Biskut Mazola @ Biskut Kacang Tanah Yang Sedap, Lembut Dan Mudah Disediakan

As Salam,
Biskut Mazola @ Biskut Kacang Tanah Yang Sedap, Lembut Dan Mudah Disediakan-Alhamdulillah. Hari ke-28 Ramadan, semoga Allah permudahkan bagi kita melengkapkan ibadah puasa pada tahun ini dengan kebaikan, barokah dan rahmatNya yang sangat luas. Semoga Selepas Ramadan ini Allah kurniakan kita kehidupan yang lebih baik dari segi akhlak, ibadah dan juga hubungan kita denganNya dan sesama makhlukNya.aamin.

Biskut Mazola-Sejenis biskut dengan gabungan kacang tanah dan minyak jagung (mazola) yang menjadikan cookies ini enak ialah apabila dimakan ia lembut dan berderai atau cair dalam mulut.

kalau korang penggemar biskut mazola, kita tahu ia bukan jenis biskut rangup, adalah sikit rangup kat bahagian luar, tapi bila digigit, biskut ini sangat lembut dan mudah pecah.Kalau ko beraya umah bakal mak mertua, control sikit time makan biskut ni, karang bersepah carpet umah bakal mertua ko.kiki.

Hujung-hujung puasa ni, sempat lagi saya buat cookies.Kali ini Biskut Mazola menjadi pilihan.Saya tidaklah terlalu obses dengan biskut Mazola, tapi saya tak sangka anak-anak dan juga bapak si anak rupanya suka akan biskut ini. Semasa saya sedang membuat Oat Cookies tempohari, En Suami ada menegur dan bertanyakan sama ada saya sedang buat biskut kacang? Kemudian, bila saya bertanya, rupanya dia suka akan cookies tu.

Jadi, bila tengok resepi, alhamdulillah.Biskut Mazola ni sangat mudah untuk disediakan dan bahan-bahan yang digunakan juga tidak banyak.Jadi, saya buat cookies ini dengan adunan sedikit sahaja.Boleh dapat sekitar 40-60 pcs ikut saiz biskut yang kita bentukkan.

Biskut Mazola ni menjadi top first yang laris selepas dicuba oleh anak-anak selepas solat maghrib.
dari anak sampai ke bapak, berebut ambik dua tiga ketoi. Yup, biskut ni kalau kita goreng /sangai kacang tanah sendiri di rumah, cookies ni memang fresh rasanya. Biskut tradisional yang tidak pernah jemu dimakan.

Alahai. gebus betol nengoknya kann.Alhamdulillah, biskut ini menjadi dengan jayanya.Encik Suami siap pesan kalau habis, boleh buat lagi.Iyolahh.

RESEPI BISKUT MAZOLA
Sumber resepi : Grup Masak Apa Hari ni Official (MAHN)
Dicuba oleh : Cik Matahariku
Bahan-bahan
1 cawan Kacang Tanah
1/2 cawan Gula - blend halus
(kalau taknak blend boleh guna gula halus.boleh adjust sendiri gula)
2 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Tepung Jagung
3/4 cawan Minyak Mazola
Esen Vanilla
Hiasan
Telur kuning
Pewarna Kuning

Cara Menyediakan Biskut Mazola @ Biskut Kacang Tanah Yang Sedap, Lembut Dan Mudah Disediakan
1.Kacang goreng tanpa minyak, pastu buang kulit, blender. Terpulang nak blend halus ke kasar. Ikut citarasa memasing.
2.Campur semua bahan gaul sebati kecuali minyak. Minyak masuk sikit2.
3.Gaul sampai jadi adunan.Kalau lembik boleh adjust tambah tepung gandum.
4.Simpan dalam chiller dulu dalam 1jam adunan. Ni rahsia nak bagi biskut rangup.saya simpan dalam 30 minit sahaja.
5.Dah sejam,keluarkan, bulat-bulatkan atau tekap guna acuan pun boleh. Hias dgn kacang, sapu kuning telur. 
6.Bakar pada suhu 160°c , 20-25 minit, atau boleh adjust sendiri ya suhu, janji biskut masak.Ikut oven masing-masing.

Step By Step Buat Biskut Mazola Yang Sedap, Lembut Dan Mudah disediakan

 Bahan-bahan asas menyediakan Biskut Mazola, saya tak gunakan pun pewarna kuning, sebab untuk sapuan warna kuning telur tu dah cukup menaikkan seri biskut Mazola saya.Ceh gitu:)

 Mula-mula kita goreng atau sangai dulu kacang tanah ni tanpa minyak ya.Pengalaman saya goreng kacang tanah ni, jika tanpa minyak, guna api sederhana.Kalau guna api kecil, ko kena bertabah tunggu.Camna nak tahu kacang tu dah cukup masa untuk diangkat, satu caranya bila dia berbau sedap ( of coz bau kacang tanahlah kann), kena rajin kacau takut karang dia hangit.

 Kacang tanah dah sedia dibuang kulit.Part ni memang menguji kesabaran.Resepi yang saya ikut ni depa buang kulit kacang, tapi ada jugak resepi yang buat biskut mazola ni, terus je blend tanpa buang kulit. Sebab tu biskut Mazola dengan resepi  ini warnanya lebih putih. Melalui pembacaan, depa kata biskut Mazola yang sebenar memang kena buang kulit supaya rasa biskut lebih enak dan lembut berderai. Cara nak asingkan atau buang kulit kacang ni, ko kena buat time dia masih panas-lepas tu goreng kacang lama sikit, sampai kulit dia tanggal sendiri dalam kuali ( sikit-sikit bukan semua).

 Kacang tanah yang saya dah blend halus.Saya tak suka blend kasar walaupun boleh je kalau korang suka rasa kekacang dia.Saya plan nak letak sebiji kacang tanah sebagai hiasan atas biskut Mazola, sebab tu sy blend halus.

 Part ni, saya dah campurkan semua bahan- kemudian gaul adunan dengan minyak mazola sedikit demi sedikit.Sehingga doh menjadi mudah dibentuk.Macam yang saya buat ni, saya tambah dalam satu sudu makan tepung gandum sebab saya tengok adunan relai, susah nak bentuk.Saya tambah juga satu sudu minyak supaya ia sebati.

 Saya bentukkan bulat-bulat, kemudian sapu dengan kuning telur, barulah letak kacang tanah seketoi atas biskut mazola tu.Sepatutnya letak sebelah sahaja kacang tanah tu, saya kan over sikit, tu yang letak seketoi terus.Alaa.kita buat dia kann.

 Bakar dalam oven dengan suhu 160 atau 170 darjah ikut oven masing-masing, dalam tempoh masa 20-25 minit.Ataupun kalau korang tengok bahagian bawah biskut dah bertukar warna kuning keemasan, dah boleh keluarkan dari oven.

orait, ni biskut mazola yang dah siap bakar-Haih,geram betol nengoknya.Nak story lebih-lebih pun korang pun sendiri tahu, biskut Mazola ni memang sedap dan tidak menjemukan.Cubalah buat sendiri di rumah ya!


Selamat mencuba:)



Post a Comment

3 Comments

  1. Replies
    1. alhamdulillah, ni biskut mazola versi rajin..hehe..

      Delete
  2. Hi thank you for the recipe.....the cookies colour is bright n nice

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!