Dengan Bismillah,
Saya baru sahaja habis berpantang dalam tempoh dua minggu. Memandangkan ketika pregnant sebelum ini, berat badan saya naik dengan begitu banyak, maka sekarang ni terpaksalah berhempas pulas menurunkan berat badan sendiri.huhu.Orang kata waktu berpantang adalah permulaan baik untuk memulakan diet.Rasanya betul.Jadi, sekarang ni kenalah menyambung tempoh berpantang segala makanan kesukaanku..isk--isk..
Sementara semangat nak diet dan kurus untuk lebih sihat tengah berkobar-kobar, saya cuba mencari inspirasi dan motivasi untuk mengandakan keyakinan saya ke arah mencapai berat badan ideal ( bukan main berkobar-kobar nampak..).Tapi tulah. Banyak kali semangat macam ni datang dan pergi.Hmm.Tapi tulah.
Saya pernah dengar mengenai diet nasi putih. Dulu masa sambung belajar buat KPLI, saya pernah cuba dalam setahun, dan memang ia sangat berkesan kepada saya, tapi lepas tu diet ke mana, saya ke mana..hahha.
Agak-agak nasi kat gambar ni ada segengam tak..haha..macam semangkuk dah tu..
Kalau hangpa makan macam ni, bukan nak diet ni, ni nak melantak..
macam ni kot segengam nasi..sekali ngap je nih..hehe..
Saya mulakan dengan mencari jawapan, sebenarnya boleh dan berkesan ke kalau kita diet dengan nasi putih? Maksud saya, bukan tinggalkan terus nasi putih ( makanan wajib ahli keluargaku..) tetapi makan dengan kadar yang mengikut syarat dan syarak..( dalam makna ni..).
Beginilah jawapan seorang konsultan atau penasihat pemakanan ( Ala..sapa lagi kalau bukan Cikgu Fitness Malaysia, Kevin zahri ( KZ ) yang popular tu..eh, popular ke idak, idoklah teman tau..hehe) terhadap soalan yang saya musykilkan itu.
saya dapat info ini dari kevinzahri.com
Boleh ke hangpa baca jawapan bernas daripada KZ tu? Kalau readers blog ni sume rabun-raban belaka, meh saya tolong bagi jelas dengan copy paste jawapan KZ eh, jom baca...
Kevin Zahri says: Diet Dengan Segengam Nasi
Tak makan nasi nie ada pros and cons:
1. YES akan kurus ….
- Kalau tak makan nasi memang dapat kurangkan berat badan sebab anda kurangkan pengambilan kalorie. Kalau biasa makan nasi 2x sehari dan setiap porsi lebih kurang 250 kalorie than dalam sehari dah kurang 500 kalori. Dengan ini, sudah tentu dapat kurangkan berat … tapi apa yang akan terjadi apabila anda sudah kurus dan makan nasi semula? Berat naik balik! Tapi bukan masalah nasi TAPI quantiti pengambilan.
2. TAPI bila dah kurus camane?
- Berapa lama anda dapat elak makan nasi? 1 minggu? 1 Bulan? 1 Tahun? Lama-lama mesti nak makan nasi jugak. Orang yang elak nasi dan berjaya kurangkan berat badan selalu complain dan mengatakan “bila makan nasi semula … berat akan naik! Memang nasi menggemukkan!”. Naik turun berat badan bukanlah masalah atau berpunca dari pengambilan nasi semata-mata but sebab pengambilan kalori seharian yang melebihi keluaran kalori ….
3. Jadi boleh makan nasi atau tidak?
- Boleh tapi pastikan kuantiti atau porsi hidangan yang betul. Untuk maintain berat badan makan segenggam tangan setiap hidangan. Untuk kurangkan berat badan kena makan kurang dari segenggam.Saya sendiri pun makan nasi dua kali sehari. Nasi putih adalah sumber karbohidrat yang bagus.
Readers semua, nampak tak ayat yang saya bagi bold tu, itu nasihat dan cadangan beliau.
..Untuk maintain berat badan makan segenggam tangan setiap hidangan. Untuk kurangkan berat badan kena makan kurang dari segenggam.."Masalahnya, akak bukan nak maintain berat, akak nak kurangkan berat dik oii..huhai. Boleh kenyang ke makan nasi kurang dari segengam..walaweh..
.jpg)
.jpg)
.jpg)
6 Comments
Susah saya nak diet ni..emm nafsu tak leh nak kawal lagi..haha
ReplyDeletekalau ikut mereka yang berjaya, kena disiplin lebih sikit arr..hehe..
ReplyDeleteMujurlah saya xde masalah berat badan melampau, makan ajer tanpa perlu berdiet. Tapi orang lepas bersalin memang perlulah memilih makanan..
ReplyDeleteTiada kejayaan tanpa ada usaha dan rintangan, semoga berjaya!
baguslah kl macam tu BM,wahh..ni mesti cik suri di rumah pandai jaga kan..hehhe..
ReplyDeleteSaye diet. Tiga bulan tak makan nasi. Just makan telor rebus or sayur. Slalu workout,cardio di rumah. Hasil nye alhamdulillah. Badan pinggang saye dah slim. Bila fikir balik, smpai bila tak nak makan nasi. Nak tak nak,saye makan jugak nasi sebesar penumbuk. Hehee tak gemok pun. Badan maintain fit slim. Kawalah kalori pemakanan anda. Bukan makanan kawal anda hahhaaa
ReplyDeleteSimple answer
ReplyDeleteKeep on segemgam nasi. 2 kali tghari dan malam
Lebihkan protein dgn fiber
Buat Hitt dan Weight
Tidur awal
*tak perlu berlapar. Cuma seimbang
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!