Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Awal Januari lalu saya ada menang hadiah saguhati dalam contest Ephyra. Rasanya ramai dah tahu tentang Ephyra ni kan. Dapat hadiah saguhati trial pack Ephyra yang mengandungi 10 sachets pun dah gembira dan bersyukur sebab kalau orang lain nak cuba trial pack ni kena keluar bajet RM 68 hinggit.haha.Wahh..kedekut nampak!
Baru-baru ni pula Oceanlife2u, hantar email kat saya dan harap saya buat review selepas penggunaan Ephyra selama 10 hari.Yelah kan, trial pack ni ada 10 sachets je, ibaratnya kita minum dia dalam 10 harilah kan, tapi makcik sorang ni, trial pack ephyra 10 ketul ni pun mahunya dekat sebulan baru nak habis minum.Erkk..napa gitu pulak eh..Okeh.Begini ceritanya, saya ni bukanlah jenis "pemakan ubat" atau segala pengguna produk kesihatan lain yang perlukan kita maintain makan apa-apa atau telan apa-apa.Jadinya, bila first time minum ephyra ni, nak disiplinkan diri susah sikitlah. Selalu terlupa nak minum.huhu.
Review Pengguna Ephyra dengan Trial Pack
Bagi saya, sangatlah sesuai jika anda merupakan pengguna yang ingin mendapatkan dahulu edisi percubaan Ephyra ni.Selain dapat memuaskan hati dengan harga percubaan yang berpatutan, Ephyra juga sebenarnya produk kesihatan yang tidak dapat dinafikan lagi keberkesanannya.Saya simpulkan begini kerana saya pengguna edisi percubaan Ephyra, dan sudah pun nikmati beberapa khasiat dan kebaikan minuman kesihatan yang sangat sedap tidak terkata ini.
Berikut merupakan beberapa perubahan yang saya rasai selepas menggunakan Ephyra dengan edisi percubaan.
- Masa sertai Contest Kasih Ephyra bersama Blog Kasih Aleya : Phase 1, saya ada beritahu akan keinginan dan hasrat saya untuk mengatasi beberapa masalah pada diri saya terutamanya mengenai kulit pipi yang ada jeragat atau pigmentasi, tumit kaki pecah atau merekah dan masalah metabolisma badan yang rendah.Selepas saya guna Ephyra sebagai minuman kesihatan, tumit kaki saya sudah semakin elok.Bila saya sentuh di bahagian tumit dan tapak kaki, saya dapati "rasa kasar" yang wujud sebelum ini sudah hilang.Al Hamdulillah..:)
- Mengenai kulit pipi yang berjeragat dan ada tanda pigmentasi, saya agak ia faktor usia yang sudah dipertengahan 30-an, lagipun saya bukanlah jenis perempuan yang suka bermake up bagai, jadi dengan ephyra ni, jeragat dan pigmentasi nampak semakin lenyap dari wajah saya. Rasa kulit wajah lebih tegang setiap kali selepas kita mandi dan membersihkan muka.
- Tentang metabolisme rendah, tak payah ceritalah kan.Ephyra memang seratus peratus bantu saya meningkatkan metabolisme badan. Tiada masalah pencernaan lagi.hehe.Tapi kenalah juga banyak minum air mineral atau air masak disamping menggunakan ephyra ni.Itu sahaja.
Jadi, kepada sesiapa yang berkeinginan untuk mencuba produk Ephyra ni, jangan rasa ragu dan bimbang, kualitinya memang dijamin dan juga diiktiraf halal oleh bahagian JAKIM, Malaysia.InsyaAllah.
Saya akui, semuanya dengan keizinan Allah SWT, dan diikuti juga dengan kawalan minda kita sendiri. Kalau kita makan atau guna produk sampai 100 jenis pun, tapi fikiran masih negatif, tetap hasad dan dengki kat orang, takdenya wajah tu nak berseri-meri..haha..dok gitu? Jaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia, InsyaAllah, DIA akan permudahkan semua hasrat dan keinginan kita.Amin.
Terima kasih Oceanlife2u.Terima kasih kerana berkongsi kebaikan dan khasiat Ephyra dengan saya..:)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!