Cara Menjawab Ujian Kompetensi ICT bagi Guru

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Dalam keterbatasan waktu, tugas yang dipikul semakin mencabar terutamanya bila penggal persekolahan 2013 semakin menutup tirai.Seolah-olah semuanya harus diselesaikan sebelum minggu persekolahan berakhir.Cabaran ini semakin terasa terutamanya kepada saya yang berstatus ibu, guru dan isteri bekerjaya dan sejak dua tiga menjak ni "mengada-ngada" menambah "kerja" sebagai Blogger separuh masa.hehe.siapa suruh kann.



Cemburu melihat blog rakan-rakan yang sentiasa terbit dengan post-post terkini, sedangkan saya hendak menaip sebaris ayat mukaddimah pun terkial-kial.huhu.Sepanjang minggu ini sahaja, jadual kursus saya sudah penuh sehingga hari Sabtu. Kemudian bersambung dengan Peperiksaan Akhir Tahun, Sambutan Hari kanak-kanak Sekolah dan kemuncak program sekolah ialah Hari Anugerah Cemerlang.

Sebenarnya ini rutin biasa kebanyakan guru dan ia menjadi bertambah "menarik" tatkala segala sistem online menuntut data-data murid dikemaskini. Ditambah lagi dengan kajian dan segala soal selidik yang menuntut perhatian dan "fikiran" kita untuk menjawabnya secara maya juga.Wahh..tak terbayang begini canggih kerjaya seorang guru yang dulunya hanya berbasikal ke sekolah atau mengajar murid tulis baca dengan hanya sebatang kapur!

Cara Menjawab Ujian Kompetensi ICT bagi Guru

Yelah kan, dah alang-alang bercerita pasal kajian soal selidik yang para guru dan pentadbir sekolah kena jawab, biar saya kongsi sekali cara jawab Ujian Kompetensi ICT bagi Guru dan Pentadbir di seluruh Malaysia.

Apakah Ujian Kompetensi ICT ?



Ujian ini merupakan komponen di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Semua GURU dan PENTADBIR WAJIB menjawab semua soalan mengikut tempoh tarikh dan masa yang ditetapkan. 

Berikut merupakan tarikh menjawab Ujian Kompetensi ICT mengikut negeri bertujuan mengelakkan kesesakan sistem:

JADUAL UJIAN KOMPETENSI ICT BAGI SEMUA GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH

26 Sep - 02 Oct 2013 - Perlis, Perak dan Melaka
03 Oct - 08 Oct 2013 - Kelantan, Terengganu dan Pahang
09 Oct - 16 Oct 2013 - P.Pinang, Kedah dan WP Labuan
17 Oct - 22 Oct 2013 - Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur dan Johor
23 Oct - 31 Oct 2013 - Sabah, Sarawak dan Selangor

Tatacara Menjawab Ujian Kompetensi ICT

Anda hanya perlu klik log masuk pada laman web Sistem Analisis Kompetensi ICT dan masukkan nombor kad pengenalan. Selepas itu sistem akan memaparkan maklumat peribadi anda dan beberapa arahan berkaitan Ujian Kompetensi ICT.

  • Selepas membaca arahan yang diberi, anda bolehlah terus menjawab ujian tersebut    dengan klik butang MULA. Harus diingat, Ujian ini mempunyai tempoh masa yang       ditetapkan iaitu selama 40 minit dan harus menjawab sebanyak 30 soalan berbentuk  objektif. Pilihan jawapan juga termasuk aneka pilihan jawapan.
  • Kebanyakan soalan berbentuk situasi atau penyelesaian masalah.Ujian ini menguji kemahiran para guru dan pentadbir sekolah terhadap penggunaan komponen alat, perisian dan perkakasan komputer.
  • Apapun nasihat saya, jawablah secara berhemat dan anggaplah ujian ini demi kebaikan dan manfaat untuk pekerjaan para guru sendiri dan khasnya murid-murid kita.( walaupun ramai yang "terpaksa" mengaku termasuk cikgu pakar ICT sekolah, bahawa 30 soalan  yang diberikan itu memang mencabar!..hehe ).
Anda boleh mendapatkan Topik dan Contoh Soalan yang berkaitan Ujian Kompetensi ICT bagi guru dan pentadbir DARI PAUTAN INI. 

Sistem ditutup dan Makluman

Sebagai makluman, semasa post ini ditulis, pihak pentadbir Ujian Kompetensi ICT telah menutup sistemnya bagi guru dan pentadbir yang berkhidmat di negeri-negeri tersebut :
  • Perlis, Perak, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang ( sistem ditutup pada 22 Oktober 2013 jam 12 malam)
  • P.Pinang, Kedah dan WP Labuan ( sistem ditutup pada 24 Oktober 2013 jam 12.00 malam).
Sekiranya mempunyai masalah, anda boleh rujuk ke Soalan Lazim ("FAQ") atau boleh hubungi HELPDESK di talian 03-77310327 (Isnin - Jumaat: 8am hingga 6pm) atau di email helpdesk@opulens-sa.com. Pihak HELPDESK tidak mengeluarkan sebarang keputusan ujian. Keputusan hanya dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru ( BPG).

Selamat Menguji Minda ICT anda..:)

TERKINI : Anda boleh menyemak keputusan UJIAN KOMPETENSI ICT ini dengan panduan yang diberi di sini : Cara Semak Status Ujian Kompetensi ICT Guru

Post a Comment

0 Comments