Roti Gula Mentega Yang Sedap Dan Sangat Gebus Resepi Sukatan Cawan Fresh From My Oven

As Salam
Roti Mentega Gula Sedap Dan Sangat Gebus, Mudah Pula Disediakan-Haih.Orang lain sibuk buat cookies untuk raya, saya sibuk pulak dengan Roti Gebus Mentega Gula Fresh from oven-Yelah.Macam ko sorang boleh buat roti gebus kan.muehehe.Sebenarnya saya sendiri peminat roti-roti fresh yang homemade, tambah mengujakan apabila kita dapat makan roti panas-panas yang keluar dari oven rumah sendiri.

Roti Mentega Gula Yang Sedap Dan Sangat Gebus Resepi Sukatan Cawan Fresh From My Oven

Akhir-akhir ini saya sedang cuba skill membuat roti dari rumah.Apabila kita dah lepas bab menguli doh dan menghasilkan roti yang gebus, jadi mudah pula kita nak pelbagaikan roti tu.Untuk beginner macam saya, berjaya buat roti mentega gula dengan tekstur dan rasa macam yang dijual dikedai, dah sangat menyeronokkan.

Asalnya buat untuk makan lepas moreh, sebab sebaik azan berkumandan, doh roti saya masaih dalam oven.Bila saya keluarkan sebaik anak-anak berbuka, masing-masing berkerumun nak rasa.Walaweh.memang laju jelah roti tu kena ngap depa anak beranak.Memang sedap beb walaupun simple je.Just Mentega dan Gula.Yup! sebenarnya resepi roti tu yang sedap.haha.Sebab roti kali ini tidak tawar dan berasa sedikit manis.Memang ngam.

Bagi saya penggemar roti panas, sedap sangat kalau pekena kopi o pekat dengan roti ni.

Resepi Roti Margerin Gula Sedap Lembut Sukatan Cawan
Sumber resepi: Cik Matahariku
Bahan- bahan adunan doh
5 cawan Tepung Gandum 
3 sudu besar gula
1 biji telur
2 sudu makan margerin
Bahan- bahan utk kembangkan yis
1 paket yis 11g
2 sudu makan gula
2 sudu makan susu pekat
1 cawan air suam


Rupa roti Mentega Gula sebelum dimasukkan dalam oven.

Cara Menyediakan Roti Gula Mentega Yang Sedap
  1. Sediakan satu cawan air suam dan larutkan gula dan susu pekat. kemudian masukkan yis. Kacau sehingga sebati.
  2. Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, dua sudu marjerin, dua sudu gula dan sebiji telur. Kacau bahan- bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Apabila yis sudah berbuih, masukkan dalam bekas tepung tadi.
  4. Mulalah uli doh dengan perlahan dan lembut. Boleh tambah tepung sedikit demi sedikit jika doh terlalu lembik.Uli sehingga tepung tidak melekat ditangan.
  5. Biarkan atau rehatkan doh sekitar 30-40 minit.
  6. Keluarkan angin pada doh dengan cara menumbuk doh perlahan.
  7. Mulalah membentuk doh ikut saiz yang dikehendaki.
  8. Rehatkan doh sekali lagi sekitar 20-25 minit. 
  9. Gunting tenga-tengah roti, sapukan mentega dan tabur gula halus pada permukaan yang kita gunting tadi.
  10. Panaskan oven 5 minit, kemudian masukkan tray pembakar dalam oven. Bakar roti pada suhu 160@ 170 darjah dalam tempoh 20-25 minit atau ikut oven masing- masing.
  11. Boleh check roti pada minit ke 20 utk pastikan roti hampir masak atau belum. Tengok pada warna permukaan roti. Jika sudah kuning keemasan, itu petanda roti hampir masak.
  12. Keluarkan dari oven. Sedia utk dihidang panas-panas😚😚
Alhamdulillah, doh dah berjaya mengembang dengan jayanya.

 Jangan lupa sapu marjerin atau alas dengan baking paper dalam loyang. Lepas tu, baru masukkan doh roti yang sudah dibentuk saiz bulat-bulat.

Roti Mentega Gula yang sangat mudah disediakan dengan sukatan cawan.

Rupa sebelah dalam roti yang lembut dan gebus.


Selamat mencuba:)

Post a Comment

3 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!