Resepi Terbaru Kek Coklat Kukus Moist Azlina Ina Dengan Sukatan Cawan

As Salam,
Resepi Terbaru Kek Coklat Moist Azlina Ina Dengan Sukatan Cawan- Resepi ini saya ambil dari Instagram kak Azlina Ina. Seronok betul bila Kak Ina kongsikan resepi terbaru kek coklat moist jualannya yang mendapat permintaan tinggi ini.Bukan mudah nak jumpa peniaga kek macam kakak sorang ini yang tidak pernah lokek berkongsi resepi kek jualannya kepada followers beliau di Instagram atau Facebook.

kek coklat moist Azlina Ina yang mendapat sharing sangat tinggi di FB dan juga telah diviralkan dalam banyak page kek atau grup masakan.

Apa yang menarik bagi saya ialah resepi kek coklat moist yang beliau kongsikan mempunyai cara dan bahan tersendiri yang belum saya cuba tatkala menyediakan kek coklat sejak beberapa tahun ini.Jom kita cuba but sendiri kat rumah kek coklat kukus moist Azlina Ina:)

kalau dapat makan panas-panas kek coklat ni memang best kan, tak payah letak topping pun dah okey sangat ni.hahaha.

Resepi Terbaru Kek Coklat Moist Azlina Ina Dengan Sukatan Cawan
Bahan-Bahan A
1 1/2 cawan tepung gandum(150g)
1/2 cawan tepung selfrising( 50g)
1 cawan serbuk koko( 100g)
1/2 sk soda bikarbonat
1sk baking powder
ayak kan semua bahan-bahan diatas

Bahan-Bahan B
1/4 cawan susu segar ( suhu bilik)
1sb cuka masakan

Bahan-Bahan C
4 biji telur gred A
1 sk emolco coklat
1sk esen vanila
1 cawan gula( 170g)
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1/4 cawan air panas

Cara Mudah Topping Kek Coklat Azlina Ina
2 sudu makan pengilat coklat ( boleh dapatkan di bakery cake )
1 blok coklat masakan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
1 sudu marjerin
masak semua bahan secara double boil
Tuang atas kek kalau topping dah suam kuku.


               Rupa kek coklat selepas dikukus Azlina Ina, memang nampak moist dan gebus kann:)
Cara menyediakan Kek Coklat Moist Azlina Ina 
  1.  Ayakkan bahan-bahan A dan letak tepi
  2. Dalam bowl mixer masukkan 4 bijik telur gred A,1 sk emolco coklat ,1sk esen vanila dan cawan gula( 170g). Mix bahan-bahan tersebut sampai gebu.
  3. Masukkan 1 cawan susu pekat dan mix hingga sebati
  4. Masukkan 1 cawan minyak masak dan mix juga hingga sebati
  5. Matikan mixer dan masukkan tepung selang seli dengan bahan B  smpai habis.
  6. Masukkan 1/4 cawan air panas .kacau rata.
  7. Panaskan kukusan atau oven dalam loyang, kalau loyang 8x8, dapat dua loyang.Kalau 10 dapat 1 loyang.
  8. Kukus selama 40 minit atau bakar suhu 170 masa 45 mnt bergantung oven masing-masing.
  9. Pastikan permukaan loyang cover pakai plastik sebelum kukus 
  10. Kalau dah masak keluarkan dan sisip keluar kek.
Ini pula perkongsian kek coklat moist yang saya dapat dari FB, namun ada sedikit perbezaan bahan dan juga sukatan berbanding yang saya kongsikan daripada update instagram terkini Azlina Ina.Ikut korang nak try resepi yang mana, InshaAllah, setakat ini perkongsian resepi Kak Azlina Ina memang tak pernah mengecewakan.:)
Orait, selamat mencuba semua :)

Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!