Ciri-Ciri Orang Yang Lahir Bulan September

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Ciri-ciri atau karakter Orang yang lahir bulan September ini sengaja saya kongsikan dengan anda semua memandangkan bulan September merupakan ulangtahun kelahiran saya dan Encik Husband tercinta.lala.( Ada senyum dihujung bibir..hehe).

Kalau dalam entri Tips Berkomunikasi Dengan Pasangan Seusia yang saya telah kongsikan beberapa hari lalu menyentuh tentang bagaimana kita berinteraksi dengan pasangan yang sebaya, kali ini saya singkap pula, bagaimana agaknya ciri-ciri orang yang lahir bulan September ya?

Sudah tentu anda tak perlu percaya seratus peratus ciri-ciri yang saya kongsikan ini, tetapi sebagai empunya diri dan " berkawan serumah "dengan orang yang sama bulan kelahiran, maka boleh saya katakan ada sedikit sebanyak ciri-ciri yang saya ambil dari SINI mempunyai persamaan dengan kami.

Ciri-Ciri Orang Yang Lahir Bulan September

gambar baby lahir bulan september

Ciri-ciri Ini adalah hasil Kajian oleh Dr. Mohd Fadzilah Kamsah selama 25 tahun beliau berkecimpung dalam bidang konsultansi. Seperti yang saya katakan tadi, tak wajib percaya, tapi secara senyap-senyap dulunya saya juga menyenaraikan ciri-ciri ini dalam diari saya semasa berkawan dengan Encik Suami.(hehhe..sorry Abang! ). Yelah, masa tu, kita tak tahu jodoh dengan siapa, jadi bila tahu si dia lahir pada bulan yang sama, saya cubalah google karakter orang bulan september ni.Jom tengok..
  • Sangat Bersopan Santun & Bertolak Ansur
  • Sangat Cermat,Teliti & Teratur
  • Suka Menegur Kesilapan Org Lain & Mengkritik
  • Pendiam Tapi Pandai Bercakap
  • Sikap Sangat Cool, Sangat Baik & Mudah Simpati
  • Sangat Perihatin & Terperinci,Amanah,Setia & Jujur
  • Kerja Yg Dilakukan Sangat Sempurna
  • Sangat Sensitif Yg Tidak Diketahui
  • Org Yg Banyak Berfikir 
  • Otak Bijak & Mudah Belajar
  • Suka Mencari Maklumat
  • Kawal Diri Dari Terlalu Mengkritik
  • Pandai Mendorong Diri Sendiri
  • Mudah Memahami Org Lain(Daya Firasat Yg Tinggi) Krn Banyak Simpan Rahsia
  • Suka Sukan,Hiburan & Melancong
  • Kurang Menunjukkan Perasaannya
  • Terluka Hatinya Sangat Lama Disimpan
  • Terlalu Memilih Pasangan
  • Sukakan Benda Yang Luas
  • Bersistematik

Orang Bulan September Cerewet ?


Saya tidaklah pasti dengan orang yang lahir pada bulan september yang lain, tetapi bagi saya sendiri kadang-kadang saya rasa saya ni agak cerewet apabila mengusahakan sesuatu. Cerewet dalam erti kata, ingin hasil yang kita usahakan itu mestilah sempurna di mata.

Saya juga tak suka kertas atau buku yang renyuk, meja bersepah atau barang-barang yang tidak disusun kemas dan rapi. Kalau saya nampak perkara-perkara yang saya sebutkan tadi, maka janganlah marah kalau saya tolong kemaskan untuk anda ya.haha.

Istimewakah Orang Lelaki Yang Lahir Bulan September ?

Hmm..kalau tanya saya, sah-sah lah saya kata ya.Tetapi apabila kita bercakap tentang ciri-ciri lelaki yang bagus atau baik, tentulah subjektif sifatnya dan tidak tertakluk kepada bulan kelahiran tertentu.Apa yang penting, suami atau isteri hendaklah melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu-ilmu keibubapaan yang perlu.

Jangan asyik dok harap suami atau isteri yang "perfect" tetapi diri masing-masing masih malas memperbaiki kekurangan atau kelemahan yang ada.Oklah.Sampai sini dulu..

Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!