Petua Mudah Buat Muffin Supaya Gebu

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya ni nama je On Diet.Tapi memang cari pasal bila blogwalking, terjumpa pulak satu blog resepi yang kongsi cara buat Muffin Blueberry dengan gambo-gambo sekali den hadap.Mana tak meleleh air liur nih.huh.Sabarr.Kuatkan Semangatku Ya Tuhan.

Bukan perkara senang bagi orang yang tengah diet macam saya ni, tambah-tambah lagi saya pulak pilih diet Low Carbo, memang pantang tok nenek kalau makan benda manis, benda yang tinggi Karbohidrat ni.Pheww,Rasa nak terkam je gambo Muffin Blueberry tu.Nah, cuba korang yang geng diet pakat tengok gambar ni.muehee.Ada berani?



Mesti korang nak tahu Petua Mudah Buat Muffin Supaya Gebu macam dalam gambar tu kan?Yelah, setakat yang saya tahu, kalau beginner buat muffin ni, kalau tak belajar betul-betul dan faham teknik buat Muffin, mahunya tak menjadi muffin korang tu.

Sekarang ni, ramai para suri rumah yang terjebak buat muffin bukan sebab sedap je, malah ada yang senyap-senyap buat duit dengan bisnes muffin tau.Sebab tulah, bila saya bukak website nih : Panduan Buat Muffin Gebu semua geng-geng bikers..err..bukan yang bawak motosikal besar tu, maksud saya geng bakers ni, pakat buat muffin sedap-sedap lepas tu tayang pulak dekat facebook depa.


Memanglah benda kecik ni akan buat geng diet panas hati beb, mana boleh tahan kalau setiap dua ploh minit, ada je gambo muffin gebu keluar kat wall kita orang.huh.Nak-nak macam saya ni yang bersara pilihan dari makan benda-benda manis macam nih.adoyaii.sabar.sabar.amin.

Nampaknya saya dah tersasar dari landasan sebenar iaitu niat nak kongsikan dengan anda semua, petua-petua dari sebuah Blog Muffin Lovers yang saya kumpulkan supaya dapat beri panduan kat korang terutamanya yang beginner dan nak tahu kenapalah muffin korang tak kembang cantik dan membukit macam muffin depa nih.Atau Muffin yang korang buat jadi keras pulak macam batu gitu.ecehceh.Tak mengaku nampak!

Gambar Blueberry Muffin saya pinjam dari
Blog Azie Kitchen
Inilah petuanya ya, cepat baca sekarang.Lepas ni boleh terus buat:)
1. Secara umumnya muffin adalah salah satu jenis cupcake. Cupcake ni lagi luas dan merangkumi pelbagai jenis, contoh medeleines  pun adalah sejenis cupcake dan mooncakes pun dikatakan dikategorikan di bawah cupcakes. Asalkan ianya berbentuk kek yang dimasak didalam mould kecil, ianya adalah cupcakes.

2. Cara pembikinan membuatkan kita lebih mudah membezakan cup cake dengan muffin. Cup cake dibuat dengan pelbagai teknik. 
  • Antaranya teknik cream mixture - iaitu menggebukan gula dan butter seterusnya telur.
  • teknik all in 1 mixture- masukkan semua bahan dan gebukan.
  • teknik whisked mixture- iaitu dengan wisk kan dulu telur, gula dan kemudian bahan2 lain. 
  • teknik muffin- iaitu mengasingkan bahan kering dan bahan basah kemudian campurkan keduanya.
3. Jadi secara khususnya membuat muffin adalah sangat mudah. Iaitu mengasingkan bahan kering dan basah. Kemudian tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Gaul.

4. Satu perkara penting  untuk mendapatkan muffin yang fluffy gebu dan lembut ialah jangan OVERMIX bahan basah dengan kering. Gaul sekadar sahaja. Biarkan jika adunan nampak tak licin dan adunan nampak berketul-ketul.  
  • pastikan bahan2 kering betul2 digaul rata. Kemudian bahan2 basah seperti telur, mentega cair, susu segar, pisang, yogurt dsb digaul sebati. Kemudian curah ke dalam bahan kering dan kaup balik menggunakan spatula. Gaul kurang lebih 1 minit aje. Jangan overmix!
5. Untuk mendapatkan muffin membukit naik, sudukan ke dalam muffin cup 3/4 penuh. Tapi awas tidak semua jenis muffin akan naik membumbung, Ada juge jenis muffin yang akan melimpah ruah. 
  • Lain jenis muffin dan adunan, lain result yang dapat. Sebab itulah saya suke mencube pelbagai jenis muffin. Jika dalam resepi ada menyebut sudukan hanya 1/2 adunan bermakna mungkin muffin jenis yang agak cair adunanya.

6. Satu faktor lain membumbung naik atau tidak muffin ini, adalah jenis adunanya. Jika adunan sedikit pekat, letakkan adunan agak penuh ke dalam muffin cup. Nanti hasilnya muffin akan naik membumbung cantik. Sebab permukaan muffin mudah kering dan akan membuatkan muffin tidak melimpah.
  • Muffin yang adunannya agak cair, mungkin ada keberangkalian akan melimpah jika meletakkan penuh-penuh ke dalam muffin cup. Mungkin disebabkan permukaannya masih cair dan basah  ia mudah melimpah. *ini adalah berdasarkan pengalaman. Bukan teori sebenar yeee.. hhehe
7. Faktor lain adalah, jangan  ketuk atau hentak muffin cup selepas disudukan adunan. Biarkan ada angin-angin di dalam adunan itulah yang membuatkan muffin naik membumbung.

8. Faktor lain adalah suhu oven. Ramai juga yang mungkin mengalami masalah muffin tak naik elok kerana suhu oven.Suhu juga memainkan peranan penting. Kita sendiri kena faham ragam oven masing-masing untuk menghasilkan muffin yang elok. Jika oven menggunakan api atas dan bawah ada dua cara untuk menentukan yang mana satu lebih elok.
  • pertama: Bakar muffin 10 minit menggunakan api bawah, kemudian tukar ke api atas dan bawah hinnga masak.
  • kedua: Bakar muffin menggunakan api atas bawah, kemudian tukar ke api bawah sahaja sehingga masak.
9.Secara khususnya membuat muffin memang tidak menggunakaan mixer, tidak perlu cream teknik bagai. Hanya menggaulkan bahan basah bersama bahan kering. Tapi kerana kekreatifan kita maka dah banyak variasi muffin yang menggunakan teknik pelbagai. 
  • Dan hasilnya sangat memuaskan dan menambah fluffy gebunya sesuatu muffin itu. Satu lagi kalau dibarat muffin ni lebih suka dibakar bogel tanpa cup dan berbentuk cendawan. Satu lagi cadangan hidangan adalah ketika panas-panas.
10. Penggunaan sesuatu bahan juga menambah kegebuan sesuatu muffin.

Satu perkara yang saya ingin kongsikan di sini, selain kita buat muffin untuk makan sendiri kat rumah, kita juga sebenarnya boleh jadikan kepakaran kita buat muffin sedap ni sebagai salah satu income atau pendapatan sampingan keluarga.

Memanglah kita tak terfikir pun yang muffin kita ni ada orang nak beli pada awalnya, tapi kalau kita tak mencuba, manalah kita nak tahu kan.Tambah-tambah kalau ramai yang puji muffin kita sedap, moist, gebus dan macam-macam lagi.

Nah, saya kongsikan satu panduan lengkap untuk anda yang mahu mencuba atau suka-suka mahu mengambil tempahan muffin anda yang sedap tu:) klik sahaja di bawah :


Dah panjang sangat den menulis bab Muffin ni, semoga dapat beri manfaat kepada sesiapa yang perlukan tips mudah buat Muffin supaya gebu.Selamat Mencuba ya!


Post a Comment

4 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!