Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Cara Mudah Buat Roti John Sendiri Di Rumah -Dah dekat bulan Ramadan ni, nostalgia makanan berbuka zaman kanak-kanak saya memang terkenang kembali.Yelah, masa tu budak lagi.Selain berbuka dengan karipap, saya juga sangat menyukai Roti John yang banyak dijual di bazar ramadan.
Homemade roti John yang pasti membangkit selera anak-anak ketika berbuka puasa di rumah:)
Pun begitu, kalau dah suka dengan roti John orang tu, maka tiap harilah nak jugak roti John yang sama rasa kan.Sekarang ni, anak-anak dan Encik Suami juga menyukai Roti John. Nak tak nak, memang kena usaha buat sendiri supaya berbaloi time nak menjamahnya.
Keluarga dah besar.Bajet juga tentulah besar kan.Bab berbuka puasa, suami saya pula lebih suka berbuka di rumah berbanding beli di bazaar ramadan atau makan di luar kerana sudah serik dengan pelbagai rasa makanan yang entah apa-apa. Ada juga yang terbukti keenakan juadah di bazar ramadan, cuma sebilangan kecil yang tidak jujur, maka mereka terpalit sama.
Bagi sesiapa yang mahu cuba buat sendiri Roti John di Rumah dengan inti yang dijamin sedap, meh saya kongsikan Cara Mudah Buat Roti John Di Rumah..:)
Sumber resepi :Grup Masak Apa Hari Ni (Mahn) Facebook
3 biji telur
1 sudu kecil serbuk kurma (kalau nak)
1 sudu kecil serbuk kari
Cili merah/cili api (ikut kepedasan masing-masing)
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang putih
garam gula secukup rasa
Daging/ayam cincang
hirisan kobis
Hirisan timun
Sos Cili
Mayonis
Planta
secubit garam
Cara Menyediakan inti Roti John Yang Sedap
- Tumis bawang besar dan bawang putih, masukkan daging, serbuk kari dan serbuk kurma, garam dan gula secukupnya. Biar daging masak dulu.
- Tutup api.
- Pukul telur. Masukkan dalam inti daging. Kacau bagi sebati.
- Sediakan roti secukupnya
- Potong dua bahagian roti jangan bagi putus.
- sapu permukaan roti dengan planta dan letak atas kuali leper tadi.Buat sehingga habis semua roti
- Kemudian sapu sedikit minyak atas kuali leper, ambil satu senduk kecil inti tadi dan letak atas kuali leper
- Ambil roti yang dibelah tadi telangkupkan atas inti, masak sekejap inti tu. Bila dah masak inti dan telur tu, balikkan roti sekejap. Dah siap. Ulang buat untuk roti yang kedua lak.
- Letak sos cili atau sos salad kegemaran anda.
Step By Step Buat Homemade Roti John Yang Sedap
Antara bahan yang diperlukan.Gambar bagi resepi ini tidak gunakan serbuk kurma dan serbuk kari.Bagi saya pasti lebih sedap kalau kita masukkan sedikit dua jenis serbuk tersebut.Lebih mantap gitu:)
Inti daging dicampur terus dengan telur.Kalau nak masak dulu inti daging dengan bawang tadi pun boleh.Nak bagi lembutkan daging.
Rupa daging hancur yang dah dicampurkan dengan telur dan semua bahan-bahan.
Belah dua roti dan sapu planta ditengah-tengahnya
Ambil dalam satu setengah senduk inti daging tadi dan tuang atas kuali
Ambil sepasang roti yang korang dah belah tengah tadi dan letak atas inti daging tadi
terbalikkan roti kalau agak-agak inti dan telur dah masak
tuang sos cili dan mayonis kesukaan korang.Kalau suka sayur, boleh letak hirisan timun dan kobis atas roti tadi sebelum tuang sos.
telangkupkan roti tadi supaya jadi macam dalam gambar.Kesian ko roti, kejap bukak, kejap telangkup.haha.bertabahlah yo.
Done Roti John Inti Daging Yang sedap :)
Selamat mencuba dan buat Roti John Sendiri Di Rumah:)
1 Comments
Tq..musti best
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!