Cara Buat Topping Yang Betul Dan Sedap Untuk Kek Coklat Moist

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pernah tak time happy-happy nak baking kek coklat, tetiba rasa fed up sebab buat topping tak jadi.Kalau korang tak pernah rasa macam tu, memang bestlah kan.Lain pulak bagi saya.Ada sekali ke beberapa kali, saya buat topping, tapi masih ada yang tak memuaskan hati.Kejap coklat rasa pahit, kejap coklat cair sangat pulak.Tu belum lagi part nak buat double boiler.Karang tertanya-tanya udah ke belum coklat ni masak.hoho.

Memang nampak sangat amaturnya saya dalam dunia baking ni kan.Tapi saya positifkan diri.Kalau tak hadapi cabaran macam ni bagai, memang tak belajarlah saya.Jadi, dengan cabaran itulah saya ingin kongsikan kepada anda semua.


Cara Buat Topping Yang Betul dan Sedap Untuk kek Coklat Moist.

Cara Buat Topping Yang Betul dan Sedap Untuk kek Coklat Moist. 
Ada beberapa cara sebenarnya kita boleh buat topping untuk kek coklat.Jom tengok dan anda pilihlah yang mana lebih sedap dan mudah untuk disediakan.


Hasil carian imej untuk gambar topping coklat
Topping yang sedap akan menambah perisa coklat yang lebih kepada kek coklat
Cara Buat Topping Yang Betul dan Sedap Untuk kek Coklat Moist
Teknik Topping 1
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 2 sdb serbuk koko
  • 2 sdb mentega
  • Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk(api kecil) dan kacau hingga pekat
  • masukkan mentega -tutup api
  • Bila dah sejuk bolehlah tuang atas kek yang juga sudah sejuk.
Teknik Topping 2
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1/4 cwn susu cair
  • 2 sdb butter/majerin/minyak masak
  • Masukkan dalam periuk 
  • Masakkan atas api kecil hingga berkilat dan pekat
Teknik Topping 3
  • 1/2 bar coklat masakan
  • 2 sdb susu pekat
  • 1 sudu mentega/majerin
  • 1/3 cwn susu segar
  • Masakkan atas api guna kaedah DOUBLE BOILED 
  • Kalau nak pekat jangan letak susu segar
  • Bila dah sejuk bolehlah tuang atas kek yang juga sudah sejuk.
Hasil carian imej untuk gambar buat double boiler
Kaedah Double Boiler- masukkan air dalam periuk dan letak atas api.Kemudian letak satu periuk lain atau bekas yang lebih kecil atas air yang sedang dimasak tadi.Masukkan bahan untuk topping ke dalam periuk yang diatas tadi.
Teknik Topping 4
  • 1 bar coklat masakan
  • 4 sudu susu pekat
  • 5 sudu air panas
  • 1 sudu majerin/butter
  • Masakkan atas api guna kaedah DOUBLE BOILED
  • Sudah cair semua baru masukkan majerin/butter
  • Sudah sejuk baru siramkan pada kek yg dah sejuk
Teknik Topping 5
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu pekat
  • 2 sdb majerin/butter
  • kacau atas api serbuk koko & susu pekat
  • Masukkan majerin/butter
  • kacau hingga likat dan pekat
  • Siramkan atas kek bila dah sejuk
Teknik Topping6
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 2 sdb butter
  • Masakkan semua atas api kecil
  • klu terpekat boleh tambah sedikit susu cair atau susu segar
  • kacau hingga likat dan berkilat
  • Siramkan atas kek bila dah sejuk
 Rupa kek coklat sebelum saya letak topping atasnya

Selepas saya curah topping coklat dengan menggunakan teknik topping 7



Teknik Topping 7
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu pekat manis
  • 2 sdb mnyak masak
  • Masakkan semua atas api yang perlahan
  • kacau hingga likat berkilat
  • masukkan 1 sdt esin vanila
  • Biarkan sejuk dulu,baru siram atas kek
Teknik Topping 8
  • 200 gm coklat masakan
  • 1/4 cwn susu cair
  • Masakkan atas api guna kaedah DOUBLE BOILED
  • kacau hingga pekat dan berkilat.
sumber : Facebook
Semoga bermanfaat kepada anda yang memerlukan maklumat ini.Selamat mencuba buat topping yang betul dan sedap!:)-

Post a Comment

41 Comments

  1. Coklat tu boleh ke tukar dengan coklat putih untuk buat toping?

    ReplyDelete
  2. saya share yerr... thanks for the information! good!

    ReplyDelete
  3. semua cara ni boleh dpt topping yang jenis cair tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya biasa buat topping yang no 7, ikut bahan topping yang digunakan sis, kalau nak yang cair, sis boleh tambah sukatan bahan sprt susu cair.

      Delete
  4. sy da try topping yg 1st.. topping ok pekat.. tp x blh tggu sejuk nnt mngeras ssh nk tuang atas kek.. direct tuang atas kek n cpat2 tabur rice cake or hiasan sbb toping cpat kras

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, tq sis kongsi kat sini pengalaman guna topping 1, pasti berguna kepada readers lain yang perlukan info lanjut, God bless:)

      Delete
  5. sy minta izin share di fb sy yea

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! silakan share secara berjemaah:) benda baik kann..:)

      Delete
  6. terima kasih cik matahari atas perkongsian resipi2 tersebut. x sabar nak cuba.😊
    moga dipermudah segala urusan di dunia dan di akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama sis:)terima kasih ats doanya, semoga Allah kembalikan doa yang sama kepada sis:)aamiin.

      Delete
  7. Replies
    1. kalau tak silap, 1 bar coklat masakan ni sekitar 400-500g sis:)

      Delete
  8. Sy byk kli buat topping7..mmg sedap n mnjadi..mudah n senang je caranya..tq blogger

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kerana kongsi teknik dan tips untuk membuat toping coklat. Banyak berguna untuk sy yg selalu membuat kek .....😙😙😙

    ReplyDelete
  10. kaedah di atas bole ka digunakan untuk dipaipkan di ats kek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ini saya tak pasti, sesiapa readers yang ada pengalaman, tolong comment kat sini ya:)

      Delete
  11. salam...topping 8 tu susu cair tu susu sejat ke? atau susu segar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susu cair = susu sejat biasanya

      Delete
    2. terima kasih panduannya sis:) sangat membantu kami semua:)

      Delete
  12. Hai. Nak tanya. Cara ni yang mana satu kalau coklat dah cair tp bila masuk dlm peti dia juga tak mengeras?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Topping 6 paling mudah dan tak mengeras. Cuba jadi lebih likat sikit je. Butter buat bau wangi dan berkilat. Tp, lebih byk nisbah butter dlm bancuhan, lebih keras bila sejuk.

      Delete
    2. terima kasih panduannya sis:) sangat membantu kami semua:)

      Reply

      Delete
  13. Terima kasih berkongsi resepi. Topping 6 paling mudah. Rasa pun sedap.

    ReplyDelete
  14. Tq atas tips buat topping ni sis. Mohon izin share ya.

    ReplyDelete
  15. Saya cuba cara topping no 7. Saya biarkan dahulu menyejuk. Bila saya tuang ok jer. TAPI bila dah letak dalam peti ais topping tu diserap dalam kek. Kenapa ya? Atau masalah pada kek sebab permukaan kek berbuih buih

    ReplyDelete
    Replies
    1. topping no 7 memang sedikit cair, jika suka topping yang pekat, boleh tambah sukatan serbuk koko dan butter/ minyak dan juga susu pekat ya.

      Delete
  16. Assalammualaikum.. maaf ganggu.. yg cara nom 7 tu, kalau dibiarkan lama, mengeras x? Dan..bahan2 yg ditunjukkan tu, kira2 banyak mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumuslm sis, topping no 7 tu akan mengeras/ memekat bila dia sejuk.sukatan bahan boleh adjust ikut suka nak topping jenis cair atau pekat.

      Delete
    2. Sis kalau yang awk buat pekat ke cair?

      Delete
  17. Saya share ilmu dlm blog cikgu ...tq😊😊

    ReplyDelete
  18. Sis topping no 2 tu mengeras tk

    ReplyDelete
  19. TEKNIK TOPPING 2

    SUKA SGT TOPPING 2 SBB RAMAI CUST SY CKP SEDAP. TOPPING DIA XCAIR,XPEKAT, LEMBAB² BERKILAT GITU.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau letak dlam.peti sejuk keras tak, atau maintain je ?

      Delete
  20. TOPPING 2

    SUKA SGT GUNA TOPPING 2.... RAMAI CUST SY CKP SEDAP. TOPPING DIA XCAIR, XPEKAT, LEMBAB² GITU...

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!