Pengalaman Pakai Rod Implan Sebagai Kaedah Perancang Keluarga : Ia Sebenarnya Sangat Mudah Dan Tidak Menyakitkan

As Salam,
Pengalaman Pakai Rod Implan Sebagai Kaedah Perancang Keluarga : Ia Sebenarnya Sangat Mudah Dan Tidak Menyakitkan- Fikir dua tiga kali jugak sebelum saya ambil keputusan untuk berkongsi pengalaman saya menggunakan rod implan sebagai kaedah perancang keluarga ni. Maklumlah.Bagi sesetengah orang pompuan, mungkin bab ni sangat sensitif apatah lagi jika ia dikongsikan secara umum.Macam ko nak heboh satu Malaysia kekdahnya yang ko planning family kann.It depends pada cara penerimaan seseorang itu sebenarnya.

Kad appointment LPPKN dan Kad Holder Implanon- saya pemegang Kad Implanon ini sejak tahun 2013.Alhamdulillah, sangat mudah dan selesa:)

Macam saya secara personal, saya ambil masa jugak sebelum mengambil keputusan untuk memilih kaedah pemasangan implanon ini.Selepas melahirkan anak kelima, saya mula membaca banyak maklumat berkaitan kaedah yang selamat merancang family.Info memang banyak.Sebenarnya paling saya tertarik dengan kaedah rod implan ni ialah saya tidak perlu disiplin makan pil setiap masa.Saya bukanlah pemakan ubat yang baik.haha.

Sebab lain,saya rasa ramai geng-geng yang macam saya iaitu saya hanya sanggup dan redho "menyerahkan" anggota intim tatkala melahirkan zuriat kami.Jika bukan kerana untuk melahirkan, maka saya rasa tidak ada "keperluan" untuk itu.heh.Jadi, pemasangan alat IUD dalam rahim dah sah-sah saya pangkah walaupun ia sangat bermanfaat dan berkesan bagi orang lain.Maklumlah, still ada pilihan kan.Jadi, saya bolehlah kata gini.

Satu lagi kaedah perancang keluarga yang agak disukai ialah suntikan hormon Depo-Provera ( Sila rujuk artikel di sini : Suntikan Perancang Keluarga )- Perancang keluarga jenis suntikan ini pula memerlukan kita setiap tiga bulan sekali untuk datang ke klinik atau hospital bagi mendapatkan suntikan ini.

Selepas membuat timbang tara, akhirnya selepas melahirkan anak ke-5, saya begitahu En Suami saya serius mahu mengamalkan kaedah perancang keluarga jenis implan.Cuma masa tu saya tak bagitahu suami yang kos pasang implan ini agak "boleh tahan" iaitu mencecah ratusan ringgit.

Apakah Kaedah Perancang Keluarga Implanon ?



Pengalaman Pakai Implan Sejak 6 Tahun Lepas
Saya bermula memakai Implan dibahagian bawah lengan sebelah kiri sejak tahun 2013.Maknanya tatkala entri ini dikongsikan, saya sudah melakukan sebanyak tiga kali pemasangan implanon dan dua kali pengeluaran/ pertukaran implanon dilengan kiri saya.Pemasangan rod implan ini dilakukan setiap tiga tahun sekali.

Jangan terkejut jika anda dapati harga bagi pemasangan ini sebenarnya agak tinggi berbanding berbanding kaedah perancang keluarga yang lain.Terbaharu, saya baru sahaja menukar dan memasang implan untuk tiga tahun akan datang pada sebelah pagi tadi.Yang pasti, kos memasang implan ini berganda naiknya setiap tiga tahun tersebut.huhu.

Sekitar tahun 2013, saya membayar sebanyak RM 280 untuk pasang sahaja.Tiga tahun berikutnya, pada tahun 2016, kos berganda sebab saya perlu keluarkan implan dan ganti dengan yang baru.Jadi kos yang saya bayar ialah RM500.Tahun ini pula saya membayar sebanyak RM610 untuk proses yang sama.Bagi saya yang bekerja sebagai Guru Biasa ni memang dah rasa mahal, tapi kalau korang fikir manfaat dan kebaikan yang kita perolehi, ia sebenarnya sangat berbaloi.InshaAllah:)

Berdasarkan pengalaman, saya ingin mengesyorkan supaya korang mendapatkan khidmat nasihat atau buat pemasangan implan ini di mana-mana Klinik Nur Sejahtera LPPKN yang berhampiran.Selain memudahkan, kosnya juga sangat berpatutan berbanding jika kita buat di klinik atau hospital swasta.

Pemasangan Implan di bawah lengan sebenarnya tidak menyakitkan.
Yup.Time kita baca pengalaman dan info yang dikongsikan orang lain, memang kita fikir 100 kali nak pasang implan ni.Takut lengan kita kena torehlah, karang doktor cungkil atau suntik sampai lebamlah.Saya kongsi pengalaman ini untuk menyampaikan hal sebenar iaitu, doktor kat klinik tu bukan pertama kali pasang implan dalam hidup dia dan bukan kita sorang pesakitnya.Eh, betul ke den guna words pesakit ni.Belasah jelah.kiki.

Tempat letak rod implanon di bawah lengan

rod kecil seperti saiz batang mancis tapi lembut dan tidak menyakitkan bila berada dibawah lengan

Alhamdulillah.Pertama kali saya bagi lengan sado ni kat doktor di LPPKN tu, saya pejamkan mata dan zikir tak berhenti.Takut dan seram punya pasal.Alih-alih tak sampai dua minit, doktor kata, ok Puan, dah selesai ya.Masa tu saya buat di LPPKN Selayang.Steady je doktor yang dah agak berumur tu.Takut juga kalau dia salah cucuk ke kan.hihi.

Yang kelako time doktor tu tengah sediakan alatan untuk pasang implan kat lengan, saya siap tanya, how keberkesanan kaedah Implan ni Doc? Doktor tu cool je jawab soalan saya : Saya jamin 99.9 percent u tak boleh pregnant.Agaknya kalau doctor tu Muslim, dia akan kata InshaAllah, tak pregnant.heh.Padahal dah khatam banyak kali segala mak nenek info saya baca kat internet pasal kaedah implan ni.

Cuma lepas pindah ke Port Dickson, kebetulan dah cukup masa tiga tahun untuk tukar implan, saya bagitahu suami nak tukar implan ni kat Klinik LPPKN Selayang jugak.Sebabnya takut kalau pi tempat lain, takut doktornya tak bagus macam yang saya dah buat dua kali kat LPPKN Selayang tu.haha.Maaf ya.Husband ai memang rasional dan tak kesian pun kat wife dia yang agak penakuts dengan segala mak nenek jarum suntikkan ni.

Dia boleh kata, kenapa sampai nak pegi jauh-jauh sebab nak tukar implan tu? Cuba buat kat area sini je.Alohhh.Bertabahlah saya.Alhamdulillah, berkat dengor cakap suami (agaknyalah kan.hehe) saya akhirnya buat appointment di Klinik LPPKN Seremban awal pagi tadi.Semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.Pengalaman kali ketiga saya tukar Implan ni lebih baik dan langsung tak seram atau takut.kerek nau bunyinya.

Its real sis.Jangan mudah terima input negatif atau tak betul yang katanya kalau ko pakai implan ni nanti lengan ko kena toreh bagai.Ia bukan torehan, entahlah, den pun tak reti nak story macam mana.Jap lagi saya share pic macam mana pemasangan implan ni dibuat.

Proses Memasukkan Implanon




Langkah 1 hingga 5 : Pemasangan rod implan dibawah lengan.Ini bukan lengan saya ya.Saya pinjam pic ni dari sini : Majalah Pa &Ma

Kesan Sampingan Pakai Implan Sebagai Kaedah Perancang Keluarga
Alhamdulillah.Sekali lagi saya bernasib baik.Saya juga harap korang bernasib baik macam saya malah lebih baik lagi.Nampaknya Allah izinkan yang rod implan yang saya pasang kat bawah lengan ini sesuai dan serasi dengan darah dan hormon badan saya.

Saya memang tidak mengalami sebarang simptom pening kepala, migrain atau pendarahan yang banyak selepas menggunakan implan ni.Pada kali pertama saya pasang implan, haid saya tidak datang hampir dua bulan, selepas itu haid saya datang seperti biasa.Saya juga tidak mengalami sebarang rasa loya atau haid yang panjang berekor.Cuma bilangan hari haid saya daripada biasa sekitar 6-7 hari bertukar kepada 9-10 hari.

Proses Mengeluarkan Implanon


Langkah 1 hingga 6 : Proses Mengeluarkan rod implanon. Tengok pic macam sakit dan pedih kan, tapi sebenarnya tidak sebab doktor buat dengan cermat, kita juga dibius terlebih dahulu.No worries.

Okey.Saya nak kongsi tips mudah sebelum korang decide atau plan nak pasang implan.

  1. Survey dan dapatkan sebanyak mungkin info dan maklumat tentang kaedah pemasangan, kesan jangka panjang dan pendek, fahami macam mana ia berfungsi dan bagaimana kesan pada tubuh.
  2. Mesti bincang dengan pasangan (suami kita).Kadang-kadang depa bukan ambik port benda-benda macam ni.Kitalah yang kena ambik tahu sebab yang mengandung nanti kita bukan dia.heh.
  3. Hubungi klinik atau hospital untuk dapatkan tarikh temujanji dan info bayaran perkhidmatan pemasangan implan.Harga nak pasang lain.Harga nak ganti implan baru lain.Kalau macam saya dah pusingan ketiga pakai ni, kos memang berganda sebab saya perlu keluarkan rod dan ganti yang baru.
  4. Doa banyak-banyak supaya dapat doktor yang best, baik hati, peramah, time nak pasang implan tu.Saya siap imagine dari rumah yang doktor tu akan cakap baik-baik kat saya dan buat saya rasa comfort walaupun sebenarnya proses mengeluarkan dan memasang rod tu tak sampai dua minit.Macam budak-budak gamaknya!
  5. Sebagai seorang Muslim, betulkan niat kita kenapa kita nak plan family.InshaAllah, akan dipermudahkan:)
Pada sebelah pagi saya tukar rod implanon, sebelah petangnya saya sempat ikut kawan-kawan melawat tapak perkhemahan di Rantau Agro Park:)

Proses Memasang Rod Implan kali Pertama
Mudah sahaja.Time nak pi Klinik tu, ko bawak badan je.kiki.Nurse akan mintak IC kita masa pendaftaran.Dia akan tanya sejarah kelahiran kita seperti anak berapa orang, nama pasangan, tarikh kahwin, ada masalah tak time mengandung, bila hari pertama haid kita dalam bulan tersebut, dan yang lain-lain sesuai dengan hal-hal pregnancy.

Nurse akan ambil berat dan tinggi juga.Tak payah takut kalau berat badan ko obes, sebab paling manis pun nurse akan nasihat, jangan tambah berat lagi ya puan.kiki.Ini Pengalaman sendiri.

Lepas tu, tunggu nama dipanggil.Biasanya tak ramai yang pasang implan ni dalam satu-satu masa.Jadi secara keseluruhan, tambah tolak, kita hanya ambik masa paling lama sekitar 30 minit dari kita daftar hingga selesai pasang implan.Lepas tu, boleh pi ngeteh kat mamak.

Macam saya cuma mintak time slip dari nurse sebab saya hanya minta kebenaran keluar office sekitar dua jam.Lepas tu datang sekolah dan kerja macam biasa.Boleh juga mintak MC dari Doktor kalau korang rasa tak selesa nak teruskan tugas.Kalau ambik cuti pulak, bagi saya macam rugi.Tapi ikutlah keselesaan masing-masing ya.

Alhamdulillah.Sempat juga join bergambar dengan Penyumbang utama Perkhemaham kali ini iiatu Boss Bank Islam Cawangan Port Dickson.

Orang Kata Pakai Perancang ni Badan Mudah Naik, Jadi Gemuk!
Part ni bagi saya ikut cara masing-masing jaga badan dan pemakanan.Saya ni memang jenis badan gempal sejak sekolah rendah.Jadi, kalau tak pakai perancang pun saya memang dah sedia gemuks!.Bila start pakai perancang Implan, badan saya memang naik.Saya pernah amalkan diet dan boleh turun hampir 8-10 kilogram.

Bagi saya secara personal, kita boleh kawal berat badan walaupun mengamalkan perancang keluarga.Kalau berat badan korang makin naik, itu bukan masalah kaedah perancang, tapi masalah diri sendiri.Cuma psikologinya, bila kita tak payah risau akan pregnant dalam tempoh tertentu, kita akan rasa happy, seronok dan bila gembira, makan tak banyak pun badan tak susut.kannn.kiki.

Boleh juga refer kat sini untuk tahu lebih banyak lagi maklumat tentang kaedah perancang dengan implan : Kelebihan kaedah perancang implan-

Akhir sekali, sebelum buat keputusan pastikan dapatkan dahulu nasihat doktor.Doktor boleh bagi penerangan lebih details kepada korang.Saya hanya kongsi pengalaman menggunakan kaedah perancang implanon.Semoga membantu:)

Thanks for reeading this entry!




Post a Comment

40 Comments

  1. TQSM for sharing your story. Saya nak pasang jugak ni dan dah survey banyak klinik. Bila baca cerita puan, baru sy tau yg boleh pasang di LPPKN juga dengan kos yg lebih murah. Tapi sy tak pasti samada kita hanya boleh dtg shj daftar di situ, atau perlu direfer dari KKIA tempat kita?

    ReplyDelete
  2. slm puan, kita boleh dtg terus ke mana- mana klinik Lppkn yang berhampiran. Atau buat dulu appointment dgn cara call klinik lppkn yg berhampiran, set tarikh supaya kita boleh urus masa dgn lebih baik.Semoga dipermudahkan:)

    ReplyDelete
  3. terima kasih banyak atas perkongsian ni puan, sangat menghargainya sbb bila google banyak jugak perkongsian yang negatif , saya pun nak pakai implan ni dlm masa terdekat , doakan saya dpt pengalaman baik2 je mcm puan😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaallah, semoga dipermudahkan urusan puan, betul, sy pun baca banyak juga perkongsian negatif ttg implan ni, jadi saya terpanggil untuk kongsikan pengalaman saya yang saya anggap sebagai sedikit pencerahan ttg pemasangan implan ni..thanks singgah blog ini:)

      Delete
  4. Nk tanya, boleh ke pasang implanon ni kalau kita masih belum dtg period lepas bersalin? Sbb kita fully bf. Kot la prosedur dia kena psg waktu period ke mcm cucuk depo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya nurse yang bertugas mengambil details kita sebelum kita dibenarkan memasang implan akan tanya soalan berkaitan period kita.Antara soalannya bila last period kita.Apapun, boleh sahaja puan terus call mana-mana klinik LPPKN berhampiran untuk tahu prosedur sebelum kita memasang implan.Mereka akan memberi jawapan yang jelas berkaitan pemasangan implan ni.InshaAllah.Semoga dipermudahkan:)

      Delete
  5. Ckg,nk tanya luka 1st psg implanon tu,berapa hari boleh buka tempat tu?saya rasa gatal,kapas pon basah kalau mndi..hari ni hari ke5 pasang

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm sis, bekas luka atau tempat pasang implan tu memang akan berasa gatal sedikit.Lepas sehari, saya terus buka kapas yang dipasang tu sebab tak selesa, alhamdulillah.Sebenarnya, kapas tu hanya mengandungi sedikit / secalit darah sahaja.Tak payah biar lama2 kapas tu, takut boleh dijangkiti kuman sebab bila mandi kapas tu akn terkena air.Bila kita buka kapas tu, lengan kita akan lebih selesa dan rasa gatal cepat hilang.InshaAllah.

      Delete
  6. slm sis, bekas luka atau tempat pasang implan tu memang akan berasa gatal sedikit.Lepas sehari, saya terus buka kapas yang dipasang tu sebab tak selesa, alhamdulillah.Sebenarnya, kapas tu hanya mengandungi sedikit / secalit darah sahaja.Tak payah biar lama2 kapas tu, takut boleh dijangkiti kuman sebab bila mandi kapas tu akn terkena air.Bila kita buka kapas tu, lengan kita akan lebih selesa dan rasa gatal cepat hilang.InshaAllah.

    ReplyDelete
  7. hi. nak tanya, kalau yg dh kawin tp kawin di thailand, boleh ke pasang implan di lppkn? apa dokumen perlu bawa ke lppkn tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya daftar, nurse hanya mintak IC sahaja, selebihnya dia tanya pasal period kita, ank brp org..dia akn ambik tinggi dan berat kita..saya rasa takde masalah puan psg implan di lppkn, tapi apapun call dahulu no lppkn berhampiran tempat puan sebelum pergi.Jimat masa dan kita dapat info awal.

      Delete
  8. Assalamulaikum. Nak tanya, berapa ye harga pasang implan dekat klinik lppkn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam sis, utk pasang sahaja byrannya ialah RM 500, harga lain kalau kita nk keluarkan yg lama dan tukar yg baru. Setiap tahun byran psg implan berubah, dan biasanya semakin meningkat.Utk lebih mudah, hubungi lppkn berhmpiran lokasi saudari utk dpt info lebih tepat:)

      Delete
    2. Maaf puan kalau nak keluarkan rod implan Tu dikenakan bayaran juga ke? Berapa ya?

      Delete
    3. Nak Tanya..kalau keluarkan implan dikenakan apa2 bayaran ke puan?

      Delete
    4. yup, biasanya dikenakan bayaran sekitar RM100 untuk keluarkan implan, namung mungkin lebih sedikit jika diklinik swasta.

      Delete
  9. Assalamualaikum.. saya pakai implan skrg..InsyaAllah bulan 7 ni dh nk tamat tempoh 3 tahun.. nak tanya, bila dh buang implan yg lama.. implan yg baru boleh pasang time tu jugak atau ada break masa? Tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumuslam sis, terima kasih bertanya.Hari yang kita dtg utk keluarkan implan yg dah tamat tempoh, adalah hari yg sama doc akan pasang implan utk next 3 tahun, sekiranya kita berminat nak sambung pakai implan. Kalau kita plan nak pregnant, tak payah sambung pakai implan.Harap membantu. Mungkin boleh break masa jika kita mahu. Tapi bagi saya secara personal, tak praktikal kalau kita mmg nak sambung pakai implan. Terus je buat. Tak payah ulang alik klinik. hehe..

      Delete
    2. Hehe..betul tu.. dtg buat terus kan.. cuma dia mmg tak akan buat tempat yg sama atau mcmana?

      Delete
    3. kalau ikut pengalaman saya yang dah tukar dua kali, implan dipasang di lengan yang sama, lengan sebelah kiri, cuma kawasan doc masukkan implan yang baru berbeza dengan tempat yang kita keluarkan implan tu.

      Delete
    4. Alhamdullilah.. tq atas penjelasan Cik Matahari.. sgt2 membantu saya ;)

      Delete
    5. alhamdulillah, semoga dipermudahkan semuanya:)

      Delete
  10. waalaikumuslam sis, terima kasih bertanya.Hari yang kita dtg utk keluarkan implan yg dah tamat tempoh, adalah hari yg sama doc akan pasang implan utk next 3 tahun, sekiranya kita berminat nak sambung pakai implan. Kalau kita plan nak pregnant, tak payah sambung pakai implan.Harap membantu. Mungkin boleh break masa jika kita mahu. Tapi bagi saya secara personal, tak praktikal kalau kita mmg nak sambung pakai implan. Terus je buat. Tak payah ulang alik klinik. hehe..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum sis...nk tnya implan kn mmg utk 3 tahun kn...tp Kalo tahun ke 2 Tu nk tanggal kn bole ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumuslm sis, kalau ikut pemahaman saya, tidak ada masalah kalau kita nak keluarkan implan walaupun belum cukup tempoh 3 tahun ( if kita plan nak pregnant atau ada masalah hormon yang lain ).Sebaiknya sis refer juga ke klinik LPPKN berdekatan untuk mendapatkan ketepatan info:)

      Delete
  12. Sy bakal pasang implan 21/8 ni. Rasa takut sikit

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas perkongsian. Sangat membantu dan melegakan hati saya. Saya pun bercadang untuk pasang implan setelah tak berjaya dengan kaedah iucd sebelum ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berjaya IUCD tu
      macam mana?

      Delete
    2. Share la puan tak berjaya mcm mne tu?? Nk tau jugak..

      Delete
  14. Cmne sy nk dptkn list LPPKN yg terdekat??

    ReplyDelete
  15. Cmne sy nk dptkn list LPPKN yg terdekt??

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis, kalau ikut cara saya, saya google je dulu dengan taip lppkn, nanti website dia akan ada share lppkn setiap negeri atau daerah..InshaAllah, sis akan dapat infonya nanti..:)

      Delete
  16. terima ksh ats perkongsian .. otway nk pasang hjung bln ni 😂😂 hrap smua ok la ...

    ReplyDelete
  17. Boleh tahu x kos untuk remove implanon ni berapa ye kalau di mana2 hospital private?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. saya tidak pasti puan, tapi sekitar 3 tahun lepas jika remove implanon sudah hampir rm100 lebih, pastinya diprivate hospital, harganya lebih lagi..

      Delete
  18. Salam sis..thanks for sharing info..sy baru shj pasang implan ni semalam..mmg xsakit..tp bila bius habis, terasa sakit sekitarnya..and hari ni bila tersalah gerak lengan, terasa perit dannpedih..normalnke rasa ni..atau sy perlu refer pd doktr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis, sepanjang pengalaman saya memasang implan, rasa sakit atau pedih dilengan tidak begitu terasa.Sebelah malam, semasa tidur baru saya terasa sedikit lenguh dilengan.Tapi keesokannya, saya buat je kerja sprt biasa.Jangan keraskan tangan bila buat kerja.Alat yang dipasang pada lengan kita tu sebenarnya bukan benda tajam atau keras, dia lebih kepada seakan rod plastik yang nipis dan tidak menganggu pun pergerakan lengan kita.Dalam seminggu atau lima hari implan dipasang, doktor akan bagi appointment utk follow up.Jika puan masih berasa tidak selesa dalam tempoh tiga hari, better terus refer doktor ya.

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!