak sekeluarga:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!