Kisah dan Pengalaman Kali Pertama Buat Puding Karamel Khairul Aming

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kisah dan Pengalaman Kali Pertama Buat Puding Karamel Khairul Aming - Kali ini terpaksa juga saya terjebak dengan netizen untuk mencuba buat sendiri puding karamel, yang sah-sah saya tahu bukanlah kepakaran saya.Semuanya bermula apabila En Suami request saya buat puding tersebut.Kalau dah En Somi request, selagi kita mampu, kita usahakan, ya dak?

Puding karamelku kali pertama.Agak hauk jugak rupa parasnya.haha.Nervous time nak keluarkan dari dalam loyang.Sebelah tepi puding tak berapa smooth.Bahagian tengah pula tak berapa masak. Tapi habis tetap habis ya.Anak-anak dan En Somi support habis.Rasa memang sedap dan kurang manis.

Masa first time bukak dari loyang. Dah sompek tepi puding.Den kalau macam ni terus tak puas hati tau.Kitonyo dambakan yang tulus mulus.adehh.

Ini puding cubaan kali kedua.Nampak lebih smooth. Kena pulak bawak iftar kat rumah mertua.Dan nak jadikan cerita, ada biras dan adik ipar yang memang teringin nak rasa puding KA tu. Abah dan Mak Mertua makan dengan syahdu ya.Orang tua suka ni sebab kurang manis dan lembut.Kita bangga sekejap.haha.

Saya tak pasti pengalaman kali pertama korang  macam mana, tapi bagi diri saya, yang jarang sangat buat segala mak nenek desert ni, benda senang bagi orang lain. mungkin tidak begitu bagi saya. Tambah lagi suami saya sendiri sangat cerewet kalau buat kuih muih yang ada telur, dia tak nak ada bau hanyir telur ya.

Gambar puding karamel kali kedua yang saya buat untuk iftar di rumah mertua. Masa ni ambik video, jadi saya cut dari video.kali kedua buat ni lebih puas hati. alhamdulillah.

Puding karamel selepas dikukus. kena kukus sekitar 60-65 minit kalau nak puding tu
 masak keseluruhan ya.

Lepas kukus, sejukkan dulu diluar.Kemudian baru masukkan dalam chiller.
Makan sejuk-sejuk memang sedap sangat.

Sebelum tu, elbih afdhal saya kongsikan dulu resepi puding karamel Khairul Aming.Lain kali kalau anak-anak nak cuba buat, depa boleh terus tengok sini.

Resepi Puding Karamel Khairul Aming ( versi resepi original sukatan cawan )
Bahan-bahan :
Susu cair 1 tin / dua cawan
Susu pekat setengah cawan
Gula pasir setengah cawan
Cream cheese 100 g/ setengah cawan
Roti gardenia 2 keping
Telur 4 biji
Garam secubit/ setengah sudu kecil ( sudu kfc )
Esen vanila satu penutup botol
Loyang untuk mengukus
Foil aluminium untuk menutup permukaan loyang

Cara Menyediakan Puding Karamel

1. Buat air gula sehingga menjadi karamel. Mula-mula saya buat, air gula saya mengeras sebab gula belum larut sepenuhnya. Selepas saya tanya pendapat chatgpt, rupanya kita kena tahu kawal api dan kena sabar sampai gula mencair.Jadi tipnys, saya masukkan dua sudu makan air dalam kuali masa nak buat gula karamel.Barulah jadi gula karamel dengan jayanya.

2. Tunggu sekejap supaya air gula sejuk sedikit, barulah tuang dalam loyang.Tapi tipsnya kalau nak mudah keluarkan pudin tu selepas kukus, boleh gunakan bekas plastik yang boleh tahan overheat.Sebab bila guna bekas plastik, nanti tepi puding kita kemas dan cantik je.Tak comot sebab kalau saya guna loyang, sebelah tepi tu ada kesan bila kita sodok dengan pisau untuk mudahkan kita keluarkan puding.

3. Blend semua bahan yang disenaraikan.Part blend ni pun, bila kita guna cream cheese, dia dalam bentuk berketul atau tube kan.Jadi, kena blend lama sikit nak bagi cream cheese tu benar-benar hancur.

4. Bila dah siap blend, masukkan bahan blend dalam loyang. Sebelum tu, panaskan air dalam kukusan.Masukkan loyang dalam kukusan.Kalau ikut video KA, dia kata kukus sekitar 45 minit, tapi bila saya ikut, puding saya tak menjadi sangat.Di bahagian tengah belum masak betul. Jadi saya tambah masa mengukus menjadi 60-65 minit. Barulah menjadi elok puding tu.

5. Selepas siap kukus, sejukkan dahulu dan simpan dalam fridge, bahagian ciller.Lagi lama dalam chiller, lebih sedap sebab boleh dimakan ketika sejuk.

6. Bila nak hidang, potong lapan bahagian macam pizza tu.Barulah cantik kejadiannya.hehe.

Saya just kongsikan pengalaman saya buat sendiri puding karamel KA ni. Kelebihannya kalau kita belajar dan cuba buat sendiri, kita akan hadap pengalaman yang takkan dapat kalau kita beli di luar. Lagi satu, secara peribadi, saya dah boleh tambah dalam list desert yang saya boleh sediakan untuk family pada lain masa. Alhamdulillah.

Cik Matahariku :
Begitulah kehidupan.Jalan pintas selalu ada untuk menyenangkan hati.Tapi sepatah kata KA, kalau kita selesa dan semuanya nak mudah, kita tak akan grow.Tiada salah betul pun.Kita sendiri yang pilih jalan hidup kita.

Post a Comment

0 Comments