Cara Mudah Buat Kuih Siput Sedap dan Rangup Sukatan Cawan

As Salam,
Resepi Kuih Siput Rangup Sukatan Cawan- Hey! buat apa cuti sempena Labour Day hari ni? Saya dan Suami memang takde plan nak kemana-mana melainkan nak lepak-lepak kat rumah sahaja.Sebelah pagi hanya keluar pi breakfast dengan hero dua ketul.Kemudian, balik rumah rehat-rehat depan TV.This is real cuti for us.muehehe.

resepi kuih siput sukatan cawan
Kuih Siput Sedap dan Rangup Sukatan Cawan-Kuih siput ni bukan setakat rangup tau, dia ada rasa spicy dan sedikit manis sebab ada jintan manis dalam resepi yang kita gunakan.

Cuma bila dah tengahari, saya dah mula tak tahu nak buat apa.Encik Husband dah mula main games dia, saya pun mula boring.Mulalah mengagau.Cari phone dan bukak blog sendiri sebab nak cari resepi.haha.Rasa nak buat something sebagai kudap-kudapan.Finally, lepas check bahan-bahan yang ada kat kitchen, saya decide nak buat Kuih Siput Rangup.Yay!!

resepi kuih siput yang rangup dan sedap
Nampak tak tu setongkol tepung yang dah siap uli.haih.makan tahun nak siapnya ko.Anak-beranak sampai ke bapaknya saya kerah mintak tolong gentel kuih siput ni.

Sebenarnya ini kali kedua saya ulang buat kuih siput dengan resepi yang sama.Sebelum ni buat time nak raya haji tahun lepas.Masa tu buat macam tak puas sebab, anak-anak makan tak hengat.Punyalah letih nak gentelnya, alih-alih bila dah siap goreng, sekejap je dah nak habis.Punyalah sedap kann.haha.Cerita masa buat kuih siput tahun lepas boleh tengok kat sini : Story Mory Buat Kuih Siput Sedap dan Rangup-

Orait, korang pun tak sabar nak tengok resepi yang saya dah guna time buat kuih siput yang rangup dan sedap tu kan? Saya ambil resepi kuih siput ni dari Grup Masakan di Facebook iaitu Grup Masak Apa Hari Ni? (Mahn).


cara mudah buat kuih siput
Ini rupa kuih siput yang belum goreng ya.Daun kari tu senghaja saya tabur atas tray just untuk photoshoot pic kuih siput.amacam? Ada style tak.haha.kononnyalah kann.

Resepi Kuih Siput Sedap dan Rangup Dengan Sukatan Cawan
Sumber Resepi : Grup Masak Apa Hari Ni ( Mahn) di Facebook
Berjaya dicuba oleh : Cik Matahariku

Bahan-Bahan Buat Kuih Siput :
Minyak yang secukupnya untuk menggoreng
1 kg tepung gandum
1 biji telur 
4 sudu butter dicairkan
1/2 cawan santan @ separuh santan kotak
Garam secukup rasa
Air yang secukupnya

Bahan untuk dikisar
1 sudu teh jintan manis 
3/4 cawan udang kering @ ikan bilis 
2 sudu makan serbuk cili/ cili blend 
2 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan ketumbar
4 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
4 tangkai daun kari ( digoreng terlebih dahulu)


resepi kuih siput untuk jualan
Pic yang ini kuih siput dah siap goreng.Nampak tak tu.Macam-macam rupa ada kuih siput akak.Dari anak sampai si bapak yang tolong gentel, jadilah rupanya gitu.Kalau ekau nampak yang rupa kerinting tu, ha tu si bapak buat sambil tengok tv.sabo jelah.

Cara-cara Menyediakan Kuih Siput yang rangup, sedap dan berempah
  1. Gaul tepung dengan butter yang sudah dicairkan.
  2. Masukkan kesemua bahan yang dikisar tadi ke dalam mangkuk.Gaulkan hingga semuanya sebati.
  3. Masukkan telur dan santan.
  4. Uli sehingga ianya menjadi doh yang lembut.
  5. Tambahkan air sedikit demi sedikit jika doh terlalu keras.(Jgn masuk air byk sebab bahan yg diblend tadi cecair/ada air.)
  6. Ambil sedikit doh dan gentelkan bulat-bulat lebih kurang 1 cm dan golekkan atas acuan kuih siput.Ulang langkah ini sehingga doh habis.
  7. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
  8. Masukkan kuih siput yang telah siap di gentel dan goreng bersama daun kari sehingga keperangan.( Daun kari masukkan waktu kuih siput hampir nak masak, kalau masuk awal terlalu garing daun kari tu)
  9. Simpan dalam bekas kedap udara.
gambar kuih siput yang rangup
 Satu kilo tepung, dapatlah banyak ni.Okeylah buat kudap-kudap depan tv sambil tengok cerita kung fu petang-petang.

gambar kuih siput sedap
Alhamdulillah, kuih siput rangup dah setel.Tinggal nak ngap je time cari-cari kudap nanti.

Anda boleh juga baca kat sini pengalaman saya dan anak-anak buat kuih siput rangup: Kali pertama buat Kuih Siput Rangup Yang Sedap dengan Resepi Sukatan Cawan-

Orait, selamat mencuba semua yang suka kuih siput sebagai kudap-kudap.Resepi ni time ko lepas goreng kuih siput tu, dia rasa memang tak rangup, tapi lepas ko dah biar sekejap kat tray dan dah sejuk sikit, ko ngaplah seketul dua.Confirm rangup!

Kalau ada yang berminat nak buat jualan, saya memang recomendded resepi ni.Barulah kuih siput ko ada taste sikit.Ada rasa manis, pedas dan berempah kann.Cubalah buat sendiri ya:)



Post a Comment

2 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!