Pesta Pantun Sekolah Rendah Daerah Port Dickson : Sekolahku Menang Bergaya.

Assalamualaikum,

Syukur.Hari ini ada cerita manis untuk dikongsi dan dikenang buat tatapan anak murid, anak cucu dan anak sendiri.

Alhamdulillah,
Sekolah kami baru sahaja dinobatkan sebagai Johan Pesta Pantun Daerah Port Dickson bagi tahun 2024.Bukan takat tu je tau. Dengan kehendak dan izin Allah, sekolah kami #skkbsr turut menang Anugerah Ketrampilan Terbaik dan Pemantun terbaik. Nak bagi orang kampung faham, bahasa mudahnya, sekolah kami menang besarlah, lebih kurang camtu.hiks.

Pasukan pemantun SK Kampung Baru Si Rusa, Daerah Port Dickson. Menang bergaya dengan menggondol tiga hadiah yang dipertandingkan.Syukur.

Memandangkan, kita ni jadi saksi kejadian semua yang berlaku disebalik tabir dalam pasukan pantun sekolah, sesungguhnya benarlah, tidak ada kejayaan atau kemenangan yang diraih tanpa limpahan keringat, hitungan masa, rajuk, marah dan kecewa.

Korang kalau kat tempat kejadian, masing-masing angkat kaki tau.Tapi tulah. Pujian dan hormat tertinggi buat teman merangkap kakakku di sekolah Cikgu Razhata dan adik manis yang baik sekali, Cikgu Huda- Geng yang sama-sama marah, sama-sama tahan lapo dan sama-sama rasa debor tiap kali sesi latihan dijalankan.

Raikan kemenangan dengan Guru Besar, GPK koko dan rakan guru lain yang sama-sama menjayakan pesta pantun daerah.

Semua cikgu pun, bila kita diberi tanggung jawab latih murid dalam apa-apa pertandingan, mesti nak beri yang terbaik.Anak-anak pula ada masa mereka fokus, ada masa mereka lupa semua sebab seronok dengan kawan-kawan.Kita jugaklah yang akan hadap semua kerenah mereka.

Mungkin sebab itulah, Cikgu ni jadi cikgu.Dia kalau jadi Mak Rimau, dah lama budak-budak ni kena baham.haha.

Cerita Cikgu Marah murid hingga Menangis
Kisah si Pemantun terbaik sekolah saya.Ya, maklumlah budak tahun 6, mesti pakat nak kumpul sijil nak bagi mudah urusan ke sekolah berasrama kan.Dia ni, budak bijak dan mudah belajar.Pernah dikatanya kami, cikgu yang dok bimbing dia ni, dengan kata-kata : Cikgu Tak garang macam cikgu yang lama ( yang dok bimbing dia tahun lepas ). Saya ni pula, rasa berdesing la juga telinga yang nipis ni.

Pemantun sekolah semasa sesi latihan.kalau nak kenal mana satu budak Razeen, yang bertshirt kuning dan sedang berpantun, itulah budaknya.

Sesi latihan sehari sebelum pertandingan sebenar.

Nak dijadikan cerita, Seminggu sebelum pertandingan pantun bermula, dia terlalu sibuk mengikuti pertandingan Badminton, camping pengakap, pertandingan kawad dan kejohanan bola sepak. Saya pula, tak boleh terima dengan kesibukan dia sedangkan dia tahu dia terlibat dengan latihan pantun.Hari yang sepatutnya dia pergi perlawanan bola sepak kerana ganti rakan lain yang tak hadir.hari tu jugalah saya tak benarkan dia pergi dan saya sound dia cukup-cukup.

Dia menangis tersedu-sedu depan saya.Kononnya berharap saya benarkan dia pergi,kerana sejak darjah empat dia teringin wakil sekolah dalam bola sepak.Saya tak peduli pun sebab saya tahu dia hanya berdrama. Ringkaskan cerita, saya kata, jam 11 nanti datang latihan macam biasa.

Masa tu dalam hati cuak jugak.Kotlah dia merajuk dan tak mahu teruskan terlibat dalam latihan pantun.
Hmm.Lepas tu, elok je dia masuk bilik saya dengan rakan pantun yang lain. Saya sengaja usik dia, kenapa menangis teruk nau pagi tadi.Dia senyum-senyum tak jawab.saya tanya lagi : Awak nangis sebab cikgu marah awak dengan kata yang tak elok atau awak sedih ?

Dia jawab dengan perlahan,: Saya nangis sebab sedih, Cikgu tak pernah marah macam pagi tadi. Saya senyum je pandang Mat Pantun sorang ni.Saya kata : Ya, awak sedih sebab awak tak sangka cikgu akan marah awak macam pagi tadi kan.Cikgu tak suka marah tak tentu pasal.Tapi awas ya awak, kalau cikgu marah, cikgu akan marah sampai awak nangis.( haha).

Syukur Atas Rezeki Kurniaan Allah
Dalam kemenangan ini, saya secara peribadi sangat bersyukur dan merasakan Maha baiknya ALLAH, kita tahu dosa kita banyak mana, kita tahu amalan kita pun tak seberapa.Bila DIA berkehendak dan ada rezeki kami, anak-anak Pantun mendapat tiga kemenangan serentak.

Tiga piala yang sekolah kami raih pada pesta pantun daerah.


Teringat, pada sebelah pagi, sebelum kami berangkat ke tempat pertandingan, saya sempat berbual-bual dengan Mat Pemantun terbaik ni.

Apa perasaan awak Razeen hari ini ?
Agak-agak kita boleh menang tak ?

Entahlah Cikgu.Saya rasa nak menang, tapi saya takut tak dapat..
( Dia ni juga pernah wakil sekolah dalam pesta pantun ke peringkat kebangsaan pada tahun lepas )

Cikgu pun rasa macam tu.Tapi Nabi kata kan, Doa tu senjata orang mukmin.Kita memang berharap untuk menang, tapi kita juga takut jika kalah.Nak bagi kita rasa tenang, Allah suruh kita berdoa kan.Mintaklah apa sahaja, DIA akan beri..

Razeen angguk-angguk kepala saja.Entahlah.Saya harap dia faham.Kalau bukan sekarang, mungkin akan datang.

Pemantun sekolah sednag bersedia ketika mengikuti pertandingan peringkat separuh akhir.

Suasana pertandingan peringkat separih akhir bertemu dengan SK Kampung Gelam, Port Dickson

Pertandingan peringkat akhir sedang berlangsung antara SK Kampung Baru Si Rusa dan SK Si Rusa

Bersama rakan  yang sama-sama menjayakan Pesta Pantun sebagai Juri pertandingan.

Mohon doakan kami untuk melangkah ke peringkat seterusnya iaitu akan mewakili Daerah Port Dickson ke peringkat Negeri pada minggu hadapan.

Dua Perasaan Orang Yang Berdoa
Rasanya semua orang yang berdoa mempunyai perasaan ini.Perasaan yang sangat berharap inginkan sesuatu, pada masa sama perasaan takut jika keinginan tidak tercapai.

Hari ini saya belajar dua hal ini. Dalam kita beriman kepada Qada dan Qadar Allah, kita ada satu perasaan, ya Allah makbulkanlah doa-doaku.Macam mana sekalipun, kita tetap kena akui, Allah yang maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu yang dilangit dan dibumi. Kalau tak dapat apa yang kita ingini, tetaplah kena positif dan berlapang dada bahawa itulah yang terbaik untuk kita.

Untuk kalian pembaca senyap blog saya, atau pembaca yang terjumpa blog ini, dan terbaca tulisan ini, saya ingin kongsikan bahawa : Allah memberi dengan kebaikan, Allah tidak memberi pun dengan alasan kebaikan yang banyak. Maka tenang-tenang sahaja:)

Cik Matahariku,
Cikgu Pantun yang baru bertatih

Post a Comment

2 Comments

  1. TERBAIKKK LAH CIKGU DAN ANAK MURID...SEMOGA TERUS BERJAYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, doakan kami ke peringkat negeri pula:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!