Dengan Bismillah,
Cuti hujung minggu ini, saya penuhi waktu-waktu terluang dengan meninjau-ninjau beberapa laman web berkaitan pilihanraya umum yang bakal berlangsung mulai 20 April 2013 dengan Hari penamaan Calon dan hari kemuncak untuk seluruh rakyat Malaysia ( Kecuali bagi mereka yang mendapat pelepasan mengundi Awal atau Undi Pos ) iaitu pada 5 Mei 2013 ( Ahad ).
PORTAL RASMI PRU 13
Turut memaparkan kemudahan menyemak daftar Pemilih |
Menyalurkan pelbagai informasi Pilihanraya sama ada untuk Pengundi atau Ahli Politik |
Paling utama sudah tentu laman web ini yang menjadi tumpuan saya kerana sebagai penghubung informasi kepada pembaca blog saya, sudah tentu saya harus seiring dan mendahului mereka dari aspek menyebarkan info-info berkaitan Pilihanraya Umum ke-13. Hal ini kerana saya melihat kecenderungan pengunjung ( baca entri saya yang ini ) yang datang ke blog saya memilih entri berkaitan pilihanraya sebagai fokus carian tertinggi mereka di Google.
SPR TANGGANI ISU KONTROVERSI
Entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua akan isu-isu yang sering dibangkitkan oleh kalangan orang awam atau pemerhati politik atau mana-mana penyokong parti yang bertanding dalam pilihnaraya. Isu-isu yang dibangkitkan ini bakal menimbulkan keraguan kepada para pengundi jika mereka tidak mendapat gambaran dan penjelasan yang tuntas daripada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Berikut merupakan antara isu-isu yang menjadi kontroversi sepanjang PRU diadakan di negara ini :
ISU 1: Nama Pemilih Yang Telah
Meninggal Dunia Masih Belum Dikeluarkan Daripada
Daftar Pemilih
ISU 2: Pemilih Tidak Bermastautin di
Alamat Tempat Dia Didaftarkan
ISU 3: Terdapat Ramai Pemilih
Didaftarkan Dalam Satu- satu Alamat
ISU 4: Pemilih Hanya Mempunyai Alamat Umum Tetapi Tidak Ada Nombor Rumah di
Dalam Daftar
ISU 5: Pemilih Terdapat Kesilapan
Butiran Peribadi Pemohon di Dalam
Daftar Pemilih
Penjelasan dan Huraian terperinci itu boleh anda dapatkan dengan melayari terus portal rasmi SPR sepertimana yang saya paparkan di atas atau terus ke laman ini.
7 Comments
salam cikmatahari
ReplyDeleteterima kasih Tirana Aduka, sudi membuat kunjungan balas ke sini..:)-
ReplyDeleteentry yang menarik.. memang keyword ini masih lagi panas.. selamat maju jaya dan mencari tips yang berguna.. apa pun yang paling penting readers lbih baik dari followers.. Teruskan berusaha untuk mencapai kejayaan..
ReplyDeletenice entri, good sharing. ini info yg kita terlepas pandang..
ReplyDeletetq sis, kdg2 isu ni sengaja dibangkitkan pihak berkepentingan untuk meraih undi..hehhe..sbg pengundi, kita ada hak untuk tahu dan ambil tahu hal sebenar..terima kasih bc entri ni:)-
ReplyDeleteerr,sy belum layak mengundi...tp sebagai rakyat Malaysia rasanya kita kena peka dengan isu semasa ni...SPR dah buat yg terbaik...so harapnya tak adalah tuduhan yg tidak berasas dilemparkan pada pihak SPR...
ReplyDeleteassalamualaikum ... kakak saya seorg jentera pilihanraya . maka dia ditugaskan utk settlekan isu 2 yg di atas tu lah . mmg letih n byk sgt ...
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!