Gaji Banyak Tetapi Kerja Sedikit

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Bahagianya  kalau dapat Gaji Banyak Tetapi Kerja Sikit Je..Ada ke kerja macam tu ?Kalau ada meh habaq kat saya.hehe.Tak kiralah gaji anda sikit atau banyak, apa yang dirunsingkan ialah adakah gaji yang kita terima itu setara dengan kerja yang kita tunaikan.Tambah-tambah lagi kalau kerja kita itu berkaitan dengan kebajikan dan kepentingan orang lain. Itulah yang wajib kita fikirkan.Saya ingin mengajak anda semua renung-renungkan apa yang saya dapat dari Facebook hari ini.



Dulunya, sebelum saya menyambung belajar di IPSAH, Sungai Petani, saya pernah berkhidmat di dua buah sekolah milik sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berteraskan Tarbiyyah Islamiyyah kepada para pelajarnya dengan visinya Ke arah Pembentukan Insan Soleh.Berat terasa bahu memikul tanggungjawab dengan visi sekolah yang seperti ini. Pertama kali bekerja, saya belum pun lagi meraikan konvokesyen saya, dan dipanggil mengajar sebagai guru ganti kerana guru tetap yang berkhidmat sedang cuti bersalin.Masa tu masih bujang, dan mencari kerja hanya untuk mengisi masa menanti hari konvokesyen.

Kerja Percuma

Masa tu tak fikir pun dapat gaji berapa.Tahu-tahu hujung bulan saya mendapat duit tunai yang diisi dalam sampul berwarna coklat.Masa tu, kalau abah dan mak saya tanya, kerja dan gaji ok ke tak, saya jawab je ok!hehhe.Mungkin kerana faktor tak punya komitmen, saya tidak kisah kalau perlu menginap di sekolah bersama murid yang akan mengambil UPSR atau mengajar kelas tambahan secara percuma pada waktu hujung minggu. Ini belum lagi ditambah dengan program-program sekolah yang memerlukan semua guru memberikan komitmen sehingga larut malam kerana menyiapkan pentas dan hadiah untuk majlis Ihtifal atau persediaan menyambut Hari Sukan Tahunan, Program Qiamulail, Kelas Mengaji dan banyak lagi.

Masa berlalu.Meski kerja yang sekarang tidak kurang beban tugasnya, tetapi adakala saya masih merasa takut-takut kalau masa dan pekerjaan saya tidak setanding dengan pendapatan yang saya terima.Perasaan ini akan lenyap sekiranya kita yakin kita telah menyempurnakan semua kewajipan kita terhadap murid dan sekolah dengan sebaiknya.Mungkin anda juga begitu. Tanggungjawab mendidik murid seperti saya, tak akan sama seperti anda yang bekerja dengan komputer atau mesin atau pesakit yang memerlukan rawatan.

Buat Kerja Setulus Hati

Setiap dari kita mempunyai cabang tugas yang tersendiri, yang menuntut kesabaran dan berbeza dari segi cabaran yang dihadapi. Antara kita mempunyai persamaan apabila kita dibayar dengan perkhidmatan yang diberikan. Bagi saya secara peribadi, selagi mana tugas yang diamanahkan itu, masih lagi dibawah bidang kuasa kita, dan kita mampu melaksanakannya, maka lakukanlah pekerjaan itu dengan setulus hati.

Sikap merungut dan merasakan diri terlalu banyak dibebani kerja, pada masa sama kita tidak berbuat apa-apa, maka dari situlah kita wajar memikirkan apakah kita Kerja Sedikit tetapi setiap bulan mendapat gaji yang banyak?Mungkin inilah punca, kita rasa gaji sedia ada selalu tidak mencukupi, kesihatan anak isteri terganggu,rasa malas bekerja dan selalu fikir majikan atau pentadbir "mendera" kita.

Kerja "lebih sedikit"

Ya, Jangan sangka saya "terlebih rajin" dalam pekerjaan kerana saya juga manusia biasa yang kadangkala ada pasang surut imannya, tetapi dalam usaha membaiki diri, saya merasakan banyak benarnya nasihat dan teguran yang diberikan oleh ustaz Don ini.Marilah kita sama-sama usahakan agar buatlah kerja 'lebih sedikit" berbanding gaji yang kita terima supaya nanti kita tidak di soal apakah sudah kita lakukan pekerjaan kita ini dengan sebaik mungkin.wallahualam...

Post a Comment

0 Comments