Pengalaman Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC ) Kali Kedua Dalam Perkhidmatan

 Assalamualaikum,

Syukur. Terasa awkard jugak nak tulis pengalaman dapat APC kali ini. Tapi bila memikirkan, orang lain pun pernah dapat kali ketiga dan keempat dalam tempoh perkhidmatan depa, jadi saya anggap, apa yang saya terima ini tidaklah teruk sangat untuk dikongsikan.Rezeki tak pernah salah alamat kan.hehe.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi sesi 2023- terima APC kali kedua 
dalam 10 tahun perkhidmatan.

Bersama rakan setugas di SKKBSR yang turut sama mendapat APC bagi tahun 2023.Alhamdulillah, dalam gambar diatas, tiga daripada mereka sama seperti saya iaitu mendapat APC buat kali kedua juga.

Kali pertama saya dapat APC ni di sekolah pertama saya posting iaitu di SK Convent Sentul, Kuala Lumpur. Masa tu baru genap 3 tahun dalam perkhidmatan.Mungkinkah saya terlalu mencapai KPI Guru Besar ketika itu atau apakah saya kaki bodek.haha.Idoklah teman camtu. Saya hanya percaya dan penuh yakin, rezeki itu sudah Allah tentukan bagi setiap hambaNya.Bekerjalah semampumu, buat yang terbaik dan penuh kesungguhan.InshaAllah, jika tidak didunia, Allah sediakan di akhirat ganjarannya.

Kali pertama terima APC pada tahun 2014 bersama Guru Mentor yang sangat berjasa dalam perkhidmatan awal saya di SK Convent, Kak Aida yang saya sayangi.Beliau pada masa ini terima APC buat kali ketiga dalam perkhidmatan.Hebat bukan ?

Gambar bertiga bersama Kak Aida dan Pn Hjh Auzariah ( GB ) yang saya ceritakan dalam post ini. Pernah menangislah saya dibuatnya sebab beliau marah dan tegur saya hantar tugasan yang dia minta di tepi dewan sekolah.Sepatutnya hantar di biliknya di pejabat sekolah.haha.kenangan betul masa tu.

Tahun ketiga saya di sekolah ini, dengan bimbingan dan tunjuk ajar ramai rakan guru senior di sekolah ini, sekolah saya telah mendapat Anugerah Pengurusan Amalan Nilam Terbaik peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP).Ketika itu saya memegang tanggungjawab sebagai Penyelaras Nilam sekolah. Pengalaman bertugas dengan seorang Guru Besar yang pada hemat saya seorang yang tegas ( mungkin ada yang anggap garang, haha ) dan agak cerewet.Bayangkan semua report berkaitan Nilam di sekolah, beliau akan semak setiap hari.Ditambah lagi, pada masa itu. program Nilam dipilih sebagai program kebitaraan sekolah.

Tugas saya menyelaras semua aktiviti berkaitan Nilam iaitu program Rakan Pembaca, program Bacalah Sayang, Program Nilam Duniaku dan ada beberapa lagi yang saya dah tak ingat.Belum lagi urusan menyelaras dan mengumpul data bacaan Nilam ( yang ketika itu selalu mendapat kecaman netizen   rakan guru kelas kerana ia ibarat menambah beban guru kelas yang sedia ada banyak.huhu.

Entahlah.Pada masa tu, saya buat je apa yang saya fikir baik dan menunaikan tanggungjawab saya. Rezeki saya juga sebab bekerja dengan seorang mentor yang juga merupakan Guru Penyelaras Media (GPM) yang ketika itu sangatlah komited.Hari Sabtu dan Ahad pun dia berkampung kat sekolah.heh.Banyak ilmu dan perkongsian yang saya dapat daripada Kak Aida ( Guru GPM) berkaitan pelaksanaan program Nilam.Sayangnya, saya tidak berkesempatan berkongsi segala tips, strategi dan panduan yang beliau ajarkan di sekolah baharu ini kerana saya tidak lagi terlibat secara langsung dalam pengurusan library di sekolah.

Ada beberapa kali juga saya bersembang dengan GPM ( yang lama, sekarang dah ada GPM baharu ) berkaitan pelaksanaan program Nilam sekolah.Tapi itulah. Bagi saya apapun impian atau perancangan, jika tiada tindakan, tinggalah ia harapan kosong yang tak kesampaian.Keberanian bertindak itulah yang bagi saya ramai guru atau penyelaras di sekolah tidak dapat laksanakan dengan baik.

Terima APC Kali Kedua Selepas 10 Tahun Dalam Perkhidmatan

Pada pertengahan tahun 2017, saya telah berjaya dalam permohonan pertukaran Eg Tukar antara negeri. Pada masa itu, saya memilih untuk berhijrah ke Negeri Sembilan dan berkhidmat di sekolah area Port Dickson.Syukur, alhamdulillah.Rezeki saya ditempatkan di sebuah sekolah yang pada pengamatan saya pada masa itu adalah sebuah sekolah yang sangat harmoni dan seronok bekerja.  

Sehingga kini, sudah menghampiri 7 tahun saya di sekolah semasa.Antara tips kepada mana-mana guru yang baru sahaja posting atau berpindah sekolah atau bertukar sekolah kerana redeployment, cepatlah menyesuaikan diri dan follow sahaja the flow.Tak rugi dan tak susah pun.

Itulah pendekatan yang saya ambil walau dimana saya berkhidmat. Tak payah ambik pusing kalau ada Si A cerita buruk pasal Si B dan Si C atau cerita buruk tentang pentadbir atau apa sahaja cerita buruk.Dengar dan buatlah pemerhatian sendiri.Kalau kita orang dewasa yang matang, kita tidak akan terpengaruh dengan apa sahaja hal negatif atau perkara lain yang tidak berkaitan dengan perkhidmatan kita.

Berkawanlah dengan semua orang.Berilah bantuan jika rakan memerlukan bantuan dan bekerjalah secara harmoni.InshaAllah, pekerjaan kita di sekolah juga akan menjadi mudah dan seronok.

Tahun pertama saya di SKKBSR, saya diletakkan di bawah unit HEM sebagai Guru Penyelaras SPBT.Saya yakin, mana-mana guru di sekolah rendah atau menengah sekalipun, pasti berfikir dua kali untuk terima jawatan ini. Macam saya pesan di awal tadi, follow sahaja the flow.Jangan banyak songeh.haha.Saya terima je tanggungjawab tu padahal satu habuk pun saya tak faham dan tak tahu bidang tugas guru SPBT pada masa itu.

Saya buat je diam-diam tugas Guru SPBT. Saya explore bidang tugas ini sendiri secara try n error.Untunglah saya kerana mendapat sokongan Guru Besar, pentadbir lain dan juga rakan guru.Antara pencapaian kami di unit SPBT ialah telah berjaya dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Bilik Khas Terbilang ( Bilik BOSS ) dalam Majlis Tahunan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, pada tahun 2019 iaitu tahun kedua saya memegang jawatan tersebut.Pada tahun berikutnya, sekolah kami dipilih mewakili Negeri Sembilan bagi Pertandingan Pengurusan Bilik BOSS Cemerlang ( Sijil Penyertaan ) peringkat Kebangsaan.Pada tahun sama juga Kelab SPBT sekolah kami telah mendapat Anugerah Amalan Terbaik Pengurusan Kelab SPBT.

Semasa terima Anugerah Amalan terbaik Kelab SPBT peringkat JPWP

Pada masa ini, Anugerah dan Sijil disampaikan kepada Guru Besar. Dia mewakili unit SPBT sekolah untuk terima hadiah.Untunglaaa.haha.

Bersama ex-Guru Besar semasa hadir ke Majlis Anugerah Insan Terbilang Negeri Sembilan

Sijil Penghargaan Anugerah Bilik BOSS Terbilang peringkat JPNS

Terbaharu, saya bersama rakan setugas telah berjaya membimbing pasukan Pantun sekolah kami menjadi Johan dalam Pesta Pantun peringkat Daerah Port Dickson ( boleh baca kisahnya di sini : Menang Bergaya dalam Pesta Pantun Daerah ) dan mendapat tempat Ketiga di peringkat Negeri Sembilan.

Bagi saya, amalan kerja berpasukan mestilah dibudayakan di mana-mana unit dalam organisasi sekolah. Agak rugi dan tak efisien jika seorang guru menjadi penyelaras atau ketua dalam unit masing-masing, tapi tidak menguruskan unitnya dengan berkesan dan berpasukan. 

Membawa pasukan pantun sekolah menjadi Johan Pesta Pantun Daerah Port Dickson. Saya masih belajar mengurus pasukan pantun dan berharap dapat kekalkan kejayaan ini pada tahun-tahun mendatang.aamin.

Seronok dan gembira yang bukan kepalang sebab depa berjaya mengondol semua piala yang dipertandingkan iaitu Pemantun Terbaik, ketrampilah terbaik dan Pasukan terbaik (Johan Daerah )

Hasil kerja dengan semangat berpasukan yang tinggi dan penuh komited.Rezeki dari Allah yang Maha pengasih dan penyayang.Alhamdulillah.

Dapat tempat ketiga dalam Pesta Pantun diperingkat negeri.Tidak berjaya mengekalkan kejayaan tahun lepas ke peringkat kebangsaan.Namun saya positif, jika ada kemahuan, 
bintang mana yang tidak dapat digapai bukan..? 

Tetaplah berkhidmat dengan bersungguh-sungguh dan Penuh Dedikasi

Allah jua sebaik-baik tempat kita curahkan segala pujian.Saya tahu bukanlah saya yang bagus atau pandai dalam semua hal melainkan ALLAH pilihkan saya berada dalam lingkungan rakan sekerja yang hebat, yang positif, yang komited dan setia bertolak ansur dan bantu-membantu dalam segala hal.

Cukuplah kita berjaya dengan membantu orang lain berjaya.

Doakan saya sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan dalam hidup saya. Tidaklah mudah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak dua kali dalam tempoh 10 tahun perkhidmatan.Semuanya menjadi kenangan manis apabila kerja buat dan pencapaian kita dalam perkhidmatan dihargai dengan sedikit ganjaran. Bukanlah sepenuhnya untuk saya, tetapi lebih kepada ingin menjadi teladan kepada anak-anak supaya turut menjiwai kecemerlangan dalam kehidupan mereka.Bukankah action picks louder than words.Isn't it ?


Cik Matahariku

".. Sukailah apa yang kamu dapat jika kamu tak dapat apa yang kamu sukai.."

Post a Comment

4 Comments

  1. Tahniahnyer dapat APC
    Jangan lupa buat jamuan untuk rakan2 sejawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih WP, alhamdulillah.Saya dan rakan yang dapat APC memang ada buat jamuan satu sekolah, rezeki kita juga rezeki kawan-kawan yg banyak support kerja buat kita kan..

      Delete
  2. tahniah dik.. abam kie yg dah keja 27 thn ni pun cuma sekali je dpt APC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Cikgu, terima kasih:) saya jumpa ramai ja rakan guru yang seperti Cikgu, tetapi tetap cemerlang dalam perkhidmatan, hebat mendidik anak bangsa.semoga ALLAH limpahi cikgu dan semua rakan sekerja ganjaran yg lebih baik di akhirat sana.aamin

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!