Reward Diri Beli Apple Iphone XS Dengan Duit Berblog

As Salam,
Reward Diri Dengan Beli Iphone XS Dengan Duit Berblog- Haih.Kemain akhkak buat tajuk post.Macamlah dia sorang pakai "premium phone" kat Malaysia ni kan.ahaks.Padahal, Iphone XS ni bukanlah Iphone latest di pasaran, Iphone jenis XS launch pada tahun 2018, dua tahun lepas dik oii.

Menulis blog yang pada asalnya hanyalah hobi ataupun suka-suka, kini menjadi pasif income yang menguntungkan:) Kini Apple Iphone XS sudah menjadi milik saya.yay!!

Orait, post ini just sedikit sharing yang saya nak kongsikan bahawa sesungguhnya menulis blog juga adalah part time yang boleh dipertimbangkan jika kita minat menulis dan berkongsi info dengan readers.Kita anggaplah ianya sebagai pasif income yang kalau kita tengah tido pun komisyen masyuk dengan banyak.eh.tercerita pulak pasal komisyen.hiks.

 Alhamdulillah, Apple Iphone XS edisi kelima koleksi yang saya miliki- reward kepada diri sendiri sebab rajin berblog.kiki.yelah sangat kann.

 Hello My Iphone XS:) Welcome to my life and make sure u will make me extra happy okey!

Set Apple Iphone XS dengan earphone, charger and plug and of course sebiji phone.Ekau jangan cari mana phonenya hokey.Dah sah-sah den buat ambik gambo ni semua.

Kisah dan pengalaman saya menggunakan phone jenis peranti iOS bukanlah baru.Saya pernah kongsikan kisah agak lucu dan seram saya pada kali pertama saya dan Encik Suami menjadi pengguna Iphone iaitu sekitar tahun 2007.Boleh klik sini : Pengalaman kali pertama menggunakan Iphone-Means, since 13 tahun lepas kami sudah menggunakan phone jenis ini bermula dari Apple Iphone 3GS lagi.

Masa tu, smart phone dengan teknologi touch skrin belum popular pun lagi.Saya pula memang tak pernah dengar pun jenama phone dengan nama Iphone ni.Sebelum tu saya pernah guna Nokia, Adam dan Samsung.Encik Suamilah yang memperkenalkan saya dengan Apple Iphone dan seterusnya kami menjadi "pengguna setia" brand ini.

Pic pertama diambil dengan Iphone XS.Kemain adik ni ajak kami bergambar. Harap je pakai Iphone XS, tuan badan masih lagi xxxl.huhu.

 Sempat juga celebrate Birthday anak ke-2-seronok sangat dia dapat sebiji kek favourite Macadamia in the house:) Happy Birthday Eqin- We luv u much!Encik Somi sakan buat gaya macam dia yg dapat phone baru.kiki.

pic close up sampai nampak double chain and jerawat bagai.hiks. 

Apa yang saya sukai tentang Iphone ini ialah ia menjadi reward kami kepada diri sendiri setiap kali kami meraih pencapaian terbaik dalam kerjaya atau impian hidup kami.Sama seperti 13 tahun lepas, kami memang bercadang untuk tukar phone baru ketika itu, Alhamdulillah, rezeki kami ketika itu Encik Suami dapat kenaikan gred dalam pekerjaannya, saya pula tumpang sekaki.haha.

Jadi, bila semalam petang Encik Suami ajak keluar ke AEON Seremban, katanya mahu ambil voucher Aeon, saya pun follow jelah. Dalam kereta barulah Encik Suami bagitahu nak belikan saya phone baru.Yay!! of course saya excited and happy kot.ahaks.Phone sedia ada takde masalah besar tapi saya pernah merungut sebab storage Iphone 6S yang saya sedang guna selalu full dan saya terpaksa delete gambar, video atau apps sedia ada jika mahu menggunakan wassap atau download apps baru.

Apple Iphone 6S yang telah berkhidmat dengan saya sekitar hampir 5 tahun.Sayang sangat dengan phone ini tapi terpaksa lepaskan sebab storan yang minima.Lagipun dah sampai masa untuk tukar baru sebab sometimes hang jugak.Apapun alhamdulillah.Rezeki berblog pun datang dengan bantuan gambar-gambar yang diambil dari phone 6s ini. I owe u much 6S:)

Tambah lagi, bila kita berblog, gambar sangat penting dalam penulisan kita.Saya pula bukanlah ambik gambar dan terus tulis blog.Biasanya tunggu mood mari atau tunggu masa sesuai baru saya on laptop dan menulis blog.

 Antara pic yang saya ambil dengan khidmat Apple Iphone 6s. Bayam brazil yang saya tanam sejak musim PKP-daun bayam brazil memang dikenali dengan warnanya yang hijau cantik dan mudah membiak.Bila tengok daun bayam yang hijau ni, selera kita nak makan ulam-ulaman pun datang kan.heh.

Ini pula Mexican Coffee Bun-sedapnya lahai dapat makan panas-panas.Fresh from oven lagi.Bagi saya bila share pic makanan dalam blog, kualiti gambar memang sangat penting.Tips kepada Food Blogger, jika anda mahu gambar makanan yang anda kongsi cantik seperti rupa sebenar, gunalah phone yang ada kelebihan seperti ini.Apatah lagi jika anda buat bisnes makanan.First impression pelanggan adalah kepada pic makanan yang anda jual. 

 Koleksi gambar makanan atau menu yang saya kongsikan dalam blog.Setiap satu menu biasanya saya akan ambil gambar paling sikit lingkungan 10-15 keping.Semuanya untuk dapat angle dan view yang cantik, kemas dan mengiurkan.ahaks.

Semua resepi ada saya kongsikan dalam blog.Semuanya sedap-sedap sebab kita buat sendiri secara homemade.hihi.

Alhamdulillah, rezeki dari Allah.Dapat suami yang baik hati dan sporting dan caring ( puji lebih sikit sebab dia dah belanja kita phone baru kan.ahaks.)Sebenarnya, saya rasa sama seperti Blogger lain, kalau musim lepas bulan puasa atau raya, pendapatan Adsense dari berblog biasanya lebih sedikit dari bulan-bulan biasa kann.heh.Jadi beli Iphone XS ni adalah bajet dari pendapatan Adsense dan juga Encik Suami tambah bayar bakinya.

Tak kisahlah kalau ada yang berpendapat beli phone sampai ribu-ribu sebagai satu pembaziran, saya dan Encik Suami pula anggap ini adalah ibarat "belanja diri sendiri" selepas kita bekerja keras untuk kehidupan kita.Ceh gitu:)- Lagi satu, Dah berbelas tahun dengan peranti iOS, saya akui memang kekok dan tak familiar dengan peranti android.Jadi, antara sebab lain kami setia dengan Iphone ialah kami sudah selesa dengan fitur dan antaramuka (skrin) jenis ini.

Apa yang best sangat dengan Iphone XS ni?
Bagi saya secara peribadi, dan juga sebagai Blogger Part Time, saya amat suka dengan kemampuan camera yang ada pada Iphone.Tentulah kerana hasil gambar yang kita ambil sangat cantik dan seperti rupa sebenar.Dengan minat dan kecenderungan saya menulis dan berkongsi pelbagai resepi dan makanan, maka haruslah bagi saya menampilkan gambar-gambar makanan yang cantik dan membangkitkan selera sesiapa yang melihatnya.ewahh.kemain.

Gambar first makanan yang XS saya tangkap.Nampak sodap dok kek Macadamia ni gaiss?
Ini baru luaran ya, belum buat keratan rentas lagi.heh.

Saya pula tak kisah walaupun ia bukan jenis Iphone yang latest, sebab bajet saya untuk dapat Iphone baru dalam lingkungan harga not more than RM3K.So, akhirnya Iphone XS Gold inilah rezeki untuk saya.Dengan storan paling minima dalam lingkungannya iaitu 64GB berbanding phone terdahulu 16GB, jadi saya anggap phone ini sudah memenuhi keperluan dan kehendak saya.Asalnya Cik Abang mahu belikan Iphone XS Max 256GB yang sedang promosi dengan harga bajet saya, tapi merata tempat cari takde stok, sehingga di online pun tiada.Sudahnya, saya beritahu tak kisah pun.Cukuplah dengan apa yang dah kami dapat.Duit balance bolehlah buat beli durian atau makan KFC ke.haha.

Walaupun hanya satu jenis makanan, misalnya rempeyek kacang tanah di atas, saya akan ambil pic sehingga 15 keping-inilah antara sebab saya memerlukan phone baru dengan storan yang lebih praktikal.Harap XS dapat penuhi keperluan saya ini.aamin.

Menulis dan Dapat Duit Secara Pasif
Yup, cukuplah story mory pasal Iphone XS saya tu.Kali ini saya nak kongsi tips dan sedikit panduan.Alangkah bagusnya jika kita punya blog sendiri dan pada masa yang sama kita boleh jana duit daripada blog.Tapi macam mana caranya?

Antara notifikasi dalam email yang saya terima setiap kali blog menjana komisyen melalui review produk yang saya tulis dalam blog.Kadang kala notifikasi ini saya terima saat bangun dari tidur, berada di kampung sedang bercuti, sedang rehat-rehat menonton televisyen:)
Inilah yang dikatakan pasif income.Kita buat sekali tapi komisyen datang berkali-kali dan tidak terhad.

Saya pernah kongsi cerita dalam blog sebelum ini, banyak cara yang kita boleh buat dengan blog dan mendapat pasif income darinya.Salah satu darinya ialah saya menjadi Affiliate Marketer. Apakah Affiliate Marketer? Affiliate ni kita menulis review dan buat promosi tentang digital produk dan pada masa sama kita mempunyai link yang boleh kita gunakan dalam review tersebut.Jika ada pelanggan atau pembaca blog kita yang berminat dengan digital produk yang kita review, depa boleh klik link yang kita kongsi.Apabila mereka menjadi pembeli kepada produk tersebut, maka kita mendapat komisyen.Komisyen ini berbeza mengikut jenis Affiliate yang kita sertai.Paling tinggi yang saya pernah terima adalah sebanyak 50 dan 60 peratus daripada harga digital produk tersebut.

Selain itu, boleh juga kita promote blog kita untuk tujuan pasang iklan.Kebanyakan peniaga online atau peniaga yang buat bisnes dari rumah boleh sewa iklan di blog kita.Harga kita sendiri yang tentukan.Ada juga Blogger yang mendapat paid review job, Sponsored Post dan banyak lagi.Semuanya ini menghasilkan pendapatan pasif kepada kita dengan hanya melalui penulisan.

Tidak Tahu menulis dan Tidak ada Idea?
Ia bukanlah masalah.Saya pun bukanlah mahir sangat menulis.Ada masa merapu dan membosankan jugak tulisan saya.Tapi, itu bukanlah masalah besar.Jika anda mahu serius dan berminat untuk belajar, saya boleh sahaja kongsikan Tips Menjadi Penulis Hebat -Klik sini-

                                               

Jika anda tidak minat menulis tapi anda suka memasak atau buat roti dan kek, boleh juga anda usahakan bisnes sendiri dari rumah.Semuanya bermula dengan kemahuan dari dalam kita sendiri.Tambah lagi dengan musim PKP ni, tidak cukup kita bekerja hanya dengan satu pekerjaan sahaja.Sudah ramai orang di luar sana yang mencuba pelbagai peluang kerja part time.


Apa salahnya jika kita punya kepakaran dalam membuat kek misalnya, kita jadikan ia sebagai sumber pendapatan sampingan.Manalah tahu, ada rezeki lain untuk kita yang Allah dah sediakan dalam bidang tersebut.Macam saya! kerjaya sebagai Guru tetapi manalah saya tahu rupanya Allah nak bagi extra money dengan berblog.Best kan?

Cukup setakat ini, harap dapat beri manfaat dan kongsikan jika ada kalangan rakan lain yang pakar menulis tetapi belum punya blog:) Apapun pekerjaan atau jika tidak diusahakan, manakan dapat hasilnya.

Terima kasih baca post ini, sehingga bertemu lagi.InshaAllah.


Post a Comment

14 Comments

  1. alhamdulillah.. nmpk hasil dgn berblog.. =)
    cantik jgk gmbr2 camera iphone ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, betul tu, gambar dengan phone Apple Iphone nampak lebih menyerlah kann.:)

      Delete
  2. tak kisahla kak hp latest ke idok yang penting hp baru, yak yak yeh... best2

    ReplyDelete
  3. Setuju.... penat penat menulis apa salahnya rewardkan dgn iphonekan.... Org ckp gambo iphone lawo... Lawo ke tidak? Kasi chancelah kat en somi...tompang reward isteri hihii
    Happy Bezday eqin...

    ReplyDelete
  4. Tak dapat yang latest dapat upgrade pun jadi lah kan. kira rezeki juga tu. Alhamdulillah.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!