Tanaman Hiasan Di Laman Porch Rumah Semakin Subur dan Hijau

 Assalamualaikum,

Tanaman Hiasan Di Laman Porch Rumah-Dah lama sangat saya tak update perkembangan pokok-pokok tanaman hiasan yang saya tanam sejak PKP beberapa tahun lalu. Korang rasa pokok-pokok tu hidup lagi ke idok.haha.Tengok gaya tuan tanah kedaung ni, macam mustahil pokok-pokok tu hidup lagi kan. Sesungguhnya, berbalik kepada niat asal saya tanam pokok-pokok tu, dengan ini sukacitanya saya umumkan bahawa pokok-pokok tanaman tu masih hidup dan kini sedang membesar dengan jayanya! yay.

Antara pokok hiasan yang saya tanam dalam pasu dan letakkan di porch laman rumah saya.warna daun ni sebenarnya hijau, merah dan krim.Tapi bila dapat pancaran cahaya yang mencukupi, daun pokok ini berwarna merah dengan lebih banyak.Cantik kan coraknya.


Pokok puding yang ini daunnya juga merah dan hijau.Saya ambil aanknya dari rumah Mak di Kota Tinggi.Masa tu pokok asal yang kat rumah mak dah hampir mati kering.Alhamdulillah, sekarang dah beranak pinak, dan seriously pokok ini sangat senang nak jaga dan cepat membiak.Sapa nak cuba tanam, memang recommendded habiss.

PELBAGAI JENIS POKOK HIASAN DI LAMAN PORCH RUMAH

Pokok yang ini juga mudah dijaga.Boleh hidup dalam air atau dengan tanah.Daun dia masa kecil agak berbeza bila dah besar saiz tapak tangan.Jap lagi saya tunjuk pokok ni kalau daun dia besar ya.Cantik bila dia besar sebab pokok ni jenis rimbun dan warna hijau dia memang mendamaikan.rasa macam rumah ko dalam hutan.haha.


Pokok ni jenis memanjat dan menjalar.Warna gabungan daun dia memang saya love sangat.Sesuai kalau kita nak hangging dia kat balcony.Pokok ni pun mudah dijaga, sangat cepat subur dan boleh hidup dalam air atau atas tanah.Setakat ni saya ada sedekahkan pokok ni dekat adik n akk ipar.depa pun jenis suka tanam pokok kat rumah.Memang happy betul ya bila org syg pokok dapat hadiah pokok, lebih happy dari dapat emas.haha.


Kalau ada yang nak tahu camna saya buat pokok menjalar ni boleh rimbun dalam pasu camtu, senang je.Bila time dia mula menjalar dan memanjang, korang lilitkan dia kat keliling pasu tu, sebelah dalam.Nanti akar dia tumbuh dan lekat kat tanah dalam pasu.Ulang-ulang buat macam tu, setiap kali daun-daun dia mula menjalar.InshaALLAH, jadi cantiklah pokok ni merimbun.


Pokok ini sepatutnya daun dia lebih banyak merah jambu tau, bukan hijau pekat camni. Macam yang saya inform sebelum ni, pokok-pokok ni saya tanam bawah porch, jadi dia dapat cahaya matahari sipi-sipi je.hihi.

Alhamdulillah, pokok-pokok ni semuanya mudah dijaga.Saya siram sekitar seminggu dua kali kalau rajin, kalau sibuk kadang-kadang dua minggu sekali baru siram.sian pokok-pokok ai.

Sebenarnya bagi saya, antara faktor yang mendorong pokok hiasan saya ni masih tumbuh subur ialah sebab saya letakkan pokok-pokok ni bawah laman berbumbung.Tempohari masa cuaca tengah panas teruk, ada juga beberapa pokok yang daunnya naik kering dan kuning.Bila berlaku begitu, saya buang daun-daun kering tu dan bersihkan mana-mana pangkal pokok yang ada daun yang layu sebab terkena cahaya panas.

Inilah pokok yang saya cerita kat atas tadi.Yang daunnya akan berbeza bila dia dah besar saiz tapak tangan dewasa.Berkilat kan daun dia.Yang pasti saya tak sapu atau buat apa-apa pun kat daun pokok ni.Daun dia ni asal cukup air, matahari dan ruang, tumbuhlah dia dengan bahagianya.

Sekian, perkongsian den tentang pokok-pokok kesayangan di rumah. Banyak kali juga Encik Suami suruh kemas n alihkan pokok-pokok ni sebab dia tak boleh nak masuk lagi sebiji kete kat porch tu, tapi saya buat dont't know je.Sayang oii pokok-pokok ni.

Salam Sayang dari Mum Plants
Cik Matahariku


Post a Comment

2 Comments

  1. Cantiknya pokok-pokok ni . Rumah CCL pun ada juga . Suka tengok hijau-hijau ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, memang rasa nyaman bila kat rumah ada pokok-pokok camni kann..

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!