Ikan Bilis Tawau Bukan Ikan Bilis Biasa -Masakan Jadi Lebih Sedap dan Berlemak Dengan Ikan Bilis Tawau Gred A-

Ikan Bilis Tawau Bukan Ikan Bilis Biasa -Masakan Jadi Lebih Sedap dan Berlemak Dengan Ikan Bilis Tawau Gred A- Alhamdulillah.Syukur sangat bila Encik Suami saya tergerak hati nak tukar ikan bilis yang biasa dia beli kat pasaraya atau kedai runcit dengan Ikan Bilis Tawau Gred A yang ramai dah tahu kualiti dan keenakannya walaupun hanya digoreng rangup!yeahh.

Ikan bilis tawau gred A - kualiti yang tidak boleh dikompromi.ishh. Sedap digoreng rangup dan dimakan begitu saja.yeahh.

      Antara menu yang wajib menggunakan ikan bilis iaitu sambal tumis ikan bilis untuk Nasi Lemak.

Kalau dapat makan sambal enak macam ni, nasi lemak sebungkus pun boleh ulang makan kann.hihi.

Saya pula, kalau buat mi goreng basah atau mi goreng biasa, ikan bilislah antara bahan yang wajib ada sebab nak bagi mi goreng kita lebih berlemak rasanya.Cubalah sendiri kalau korang nak tahu sedapnya macam mana.

Mi goreng resepi asal daripada Encik Suamiku-Boleh tengok resepi kat sini ya : Mi Goreng Sedap dan simple paling sedap-


Kita ni mak-mak semalaya bukanlah malas sangat nak kopek bilis.Tapi kalau dapat ikan bilis yang dah siap kopek, tambah lagi dapat ikan bilis yang bersih, segar dan kualiti mata biru-kita orang memang sanggup masak dua tiga jenis lauk sehari, dua ploh empat jam.hiks.


Begitulah ceritanya.Saya syak Encik suami terkesan dek muka kesian plus bosan saya tiap kali dia beli ikan bilis baru, kami anak beranak akan bergotong royong mengopek ikan bilis tu.Seingat saya adalah dekat setahun kami sekeluarga sudah berubah menggunakan Ikan Bilis Tawau yang super sedap, rangup dan berkualiti ini. Dan paling happy, dah tak payah kopek ikan bilis lagi.Masak pun lebih cepat dan pastinya jadi lebih sedap.yeayy.


yay!! dah tak payah kopek ikan bilis lagi- ikan bilis tawau selain bersih dan cantik, kita juga dapat kuantiti lebih banyak pada harga borong.Walaupun ada caj postage kita kena bayar, tapi tidaklah sampai sama tambang kalau kita pi sendiri Tawau dan beli ikan bilis ni.hish.


Saya antara mak-mak semalaya yang banyak menggunakan ikan bilis dalam masakan saya.Jika korang readers sejati blog ini, korang mesti tahu yang kami sekeluarga memang suka pedas.Jadi, hampir setiap hari mesti ada menu berasaskan sambal atau saya akan buat sambal ikan bilis, sambal belacan, sambal tumis. sambal tomato, sambal hijau, dan banyak lagi.Jadi, tidak hairanlah kalau ikan bilis menjadi barang dapur wajib ada di rumah saya.Sambal-sambal ini hanya akan jadi lebih sedap kalau kita letak bilis dalam penyediaannya.

Lagi satu, kalau kita buat rempeyek kacang dengan ikan bilis, of course kena banyak juga guna ikan bilis.Mak mertua saya ajar, kalau nak rasa rempeyek kita lebih sedap, berlemak dan berperisa, kena tambah ikan bilis tumbuk atau blend dalam bancuhan tepung rempeyek kita. Korang tengok sendiri, hasilnya kat bawah.Nampak rangup dan meletup kann.

Ini gorengan kali pertama hasil saya buat rempeyek kacang tanah sendiri kat rumah.Kalau ikut style mak dan mak mertua saya,biasanya rempeyek akan digoreng sebanyak dua kali untuk pastikan rempeyek lebih rangup dan enak.


Kenapa Beli Ikan Bilis Tawau

Ada jugak yang tanya, sedap ke ikan bilis tawau ni? Tak masin sangat ke ? Okey ke kalau kita taruk atau bubuh ikan bilis ni dalam masakan kita ? Berdasarkan pengalaman saya menggunakan ikan bilis ini dalam masakan saya, dia tak menjadikan masakan kita termasin atau berbau, malah masakan kita jadi lebih sedap, berlemak dan buat kita tambah selera nak makan.Bahaya ni oii.haha.


Pernah tak korang lalui pengalaman, time kita goreng ikan bilis, ikan bilis tu jadi liat atau tak rangup? Saya dulu masa guna ikan bilis yang biasa  memang pernah je hadap situasi ni.Tapi sejak dah tukar kepada ikan bilis tawau, semuanya menjadi lebih baik.Maksud saya, saya dah takde masalah ikan bilis liat selepas digoreng.Sekarang ni, kalau buat nasi lemak, suami siap pesan goreng kacang tanah dan ikan bilis lebih sikit.Sebab kami anak beranak suka ratah ikan bilis camtu je.kiki.

Inti karipap kentang juga saya gunakan ikan bilis- ada sesetengah orang guna udang kering-saya pula sebab kebetulan stok ikan bilis memang banyak, saya guna ikan bilis malah jika anda berniaga karipap, gunakan ikan bilis lebih jimat kos dan lebih sedap pastinya inti karipap kita nanti.

Karipap kentang homemade dengan inti yang sangat sedap-Boleh klik sini untuk dapatkan resepi inti karipap kentang yang sedap dengan bahan ikan bilis.-Resepi Inti Karipap kentang homemade

Siapalah yang tak kenal kuih siput ni kann.Ramai yang mencari-cari tips supaya kuih siput yang kita buat lebih sedap, berperisa dan berempah kan? Salah satu tipsnya ialah gunakan ikan bilis untuk dapatkan rasa berlemak pada kuih siput kita-InshaAllah gerenti sodap:)Resepi kuih Siput rangup dan sedap, boleh klik sini : Cara Mudah Buat Kuih Siput yang lebih rangup dan sedap.


Memandangkan banyak kebaikan yang saya dah dapat dengan menggunakan ikan bilis Tawau, jadi saya nak kongsikan dengan anda semua, yang mana para suri rumah atau sesiapa yang buat bisnes menjual nasi lomak, nasi ambeng ( makan dengan sambal goreng-sambal goreng guna ikan bilis gred A barulah ngam sambal goreng korang.heh.). Nasi Goreng, bihun goreng, mi goreng dan kueteow goreng, semua ni saya masak dengan menggunakan ikan bilis tawau tau. Eh, trylah google resepi saya dengan menu yang saya sebut tadi, confirm ramai yang kata sedap.( sabo je deh.).


Sebenarnya kalau korang rajin Google, banyak je taukey dan pembekal ikan bilis ni di pelosok tanahair. Kami pula ambil kesempatan ini sebab selalu beli borong dan dapat harga tak masuk akal, maka kami buat part time jadi Dropshipper Ikan Bilis Tawau Gred A- Bila kita dapat beli direct ikan bilis ni dari tokey dia kat Tawau Sabah nu, so bolehlah kita jamin yang kita dapat ikan bilis tawau berkualiti dengan harga paling berpatutan.

Packet ikan Bilis Tawau dalam kuantiti satu Kilogram-padat dan mantap isinya kan.

Ikan Bilis Tawau Bukan Ikan Bilis Biasa -Masakan Jadi Lebih Sedap dan Berlemak Dengan Ikan Bilis Tawau Gred A

Ewahh.kemain dok puji ikan bilis tawau dia ni.Dah macam share partner dibueknyo.Padahal den tolong jadi Dropshipper je.kiki. Yelah, sambil-sambil order ikan bilis untuk Cik Isteri, banyak pula kebaikan dan khasiat ikan bilis ni, jadi apalah salahnya Encik Suami ambik order korang sekali.ya dak.Selain dapat mudahkan korang dapat beli ikan bilis from the right person, dapat juga kongsi beli ikan bilis dengan harga borong.yeahh.


Sekiranya ada kalangan pembaca blog ini yang mahu dapatkan ikan bilis tawau ini, boleh terus direct wassap di sini ya : www.wasap.my/60122765595

Ya, saya ingin order ikan bilis tawau pada harga borong:

-Klik link di bawah :

PRE-ORDER IKAN BILIS TAWAU GRED A


Terima kasih baca post ini sampai habis-Harga ikan bilis tawau ni boleh berubah-ubah ikut musim ya.Sementara harga borong tengah berbaloi ni, why not kita grab this opportunities-Kita beli sebab kita tahu kebaikan dan kualitinya:)


Tq guys-Till we meet again.




Post a Comment

2 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!