Tips Lengkap dan Mudah Cara Berniaga Kek Coklat Moist Bermula Dari Rumah

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tips Lengkap dan Mudah Cara Berniaga Kek Coklat Moist Bermula Dari Rumah- Dalam kesibukan semua orang bekerja demi menyara keluarga, kadang-kadang fokus kita sendiri hanya memikirkan duit-duit dan duit.Mana nak cari duit lebih. Sebenarnya, ada juga cara yang boleh kita usahakan sendiri untuk dapatkan atau jana pendapatan tersebut.

Sambutan Hari Lahir anak-anak saya, pasti ada sebiji kek sebagai hadiah ulang tahun kelahiran.Bayangkan saya ada 5 orang anak, dan setiap kali birthday, kek akan menjadi trademark meraikan ulangtahun mereka. Ada sesiapa yang nak buat kek hari jadi untuk anak saya? 

Biasanya, tuan punya badan yang akan pilih sendiri nak kek yang macam mana untuk hari lahir mereka.Nampaknya, memang mak depa kena belajar buat kek coklat yang sedap dan pastinya menjimatkan juga.haha.

Mari saya kongsikan, Tips dan Cara Mudah untuk Beginner yang pandai buat kek Coklat, dan menjadikan kek coklat sebagai sumber pendapatan sampingan. Kalau kita tidak mula, macam mana kita nak tahu kan? Semua orang yang yang mula berniaga, depa juga bermula dengan "buat sahaja". Risiko tetap ada.Cuma bila kita ambik tahu dan belajar sikit tentang bagaimana nak mula berniaga dari rumah, pasti risiko dapat dikecilkan.

Kenapa Kek Coklat Moist Sangat Sesuai Untuk Bisnes Dari Rumah?

Antara sebab kenapa ramai memilih kek coklat moist sebagai produk pertama:

  • Mudah dibuat walaupun baru belajar baking
  • Bahan senang diperoleh
  • Kos rendah
  • Margin untung tinggi
  • Cepat siap
  • Senang dijual
  • Boleh dijadikan kek bajet atau kek premium

Sebab itulah kek coklat moist sering menjadi produk utama dalam bisnes bakeri dari rumah.Kek coklat ni pulak boleh dijual dengan dua versi iaitu kukus atau bakar.Kedua-duanya tetap sedap asalkan anda ikut resepi yang betul, pasti menjadi kek coklat tersebut.

Jom, kita buat anggaran modal dan perbelanjaan yang diperlukan untuk memulakan jualan kek coklat dari rumah.Manalah tahu, dengan perkongsian ini, dapat membantu lebih ramai adik-adik lepasan SPM atau lepasan Ijazah yang nak cari income sampingan atau ibu-ibu yang punya kelapangan untuk berniaga di rumah sambil mengasuh anak.

Anggaran Modal Kek Coklat Moist (Untuk 1 Biji Kek)

Anggaran ini adalah berdasarkan kek saiz 7–8 inci, sesuai untuk jualan standard.

Kos Bahan Kek Coklat Moist

Bahan

Anggaran Kos

Tepung gandum

RM1.00

Serbuk koko

RM2.00

Gula

RM1.00

Minyak masak

RM1.50

Telur (3 biji)

RM1.80

Susu cair / susu pekat

RM1.20

Baking powder / soda

RM0.30

Garam & esen vanila

RM0.20

Jumlah bahan kek

± RM9.00

Anggaran Modal Kek Coklat Moist (Untuk 1 Biji Kek)

Anggaran ini adalah berdasarkan kek saiz 7–8 inci, sesuai untuk jualan standard.

Kos Bahan Kek Coklat Moist

Bahan

Anggaran Kos

Tepung gandum

RM1.00

Serbuk koko

RM2.00

Gula

RM1.00

Minyak masak

RM1.50

Telur (3 biji)

RM1.80

Susu cair / susu pekat

RM1.20

Baking powder / soda

RM0.30

Garam & esen vanila

RM0.20

Jumlah bahan kek

± RM9.00

Kos Topping / Ganache Coklat

Bahan

Anggaran Kos

Coklat masakan / compound

RM4.00

Whipping cream / susu cair

RM2.00

Butter / marjerin

RM1.00

Jumlah topping

± RM7.00


Kos Pembungkusan

Item

Anggaran

Kotak kek

RM2.00

Alas kek / papan

RM0.80

Plastik / pelekat / sticker

RM0.50

Jumlah pembungkusan

± RM3.30


Jumlah Modal Keseluruhan Sebiji Kek Coklat Moist

👉 RM9.00 (kek)
👉 RM7.00 (topping)
👉 RM3.30 (pembungkusan)

🔹 Jumlah anggaran modal: RM18 – RM22 sebiji

Ini adalah angka realistik untuk bisnes bakeri dari rumah skala kecil.

Harga Jual Kek Coklat Moist Yang Sesuai Untuk Beginner

Harga jual bergantung kepada:

  • kawasan
  • sasaran pelanggan
  • jenis hiasan
  • kos sebenar
  • jenama sendiri

Cadangan harga pasaran yang mudah laku:

Jenis Kek 

Harga Jual

Kek coklat moist plain

RM30 – RM35

Kek coklat moist topping ganache

RM40 – RM45

Kek coklat moist deco ringkas

RM45 – RM55

Kek coklat moist custom / premium

RM60 ke atas

Anggaran Untung Jual Kek Coklat Moist

Contoh kiraan mudah:

  • Modal: RM20
  • Harga jual: RM45

👉 Untung kasar = RM25 sebiji

Jika anda menjual:

  • 5 biji sehari → untung ± RM125
  • 10 biji sehari → untung ± RM250
  • 20 biji seminggu → untung ± RM500

Ini belum termasuk potensi repeat customer dan tempahan majlis. Sekarang ni, mudah sahaja nak dapatkan prospek pelanggan.Kita boleh sahaja join grup taman-taman, grup buat kek, grup kejiranan atau grup surau untuk mula menjual kek coklat kita.

Rahsia Ramai Yang Berjaya Dalam Bisnes Bakeri Dari Rumah

Sebenarnya, bukan resepi semata-mata yang menentukan untung atau rugi. Ramai gagal kerana:

  • Tak tahu kira kos sebenar
  • Letak harga terlalu murah
  • Tak tahu cara tarik pelanggan
  • Tak pandai buat pemasaran
  • Tak ada sistem ambil tempahan
  • Tak konsisten

Sebab itu ilmu bisnes sangat penting walaupun bisnes nampak “simple”.

 Panduan Lengkap Untuk Mula Bisnes Bakeri Dari Rumah

Mula bisnes di rumah dengan dapatkan info yang tepat serta daripada pengalaman pakar, akan bantu kita untuk kurangkan risiko menjadi lebih kecil dan selamat.

Jika anda serius nak jadikan bisnes bakeri sebagai sumber pendapatan, saya cadangkan anda belajar secara tersusun. Saya ingin kongsikan eBook khas: “Bisnes Bakeri Dari Rumah – Mudah, Praktikal & Menguntungkan”, sesuai untuk beginner.

Dalam eBook ini anda akan belajar:

Cara mula walaupun tiada pengalaman
Senarai modal & peralatan minimum
Teknik kira kos & untung dengan betul
Cara tentukan harga jual
Produk paling senang & cepat laku
Strategi marketing mudah tapi berkesan
Cara dapat pelanggan pertama
Tips elak rugi & kesilapan biasa
Cara bina bisnes bakeri jangka panjang

👉 Klik di sini untuk dapatkan eBook Bisnes Bakeri Dari Rumah . Setakat ini dahulu perkongsian saya tentang berniaga kek coklat moist dari rumah untuk beginner.

Semoga perkongsian ini dapat memberi input berguna kepada semua rakan pembaca blog dan juga kepada sesiapa yang memerlukan pengetahuan tentang bisnes bakeri yang dibuat di rumah.


Cik Matahariku,
Dalam kehidupan ini, kadang kita sendiri tak tahu usaha kita yang mana yang akan membuka kepada pintu-pintu rezeki yang baharu atau yang lebih besar buat kita. Yang pasti Allah tak pernah tinggalkan setiap hambaNya yang sentiasa berharap dengan penuh keyakinan dan kesabaran.

Post a Comment

0 Comments