As Salam,
5 Sebab Kenapa Yis Tidak Berbuih-Sebenarnya saya kerap mendapat pertanyaan pembaca dalam blog ini yang bertanya mengapa yis yang mereka gunakan untuk menghasilkan roti, donut atau pau tidak berbuih seperti orang lain?
Yis yang menjadi ialah yis yang berbuih dan mengembang seperti dalam gambar.
Ini yis yang saya sediakan untuk membuat donut kentang yang gebus dan lembut.
Yis adalah bahan fermertasi macam penapaian.Yis amat penting dalam membuat roti supaya naik gebu dan membantu supaya tekstur roti mengembang dengan baik.
Yis tidak boleh digunakan lebih banyak dari keperluannya.Misalnya 1 Kg tepung mesti menggunakan 11g Yis sahaja.Jika lebih, doh akan terlebih kembang dan testur roti akan berlubang.
doh yang sudah siap diuli, kita biarkan supaya ia dapat mengembang dengan lebih besar.Bila doh yang kita uli mengembang dengan jayanya, ia menunjukkan sukatan yis sesuai dengan tepung yang kita gunakan.
Doh telah mengembang sekali ganda daripada yang asal.Yis telah memainkan peranan dengan aktif.Pastikan kita tumbuk sekejap doh untuk keluarkan angin sebelum membentuk donut atau bentuk yang kita sukai.
Doh yang sudah mengembang, boleh dibentukkan saiz donut atau jenis kuih yang kita hendak hasilkan.Biarkan seketika ia mengembang lagi, kemudian barulah boleh digoreng.
Selepas dibentukkan, doh akan mengembang seganda lagi seperti di atas.Masa ini anda boleh meneruskan langkah yang seterusnya.
Keadaan yis yang baru sahaja berbuih sedikit.Jika yis menunjukkan adanya buih walau baru sedikit seperti dalam gambar, ia menunjukkan yis yang anda gunakan adalah yis yang baik atau yis berkualiti.
doh yang sudah siap diuli, kita biarkan supaya ia dapat mengembang dengan lebih besar.Bila doh yang kita uli mengembang dengan jayanya, ia menunjukkan sukatan yis sesuai dengan tepung yang kita gunakan.
Doh telah mengembang sekali ganda daripada yang asal.Yis telah memainkan peranan dengan aktif.Pastikan kita tumbuk sekejap doh untuk keluarkan angin sebelum membentuk donut atau bentuk yang kita sukai.
Doh yang sudah mengembang, boleh dibentukkan saiz donut atau jenis kuih yang kita hendak hasilkan.Biarkan seketika ia mengembang lagi, kemudian barulah boleh digoreng.
Selepas dibentukkan, doh akan mengembang seganda lagi seperti di atas.Masa ini anda boleh meneruskan langkah yang seterusnya.
Tips penting meroti adalah mesti gunakan yis dalam adunan.Jika tidak ada yis atau yis tidak aktif atau mengembang, jenis kuih atau roti yang ingin anda hasilkan kurang menjadi.
Saya pula. bukanlah pakar sangat dalam bab meroti atau dalam menyelesaikan masalah readers dalam bab meroti.Tapi saya telah mendapatkan beberapa jawapan melalui carian di internet.Saya juga telah menemukan jawapan atas persoalan readers tadi.
Antara pilihan yis yang ada di pasaran. Untuk sukatan, satu paket yis ini bersamaan dengan 4 sudu kecil.Jadi, jika anda hanya perlu gunakan dua sudu kecil yis, selebihnya simpan dalam bekas kedap udara supaya yis tidak dimasuki angin.
Berikut antara sebab-sebab Yis tidak berbuih:
- Yis yang sudah expired atau mati sudah tidak boleh digunakan untuk meroti.
- Air yang digunakan untuk merendam yis terlalu panas.Sebaiknya gunakan air suam sahaja.
- Yis tidak berbuih apabila bercampur dengan garam.Sebaiknya masukkan garam ke dalam tepung supaya kedua bahan ini tidak bertemu.Kalau yis dah berbuih,tiada masalah diuli dengan tepung dan garam
- Yis mungkin sudah dimasuki angin.Jadi, elakkan membeli yis terlalu banyak atau beli dengan pek yang besar.Gunakan yis sebaik sahaja dibuka paketnya atau disimpan dalam bekas kedap udara.
- Yis tidak berbuih mungkin disebabkan jenis yis yang tidak berkualiti.Sebaiknya guna yis dari jenama yang dikenali kualitinya seperti Yis Mauripan (paket warna kuning) atau brand lain yang anda tahu dari jenis berkualiti.
Proses pengembangan donut kentang jika yis berbuih elok.Yis yang baik akan membantu kita mendapatkan donut atau roti atau pau yang gebus, lembut dan enak.
Hasil akhir daripada yis yang berbuih elok dapat hasilkan doh yang lembut, mudah diuli dan menjadikan kuih kita gebus.
Bagaimana nak hidupkan Yis?
Antara cara mudah untuk menghidupkan Yis ialah :
- Dengan menggunakan satu paket yis Mauripan 11g ke dalam cawan atau mangkuk.Kemudian campurkan dengan susu pekat satu sudu kecil dan satu sudu kecil gula pasir bersama satu cawan air suam.Kacau sebentar supaya larut.Rehatkan selama 5 minit.Tutup cawan atau mangkuk supaya bila berbuih ia tak tumpah keluar.
- Masukkan 11g yis kedalam mangkuk.Kemudian, campurkan 2 sudu susu cair dan 1 sudu kecil tepung gandum dan 1 sudu gula dan 1 cawan air suam.Biarkan selama 5 minit sampai berbuih.
Orait, saya harap perkongsian ini dapat membantu kalangan readers yang sedang mempelajari cara meroti atau membuat kuih yang berasaskan yis.Antara jenis kuih yang memerlukan kita menggunakan yis ialah pau kukus, pau sambal, roti gula, bun manis, roti sarang lebah, donut, dan banyak lagi.
Pau sambal juga antara kuih yang memerlukan kita menggunakan yis
Jangan cepat putus asa, setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang tersendiri untuk kebaikan kita.InshaAllah.
13 Comments
Terima kasih share. buat donut pass dah cuma bab buat roti tu agak failed.
ReplyDeletesebenarnya buat roti dengan resepi donut pun boleh juga, cubalah..:)
DeleteBanyak juga petua saya baru tahu...hehe...terima kasih kongsi.
ReplyDeletesama-sama, saya pun dulu tak tahu pasal ni, alhamdulillah, kita kongsi info berguna ya:)
Deletesy share di blog sy ye cik matahari .. just amik written without images ... jazakallahu khairan
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih perkongsian ilmu ini.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih perkongsian ilmu ini.
ReplyDeleteThanks
ReplyDeleteTerima kasihbatas perkongsian ilmu. Kalau bancuhan yis yang tidak berbuih, dimasukkan ke dalam adunan tepung, adakah adunan tepung tidak akan mengembang?
ReplyDeleteBagaimana nk simpan baki yis yang telah mengembang..lebihan buat donat
ReplyDeleteTerima kasih atas ilmi
ReplyDeleteTerima kasih atas ilmu ye
ReplyDeleteSaya buat adunan tepung nya 400g dan mengunakan 5g serbuk yis,baki nya saya simpan dlm bekas kedap udara,
ReplyDeletemasaalah nya kenapa baki yis itu tidak elok lg ia nya tk mengembang..
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!