Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Info berkenaan Status Terkini Gangguan Bekalan Air Akibat Pencemaran di Sungai Selangor boleh di dapati di SINI. Jika anda salah seorang mangsa penduduk di kawasan yang diwartakan, boleh berhubung terus ke Pusat Perkhidmatan Pelanggan ( PUSPEL ) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau hantar SMS dengan cara taip PUSPEL <JARAK >aduan/ pertanyaan ke 39222 atau ke laman Facebook atau Twitter Syabas dengan taip "puspel" atau "puspel syabas".
Daripada laman sesawangnya, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memaklumkan senarai kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual di tujuh (7) wilayah pengguna iaitu :
- Petaling
- Kuala Lumpur
- Klang/Shah Alam
- Gombak
- Hulu Selangor
- Kuala Langat
- Kuala Selangor
Hal ini adalah disebabkan henti tugas tidak berjadual Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang di antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi, 30 Ogos 2013 ekoran pencemaran air di Sungai Selangor disebabkan tumpahan minyak diesel di hulu sungai muka sauk loji-loji rawatan air berkenaan.
Berikut merupakan petikan sumber berita yang diperolehi dari sidang akhbar pihak SYABAS.
Sehingga jam 12.00 tengahari, 1 September 2013, pemulihan bekalan air secara berperingkat di beberapa kawasan pengguna yang terlibat di dalam wilayah-wilayah tersebut sudah mencapai ke tahap yang memberangsangkan walaupun masih ada kawasan-kawasan yang mengalami tekanan air rendah. Sehubungan itu, sehingga kenyataan ini dikeluarkan, hanya beberapa kawasan di empat (4) wilayah iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam dan Gombak masih mengalami gangguan bekalan air termasuk tekanan rendah manakala bekalan air telah pulih sepenuhnya di wilayah Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor yang terlibat sebelum ini. Pencapaian ini hasil dari usaha berterusan pihak SYABAS di dalam memantau dan mengendaliurus program pemulihan bekalan air termasuk mendapatkan kerjasama dari operator loji rawatan air berkenaan bagi mengoperasikan loji-loji rawatan air tersebut ke tahap maksima dan overload selepas ianya beroperasi semula.
Anda Boleh juga membuat semakan DI SINI mengenai kawasan-kawasan yang dikenalpasti bekalan air masih belum pulih. Manalah tahu, kawasan penempatan anda termasuk dalam kawasan yang masih mendapat gangguan bekalan air.
Harap perkongsian ini dapat membantu anda, khasnya warga Lembah Klang.
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!