Resepi Apam Kukus Puteri Ayu Dengan Sukatan Cawan

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Resepi Apam Puteri Ayu Dengan Sukatan Cawan- dah lama saya cari resepi mudah untuk buat apam puteri Ayu ni.Apam kukus Puteri Ayu ni antara favourite kuih tradisional  saya selain kuih lapis, lepat ubi, kuih bakar dan banyak lagi sebenarnya!

pinjam gambar Apam Kukus Puteri Ayu kat Google

Image result for gambar apam kukus puteri ayu
Ada juga Apam Puteri Ayu guna perisa Keladi

Image result for gambar apam kukus puteri ayu
Perisa coklat pun ada

Image result for gambar apam kukus puteri ayu
yang colourful pun ada, ikut kreativiti masing-masing kan

Kali ini saya kongsikan Resepi Apam Puteri Ayu Dengan Sukatan Cawan yang saya pinjam dari Facebook :Kredit FB: Nurul Amira.

Image result for gambar apam kukus puteri ayu
haih, gebunya apam kukus puteri ayu ni kan.

Saya memang pantang jumpa resepi yang guna sukatan cawan ni, lain kali kalau ada kesempatan, saya teringin buat sendiri Apam kukus Puteri Ayu ni.Insha Allah.

yang warna asal hijau dan putih juga yang tetap menjadi pujaan saya.hihi

Resepi Apam Puteri Ayu Dengan Sukatan Cawan

Bahan-Bahan :
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecik ovelate
  • 2 cawan tepung gqndum
  • 1 sudu kecik baking powder
  • 1 cawan santan kotak
  • 1 penutup esen pandan
  • 1 penutup pewarna hijau
  • kelapa parut+sedikit garam+sedikit tepung gandum(Gaul sebati. kukus sekejap)
Cara-Cara Menyediakan Apam Kukus Puteri Ayu 
  • Ayakkan tepung bersama baking powder
  • Mixer telur, gula, ovalate dan esen pandan hingga kembang putih. 
  • Masukkan santan selang seli dengan tepung.
  • Mix sebati baru tuang pewarna hijau. Mix sebati lagi sekali.
  • Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tekan kelapa yang dah kukus tadi dekat dasar acuan. 
  • Tuang adunan tepung paras acuan. kukus 10-15 minit api besar

Kredit FB: Nurul Amira

Gambar Buat Apam Kukus Puteri Ayu


adunan tepung yang sudah dituang ke dalam acuan, sedia untuk dikukus

Apam kukus Puteri Ayu selepas dikukus, nampak gebu kan.

Rupa Apam kukus Puteri Ayu selepas dikukus dan dikeluarkan dari acuan.

Terima kasih singgah cari resepi Apam Kukus Puteri Ayu, gambar dan resepi ini saya ambil di Google dan ihsan Facebook Nurul Amira-Semoga bermanfaat kepada sesiapa yang memerlukan.

Post a Comment

31 Comments

  1. Hi! Cik Matahariku,saya sudah 2 kali buat kuih puteri ayu. Sangat sedap dan menjadi.... Terima Kasih untuk resepi ni😘😘😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Tharunes, terima kasih singgah blog ini dan cuba resepi yang saya kongsikan, happy saya dengar kuih puteri ayu sis menjadi dengan resepi ni, gud job dear:)

      Delete
  2. Salam..resepi ni dapat dalam berapa bijik eh?

    ReplyDelete
  3. Salam..terima kasih sis cik matahariku saya selalu guna resepi sis memang x mengecewakan mnjadi dgan jayanye..alhamdulilah suka sangat ..harini try buat puteri ayu memang mjadi sya dpt dlm 20bji :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm sis, alhamdulillah:) wahh..dah buat kuih puteri ayu, jeles i, mesti sedap kann..

      Delete
  4. Terbaik resepi cik matahariku ..saya selalu guna resepi sis smalam try buat kuih puteri ayu dpat dlm 20bji :)...sebelum ni dah try kek marble memang lembut sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mencuba resepi di blog ini:) setakat ini kebanyakan resepi yang saya kongsi memang saya dah cuba dan menjadi, inshaallah, kalau readers lain buat pun menjadi..hehehe.kek marble tu pun sedap dan moist je kann..

      Delete
  5. Replies
    1. setakat ini saya belum cuba lagi buat apam balik di rumah, inshaallah kalau saya dah cuba buat sendiri, saya kongsikan dalam blog ya:)

      Delete
  6. Santan kotak tu yg dh dicairkan ke pekat2 dari kotak tu?

    ReplyDelete
  7. Sis kalau xde mixer.. boleh pakai blender x

    ReplyDelete
  8. boleh je sis, kita buat dia ..hehe..

    ReplyDelete
  9. salam cik matahariku... saya tumpang ambik resepi ea. nak mencuba

    ReplyDelete
  10. Sis nk tnya ... Klu xguna esen vanilla xpe kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis,kalau ikutkan penggunaan esen vanila tu sebenarnya lebih kepada nak bagi bau kuih puteri ayu kita lebih wangi, sebab biasa kalau kita buat kuih letak telur, boleh dtg bau telur tu.kalau tak letak esen vanila, kuih tetap jadi,inshallah:)

      Delete
  11. Hi puan, harap puan dan sekeluarga sihat dengan keadaan yang risau dan bahaya ini... Dua hari yang lepas saya mencuba resipi kek marble moist hasilnya sedap dan moist.. bila kek dah sejuk dan potong ia tetap padat dan cantik... tak sampai 24 jam Anak2
    saya dah habiskannya 😍😍❤. Terima kasih kerana kongsikan resepi tersebut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih mencuba resepi di blog ini, doakan sy dapat peluang kongsi lebih banyak resepi2 yg menjadi ya. aamin.

      Delete
  12. Hi kak pagi ni dah cuba,tapi tak lembut lepas kukus,lepas telur kembang putih, tepung dan santan guna mixer atau gaul dgn tangan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk part masukkan tepung dan santan tu, boleh masukkan dan kacau guna spatula sahaja. Tak perlu guna mixer. Terima ksih cuba resepi di sini. Satu lagi, kalau nak dapat kuih puteri ayu yg gebus dan lembut, pastikan juga telur dan gula serta ovalete diputar/ mix hingga kembang putih ya. Terima kasih bertanya😚

      Delete
  13. Assalamualaikum sis..sy bru nk cba resepi ni..sblm ni resepi lain sy dh bt..mmg jd..t.ksh ats ilmu yg d beri..mtk halalkn ilmu yg di beri ye sis..t.ksh

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih mencuba resepi di blog ini :)

      Delete
  14. Salam. Nak ty, adunan ni boleh dpt brpa biji kuih yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm Amira, adunan resepi ini boleh dapat dalam 20 pcs puteri ayu :)

      Delete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  16. Hi sis, terima kasih share 😍😊 maaf nak tanya, cawan tu cawan macam mana yaa? Yang ada sukatan tu ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya sukatan cawan ni kita boleh guna atas pilihan kita, nak guna jenis cup yg mcm mana.asalkan kita guna cawan yg sama utk semua sukatan, InshaAllah menjadi.

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!