Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Teringat-ingat saya time pi kenduri kahwin kawan Encik Suami di Putrajaya tempohari.Dok teringat kat Bubur Pulut Hitam dessert yang depa sediakan.Walaweh.sodap aih.Teringin pulak nak belajar membuatnya.haha.Tak payah kesian ok.Saya memang baru nak belajar buat Bubur Pulut Hitam ni.Kepada sesiapa yang memang dah teror tu, dok diam saja ya.muehee.
Saya pinjam kat Google gambar bubur pulut hitam ni.Walaweh. sekali tengok dah teringat rasanya macam mana.terliur beb..:)
Jadi sebelum saya pi beli segala barang dan bahan nak buat Bubur pulut hitam ni, ada baiknya saya cari dulu resepi buat bubur pulut hitam.Kumpul dulu segala tips dan petua buat bubur ni supaya nanti time nak membuatnya cerah sikit kepala otak tu.hahha.
kalau bab seni tangkap gambar, gambar bubur pun jadik cantik kann..
Saya ni kalau masak benda yang first time memang skema habis.Senang cakap memang ikut resepi betul-betullah.Orait, kali ini saya nak kongsikan dengan anda semua satu resepi best cara dan tips mudah nak buat Bubur Pulut Hitam yang lemah lembut dan sedap.hikhik.
Bubur Pulut Hitam Sedap
Memandangkan saya pun baru nak belajar buat bubur pulut hitam ni, jadi kali ni saya kongsikan dulu gambar bubur pulut hitam yang orang lain dah buat, lain kali saya tepek gambar bubur yang saya buat sendiri ya.InsyaAllah, saya mesti kongsikan dengan readers blog saya:)
mak aihh..kalau ikut perasaan, mahu terkam gambo ni kann...hihi..over excited pulak..
kreatif betul depa dok hias bagai bubur ni, sayang pulak nak makan..huhu
Petua Mudah Buat Bubur Pulut Hitam Yang Lembut Dan Sedap
Apa-apa hal pun, mari saya kongsikan dulu resepi dan cara mudah buat Bubur Pulut Hitam yang enak dan membuka selera ni.
kalau saya dah lulus buat bubur ni, siaplah saya tempek gambar banyak-banyak dalam blog..
Ini rupa pulut hitam sebelum direbus.Banyak dijual kat pasaraya atau kedai runcit dan biasanya boleh dijumpai di bahagian makanan kering atau rempah ratus.
Bahan-Bahan Buat Bubur Pulut Hitam
Sumber resepi :iresepi
- 1 1/2 cawan pulut hitam
- 6 cawan air, untuk merebus pulut
- 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
- 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
- 3/4 cawan gula putih
- 1/2 ketul gula melaka
- garam secukup rasa
- 1 sudu besar tepung jagung
Cara Menyediakan Bubur Pulut Hitam Yang Lembut dan Sedap
- Cara untuk masak bubur pulut hitam:
- Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
- Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.
Cara untuk kuah santan:
- Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.
- Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
Tips Menyediakan Bubur Pulut Hitam Yang Lembut dan Sedap:
- Rendam pulut hitam semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan masa merebus. Kalau tak cukup masa, memadai rendam selama 3-4 jam, tetapi pulut perlu direbus agak lama untuk kembang dan lembut.
- Sebaik-baiknya juga gunakan santan kelapa segar bukan santan kotak untuk dapatkan kuah santan yang lebih lemak dan sedap.
- Boleh masukkan satu sudu besar minyak masak dalam rebusan pulut hitam supaya pulut cepat empuk.
Orait, barulah senang hati nak belajar buat sendiri bubur pulut hitam kan:)jika anda pun sama macam saya, dah jadi mak budak ni baru terhegeh-hegeh nak belajar buat bubur pulut hitam, mehlah kita berjemaah buat kat rumah ya.muehee.
Sampai jumpa lagi;)
17 Comments
😍😍😍😍
ReplyDelete😍😍😍
ReplyDeletefavorite juga ni..
ReplyDeletetapi tak pernah masak sendiri..tau beli n makan yg orang dah masak jer
haha..tu yang bubur pulut hitam jadi lebih sedap kat tekak kann, sebab tinggal mkn je..kihkih..
DeleteWasalam hehehhehe i baru nak belajar buat..... lihat cara2 yg ada dalam google hehheehe rasa cik punya resepi terbaik nanti nak try...tq for the tips
ReplyDeletealhamdulillah, selamat mencuba ya:)
DeleteBaru nak try..tapi lupa nak rendam pulut smlm adeiii.. Ape2 pon trima kasih cik matahatikukesumadewi
ReplyDeleteslm sis, buat bubur pulut hitam ni memang kena rendam dulu supaya bila time kita masak nanti, pulut hitam tu lembut dan sedap dimakan, dan juga tak ambil masa lama.Tap kalau sis guna Noxxa, tak payah rendam pun boleh, terus rebus dengan HP ynag sesuai, bila pulut hitam dah lembut, terus masukkan santan, lagi cepat sebenarnya:)
DeleteDah try..sedapp
ReplyDeletealhamdulillah, tahniah berjaya buat sis:)
Deletetidak pernah bosan membaca tulisan di web kamu
ReplyDeletealhamdulillah, terima kasih sis:)
DeleteKalaw dh rendam beras pulut hitan,perluke kurangkn sukatan air???????
ReplyDeletetak perlu kurangkan air sis, tujuan kita rendam nak cepatkan tempoh merebus, air masih perlu untuk masakkan pulut hitam tu, terima kasih bertanya.
DeleteTgh buat skrg.. Wow gf hya meneruskan cr cik matahari tu.. Mulanya sy yg buat rendam semua tu.. Hahaha like Sgt.. Jap lg nyam nyam nyam.. Cicah dgn roti gardenia... Aaummmm
ReplyDeleteKalau kita masak terhangit mcm mana
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!