Cara Buat Puding Lapis Oreo

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Kalau dalam ENTRI INI saya cemburukan kawan-kawan blogger yang saban hari dapat update entri baru, kali ini penyakit cemburu saya berjangkit pula kepada kengkawan geng masak-masak yang kongsi gambar buat macam-macam kek, puding dan lauk-pauk yang sedap-sedap.Hmm..mana boleh tahan kan, asyik dok tengok orang buat segala bagai resepi yang sedap-sedap tu.Jadi, kali ini saya nak " simpan dulu" resepi Puding Lapis Oreo yang dah berjaya melelehkan air liur saya ni. Takpe.takpe. Cuti sekolah nanti, siaplah segala mak nenek puding akan saya cuba ( semangat kemain..heheh.)


Inilah lebihnya bila ada blog,selain tempat kongsi informasi dan "perasaan", kita juga boleh "simpan dulu" segala resepi,lagu atau video pilihan dalam entri-entri yang ditulis.Jomlah, kita tengok dulu macam manalah rupanya Puding Lapis Oreo ni. Kita tengok gambar dulu yang saya pinjam dari google..( nak tunggu buat sendiri, erkk..).






Resepi ini saya am
bil bulat-bulat dari blog akak ni. BLOG INI memang selalu menyajikan pelbagai jenis resepi yang buat saya kecur time tengok gambar-gambar masakannya.haha.

Bahan-Bahan Puding Lapis Oreo
( Saiz: 8" persegi )
  • 1 bungkus @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar
  • 750ml Air
  • 160g Gula - kalau tak suka manis boleh letak 140g gula
  • 1 tin @ 400g Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah-patahkan tapi biarkan sandwich 2 lapis

  • Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.Kemudian,masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
  • Masukkan susu cair, kacau sebati sehingga mendidih.
  • Asingkan 2 cwn ke dalam periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
  • Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
  • Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
  • Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
  • Taburkan biskut oreo.
  • Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  • Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.

Tips Melapis Puding Oreo
  • Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak melekat.
  • Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterusnya.
  • Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dengan baik.
Haa..sekarang dah siap puding err.. resepi kita ya kawan-kawan semua. Selamat mencuba!:)

Post a Comment

0 Comments