As Salam,
Pokok Adenium Saya Dah Berbunga Cantik !-Petang-petang macam ni, kalau ikutkan memang free.Sepatutnya buatlah report-report kerja yang terbengkalai tu kan.Tapi takde makna.Pagi tadi seharian bermesyuarat maya.Mesyuarat guru yang terakhir bagi sesi persekolahan 2020.Memang banyak laporan-laporan yang kena siapkan.Walaupun banyak benda juga dah kita siapkan, tapi dah namanya kerja, tak akan habis punyalah kan.Owhh.Bonus nak, gaji nak, keje taknak.kiki.
Pokok ini tidaklah sesukar mana penjagaannya.Cuma pastikan tanah atau medium pokok ini jangan sampai kering, mudahlah ia hidup.Saya letak pokok ini berasingan dengan Indoor Plant saya yang lain sebab Adenium ni dia suka panas dan cahaya terang barulah elok daun dan cepat berbunga.
TIPS PENJAGAAN ADENIUM
1. Jangan Menyiram Adenium Terlalu kerap.
Habitat asal bunga adenium adalah di gurun pasir. Hal ini menyebabkam adenium tidak bertahan hidup dengan air yang bayak dan tempat yg lembap, Apabila tanaman ini selalu disiram air tanaman ini mudah rosak dan busuk. Hi darkan terlalu kerap memyiram dan pastikan media semaian betul-betul kering sebelum menyiramnya.
2. Adenium Suka Pada Cahaya Matahari Penuh
Bunga adenium memerlukan sinar matahari yg secukupnya utk sihat dan berbunga indah. Cahaya Matahari penuh akan menyebabkan pokok berfotosintesis secara maksimum dan menghasilkan bunga yang rimbun. Letakan Adenium di tempat-tempat yang mendapatk sinar matahari langsung dan tidak terhalang.
3. Gunakan Media Tanaman Yang Bersaliran baik dan Berongga.
Gunakan Media tanaman Adenium yang bersifat Berongga dan bersaliran baik utk mengelakan air terserap dalam media semaian.Untuk membuat media tanam seperti ini, anda perlu mencampurkan tanah berhumus yang tidak liat dengan pasir dan sekam padi secukupnya. Kemudian campuran ketiga media tanam ini digaul beberapa kali sehingga tekstur media berubah menjadi lebih remah.
Pengunaan media tidak tepat boleh mengakibatkan Pokok bermasalah,lambat berbunga,pokok rosak dan bole menyebabkan pokok beransur mati.(Sumber : Facebook Tanaman Hiasan)
Semoga Bermanfaat.
4 Comments
Cantiknya... mesti tak puas tengok dan belek2...
ReplyDeleteya Dana, setiap pagi dok belek bunga ni..haha..
DeleteCantiknya bila berbunga.
ReplyDeletebetul WP, Adenium ni bila berbunga, yang tak suka bunga pun akan jatuh cinta pada bunganya..hihi
DeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!