Bersyukur Bila Doa Tidak Di Kabulkan


Dengan Bismillah

Terima kasih Tuhanku kerana tidak memberi apa yang tidak perlu kuperolehi


Fikiran dan Pengalaman kita selalu diajar supaya bersyukur dengan apa yang kita Ada.Allah memberi apa sahaja permintaan kita tanpa batas. Allah penuhi segala harapan dan keinginan kita tanpa menghitung dosa dan pahala yang kita perbuat. Maha kasih sayangnya Tuhan Pencipta kita.

Sebenarnya, dengan memahami hikmah sesuatu perkara, kita wajib bersyukur bukan sahaja dengan apa yang kita ada, malah kita juga wajib bersyukur dengan apa yang kita tiada.Tidak mendapat dan memperolehi apa yang kita hajati, bukan bermakna kita tidak perlu bersyukur. Tuhan lebih mengetahui mengapa kita layak mendapat sesuatu, dan mengapa kita tidak perlu mendapat sesuatu, atau ada waktunya DIA memberi sesuatu bukan seperti yang kita inginkan.

Sebenarnya, dengan TIDAK MEMBERI ITULAH DIA SEBENARNYA MEMBERI...

Post a Comment

0 Comments