Dengan Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pengalaman 10 Tahun Menjadi Part Time Affiliate Bersama KLIKJER- Alhamdulillah. Lama tak berkongsi kisah kerja part time saya sebagai Affiliate. Zaman-zaman saya bermula buat pasif income dengan Affiliate ni, saya pada mulanya pun tak faham sangat apa yang depa buat dengan Affiliate ni.Masa tu saya rasa kalau sebut Affiliate pun ramai tak pernah dengar. Sejak media sosial semakin meletup dan hampir setiap orang punya akaun media sosial, pekerjaan Affiliate dah tak asing.
Dengan jumlah nilai transaksi pembayaran sehingga RM 5 280, saya sangat bersyukur kerana dalam tempoh tersebut ia menjadi pasif income yang boleh saya gunakan untuk beli kehendak diri sendiri atau saya simpan bagi tujuan kecemasan dan tabungan.
Tambah lagi bila kita aktif di Tiktok, ramai suri rumah atau students, malah influencer ratusan followers pun buat Affiliate.Cuma bezanya depa buat Affiliate dengan content video, saya pula buat Affiliate melalui post di Blog. Mana yang korang lagi prefer? Cuba Kongsi sikit kat komen.
Ini antara contoh pembayaran yang dibuat akaun saya oleh Klikjer. Dalam sebulan, jika dah capai komisen RM30, atau lebih bayaran akan terus dikreditkan ke akaun kita.
Pengalaman 10 Tahun Menjadi Part Time Affiliate Bersama KLIKJER-
Sebagai Blogger part time, menulis adalah passion saya selain bertugas hakiki sebagai Guru. Saya bermula sekitar tahun 2016 sehinggalah sekarang saya masih aktif menulis post sebagai Affiliate. Bila kita dah faham, bagaimana operasi menjadi Affiliate ini dilaksanakan, semuanya mudah dan semuanya PERCUMA. Yup, inilah yang paling best. Kita tak payah keluarkan modal satu sen pun. Selain itu, berita gembira untuk korang yang berminat nak join Affiliate Klikjer ni, komisen yang diberikan mencapai sehingga 50 peratus tau.
Mari saya kongsikan, antara kelebihan menjadi Affiliate bersama KLIKJER.
1. Bila kita daftar sebagai Affiliate Klikjer : KLIK UNTUK DAFTAR AFFILIATE KLIKJER 2026-
secara automatik kita akan diberikan satu link.Link inilah yang akan kita gunakan untuk kita promote produk digital yang telah disenaraikan dalam bahan promosi.
2. Berdasarkan pengalaman saya selama 10 tahun ini, KLIKJER tidak pernah sekali gagal atau lewat membuat pembayaran pada bulan tersebut jika saya berjaya mendapat komisen paling minima RM30.Tak payah tunggu komisen kita capai RM100, pihak Klikjer dah bagi kita peluang untuk dapat bayaran,Best kan.
3. Bahan promosi yang diberikan sangat lengkap dan sentiasa dikemaskini sesuai dengan perubahan masa dan keperluan pelanggan atau prospek pelanggan kita. Tiada tarikh due date, tiada had untuk promosi produk dan tiada halangan pun kalau kita nak promote bahan dari pihak Affiliate lain. Pendek kata, kita ada kebebasan untuk tulis atau promote mana-mana bahan promosi yang kita sukai.
4. Bahan promosi Klikjer ni banyak tau.Depa ada sediakan banner, copywriting yang power yang boleh kita share dan upload di akaun media sosial yang kita aktif. Ekau pilih je nak guna yang mana satu.
Contoh Banner depa yang paling viral setakat ini, boleh tengok sini.
5. Part paling saya suka buat Affiliate dengan cara menulis ni, kita hanya buat sekali sahaja, bila bahan promosi kita sampai kepada audien yang betul, komisen akan berterusan tanpa henti. Saya pasti, sapa je yang tak suka bila dapat jana pasif income dengan mudah.Ada kerja part time yang kita kena buat setiap hari, dapat bayaran hujung bulan. Jadi, kenapa nak buat benda yang susah kalau kita ada pilihan buat part time yang mudah.Kan ?haha.
Saya mungkin tiada BIG WHY buat part time Affiliate, tapi anda yang membaca post ini mungkin sangat memerlukan kerja sampingan yang tidak menganggu pekerjaan hakiki kita. Buat sambil-sambil pun boleh menjana komisen sehingga ribuan ringgit.Maknanya takde yang mustahil kan.
Tambahan lagi, kalau anda lepasan SPM yang baru sahaja tamat sekolah.Mungkin ramai yang buat kerja part time di stesyen minyak, pasaraya, bengkel kereta atau kedai-kedai minuman hipster yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan.Lepas waktu kerja, masih boleh buat Affiliate.
Affiliate ni tak payah pun tulis panjang-panjang.Ikut kemampuan dan kebolehan korang menulis bahan promosi. Share bahan promosi yang dah siap copy writing kat media sosial korang, dah selesai.
Saya mendoakan semoga sesiapa pun yang terjumpa atau terbaca post ini, beroleh kemudahan menjana sumber kewangan untuk keluarga atau diri sendiri. Ingat, kadang kita sangka usaha kita perlu banyak untuk dapat banyak.Tapi jangan lupa, Bila Allah dah berkehendak, semuanya boleh terjadi.Fokus kepada keyakinan Allah akan kabulkan doa kita jika kita berusaha.aamin.
Cik Matahariku,
Amalkan doa Nabi Musa dalam mengharapkan rezeki yang Allah kurniakan kepada hambaNya. Boleh amalkan pada bila-bila masa.Doanya ringkas sahaja.Saya selalu amalkan dalam Bahasa Melayu sahaja :
Ya Allah, aku sangat berhajat, atas segala rezeki pemberian yang Engkau turunkan kepadaku.aamin
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!