As Salam,
Alhamdulillah.Manalah saya akan terfikir yang pada suatu hari nanti saya akan jatuh suka akan pokok-pokok kecil berdaun hijau yang dipanggil sebagai tanaman Indoor Plant.Sehingga Encik Suami naik musykil akan kesukaan saya pada pokok-pokok Indoor plant yang kebanyakannya hanya tumbuh daun tapi tidak berbunga!haha.
Monstera Adansoni yang sekali tengok daunnya macam kena makan ulat.Tapi hakikatnya ia memang jenis indoor plant yang mempunyai daun berlubang.Kalau tumbuh daun baru, awal-awal dia dah keluarkan daun yang berlubang.hehe.
|
Satu-satunya jenis pokok Indoor yang paling banyak saya tanam di kebun mini saya.Namanya Golden Pothos.Sejenis pokok yang menjalar dan sangat mudah untuk menjaganya.Golden Pothos ni boleh hidup dalam air atau medium tanah.
|
Awalnya dulu, saya suka letak dalam botol kaca berisi air.Tapi sebab saya tak rajin nak tukar air selalu, saya pindahkan ke medium tanah.Jenis pokok ni sangat sesuai ditanam bagi geng mak-mak yang macam saya, bekerja tapi ada hati nak jadi Mommy of plants.heheh.
Ini juga kaum kerabat Pothos.Cuma corak daun dan warna sedikit berbeza.But still menarik minat saya untuk menjaga dan membesarkan pokok ni.
Kata tanam pokok bunga, tak nampak pun bunganya...itulah komen Encik Suami setiap kali dia "teman" saya belek pokok-pokok di "taman bunga" saya yang hanya sekangkang kera di kawasan porch rumah kami.Saya pula malas nak jawab komen Encik Suami, sebab saya suka akan kehijauan daun-daun itu sendiri.Ada juga pokok jenis berbunga yang saya tanam ( beli sebenarnya ) di mini kebun saya, tapi tu pun hanya jenis Adenium.Pokok berbunga lain yang ada dalam wishlist saya ialah Petunia.Yang ni memang kena pikir banyak kali nak jaga sebab cerewet untuk membesarkannya:)
Sejenis lagi indoor plant yang saya ada iaitu Spider Plant.Syukurlah nasib pokok ini masih baik walaupun kita dah nampak ada daun-daun yang kering dan kekuningan.Katanya kalau pokok kita ada daun yang terjadi macam ni, itu maknanya kita telah over water.Alamak.Saya dah buat salah ke ni..huhu.
Semuanya bermula apabila pelaksanaan PKP di negara kita.Asalnya sebelum itu, saya hanya nak tanam pokok pandan, pokok kari, daun sup, daun kunyit dan pokok cili.Angan-angannya bila nak guna, tinggal ambik je kat celah dapur.Kononnyalah kan.Syukur Allah menghendaki yang lebih baik untuk saya.Mungkin dengan pelbagai kelemahan saya juga kekangan saya yang bekerja, Allah tengok saya ni lebih baik tanam pokok Indoor plant yang kebanyakannya hanya perlu penjagaan yang sangat minima.Tak perlu siram pokok tiap hari dan tak banyak gangguan serangga atau bena putih.
Inilah antara pokok yang saya hadap dan belai tiap hari.Kalau jiran nampak peel saya pegang daun pokok pagi-pagi tu, mesti dia musykil kan.haha.
Pokok Kunyit dan pandan tumpang sekaki.Inipun baru dapat hidup selepas banyak kali saya cuba tanam.Nampak nau tangan tak sejuk kann.
Antara tanaman yang ada kat kebun mini saya.Semuanya masih kecil dan kena sabar tunggu depa ni membesar dengan subur macam tuan tanah.hiks.
Anak pokok Golden Pothos.Saya ambil daun yang menjalar di pasu, kemudian potong kepada satu bahagian dan tanam atas tanah dengan dua tiga daun supaya dia akan tumbuh serumpun.Barulah nampak subur dan lawa kan.heh.
Ini pula pokok pemberian dari Abang Long saya di Batu Pahat, Johor.Asalnya saya ingat pokok ni tak akan meninggi atau berdahan, tapi bila tengok pokok asalnya di rumah Abang Long saya, barulah saya tahu pokok ini akan meninggi dan berdahan.Tapi kena tunggu selepas 5-6 bulan lah katanya.Kena sabar menunggulah nampaknya nak tengok dia ni beso.
Kini, apabila pelaksanaan PKPB fasa kedua di negara kita, hobi berkebun ini saya teruskan.Kalau ikutkan, tak banyak pun lagi koleksi Indoor plant yang saya ada, bolehlah buat saya keluarkan peluh dan hilangkan stress di petang hari selepas seharian menghadap laptop kerana bekerja dari rumah yang memerlukan saya online sepanjang hari.
|
Ini pula kaum kerabat Calathea.Saya tak sempat nak Google ID bagi pokok yang daunnya macam kita lukis atas lukisan ni kan (time sekolah dulu kalau lukis daun mesti ada corak macam ni ).Yang ni masih bau nursery lagi sebab baru beli pagi tadi kat nursery.haha.Belum repotting lagi.Tunggu dapat beli pasu lawa. |
|
Hello! My name is Orbifolia.Ai pun dari family Calathea.Orbifolia ni saya berkenan sungguh dengan line atas daun dia yang lebar tapi bentuk bulat.Entahlah.Tak tahu nak ceritakan design daun dia ni. |
|
Ini pula jenis dari Family Pokok Keladi.Pokok ni sebenarnya dapat dari sekolah.Kat sekolah ada banyak pokok ni yang terbiar dalam pasu.Saya ambik dua tiga pokok buat anak angkat.hihi.Tak sangka pokok ini cepat sangat membiak dan daunnya tak berhenti tumbuh setiap hari. |
Ada beberapa jenis Indoor plant yang saya miliki di mini kebun saya.Antaranya jenis Sanseveria Plant iaitu jenis snake plant.Ada juga dari jenis koleksi Calathea seperti Birkin dan Orbifolia ( bukan begtangan branded jenama Birkin ya, ini nama pokok.hihi). Ada juga dari jenis Pothos iaitu Golden PothosSaya juga sedang membesarkan pokok Monstera dari jenis Adansoni dan Deliciosa.
Kebanyakan Indoor plant ini juga tidak memerlukan penyiraman yang kerap.Pokok-pokok ini boleh mati hanya kerana siraman yang kerap atau "over watering".Memandangkan kebanyakan indoor plant adalah dari jenis tumbuhan di kawasan Tropika, ia hanya memerlukan kelembapan yang berpanjangan.Jika tanah tumbuhan ini menjadi kering, ia juga boleh menyebabkan pokok tanaman kita mati dan tidak membesar.
Seperkara lagi, indoor plant ini selain memerlukan cahaya matahari yang tidak direct, ia juga suka akan kawasan atau tempat yang sejuk dan sedikit teduh.Ada tips yang saya baca di blog-blog berbahasa Inggeris, indoor plant ini sesuai ditanam secara "berkawan" atau "berkumpulan" supaya dapat membantu pertumbuhan pokok yang lebih besar dan cepat.
Orait, macam mana dengan hobby korang pulak.Cuba kongsi kat komen bawah, korang buat apa je kalau nak release dari hal kerja yang memang tak akan pernah habis.Cer cerita hokey:)
6 Comments
Tak boleh bela kucing ni
ReplyDeleteKalau ada kucing, habis tunggang langgang tanaman2 tu.
kebetulan kami ada bela kucing WP, tapi depa ni kecik lagi..setakat ni main celah pasu jelah..tgk nanti kalau depa buat nakal, saya kurung dalam rumah..hihi..
DeleteTenang tengok mini garden awak. Memang ramai pick up hobi berkebun masa Pkp. Tapi takpela hobi yang sihat dan mengurangkan stress. Suka tengok pokok yang 1st tu sebab unik. Ingat betul kena makan ulat
ReplyDeletealhamdulillah, ada pokok boleh tengok2 buat tenangkan fikiran..anak-anak saya pun ingat daun pokok tu kena makan ulat..:)
Deleteaduh geramnya tengok semua tanaman tuh... cantik je tersusun gitu
ReplyDeletedana ni takde sangat pokok gini, nak letak dalam rumah kang di kerjakan anak kucing nangis lak... hehehe
sebelum ni ada juga pokok yang saya letak dalam rumah, tapi anak-anak kucing pulak rosakkan daun, tu yang letak kat luar semula..
DeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!