Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Apakah Rahsia Di Sebalik Entri 10 Blogger Terbaik Malaysia yang pernah saya hasilkan sempena menyertai pertandingan SEO anjuran sebuah blog yang dikenali.Tuan punya blog sangat terkenal dengan kehebatnnya dalam menjana wang melalui banyak program Affialate. Sekarang ni dengarnya tengah sibuk dengan promosi Kitab Teknik SEO Merah Jambunya.
Mengenai Rahsia Di Sebalik Entri 10 Blogger Terbaik Malaysia pula, Selepas ini, tidaklah ia menjadi rahsia lagi, sebab saya akan berkongsi "rahsia" itu dengan anda semua.hehe.Sepatutnya ia kekal menjadi rahsia, tetapi idea datang menulis tentang ini bila saya mendapati entri 10 Blogger Terbaik Malaysia itu masih popular di engine carian Google dan juga masih tersenarai di laman utama.Maka haruslah anda juga (jika belum membacanya ) meneliti dan membaca entri saya yang "tak berapa nak menang tu".huhu.
Rahsia Di Sebalik Entri 10 Blogger Terbaik Malaysia
Biarlah saya terus kepada agenda utama entri ini ditulis ya kawan-kawan semua.Semoga perkongsian ini masih tetap jua bermanfaat kepada anda meskipun ia lebih kepada rahsia peribadi saya dalam penulisan blog.heee.
Antara Rahsia Di Sebalik Entri 10 Blogger Terbaik Malaysia yang pernah saya hasilkan itu ialah :
- Hanya 3 daripada 10 blogger yang saya senaraikan sebagai 10 Blogger Terbaik Malaysia menyedari yang saya memilih blog mereka dan menghantar komen dalam entri tersebut. Yang lain-lain tu memang tak perasan atau malas nak layan ( haha ).
- Sebelum menulis entri 10 Blogger Terbaik Malaysia, saya buat sedikit research tentang teknik penulisan SEO di blog INI.Saya sangat berterima kasih kepada beliau kerana dengan ilmu yang dikongsikan, sehingga sekarang saya guna pakai ilmu penulisan seo itu, hasilnya kebanyakan visitor saya datang dari organic search.
- Saya menyertai contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia ini pada saat akhir, selepas menghantar penyertaan, baru saya perasan yang pemenang akan dinilai entri mereka di Google.com bukan Google.com.my.Masa tu baru saya tahu ada beza antara kedua-dua engine carian tu. Bezanya ialah jika Google.com maka artikel kita bertanding dengan artikel berbahasa Inggeris walaupun menggunakan keywords yang sama.Boleh baca ENTRI INI untuk mengetahui lebih lanjut.
- Saya tidak tahu pun bahawa peserta lain yang bertanding sama dalam contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia ini antaranya termasuklah blogger-blogger hebat yang memang sedia terkenal dengan kehebatan mereka dalam SEO seperti Akma Omar, Asiacube, Shakiddo dan banyak lagi.(memang cari pasal nak kalah la..uhuk..uhuk ).
- Entri yang saya tulis itu, walaupun tidak layak untuk menang, tetapi memberi traffic yang berterusan kepada blog saya kerana ia masih tersenarai di laman utama Google.com.my.
- Entri tersebut buat pertama kalinya blog saya mengumpul komen terbanyak iaitu 18 komen.Ya kawan-kawan, begitulah rahsianya. Cuma mendapat 18 komen, tetapi saya sangat terharu dengan komen mereka yang sangat membina.
- Setakat ini, entri ini telah dikongsi sebanyak 782 kali dan mencatat bilangan pageviews sebanyak 1556 kali. Catatan yang agak memberangsangkan bagi penulis blog "main-main" seperti saya.Yeay!
Ya, kawan-kawan semua. Begitulah rumusan yang dapat saya simpulkan akan kekalahan entri saya dalam contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia tu.Sangat berbaloi rasanya apabila saya menyertainya.Anda pun boleh melihat sendiri senarai pemenang contest SEO itu di blog ohcikgu.com, dan bacalah entri mereka sebagai tambahan ilmu mengenai teknik penulisan SEO.
Begitulah namanya kehidupan, jangan ingat pada setiap kegagalan yang Allah berikan, hanya terkandung nilai gagal semata-mata, jika kita buka minda lebih luas dan berlapang dada, maka kita akan sedar betapa rahmatnya sebuah kegagalan itu!
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!