Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Resepi Apam Puteri Ayu Dengan Sukatan Cawan- dah lama saya cari resepi mudah untuk buat apam puteri Ayu ni.Apam kukus Puteri Ayu ni antara favourite kuih tradisional  saya selain kuih lapis, lepat ubi, kuih bakar dan banyak lagi sebenarnya!

pinjam gambar Apam Kukus Puteri Ayu kat Google

Image result for gambar apam kukus puteri ayu
Ada juga Apam Puteri Ayu guna perisa Keladi

Image result for gambar apam kukus puteri ayu
Perisa coklat pun ada

Image result for gambar apam kukus puteri ayu
yang colourful pun ada, ikut kreativiti masing-masing kan

Kali ini saya kongsikan Resepi Apam Puteri Ayu Dengan Sukatan Cawan yang saya pinjam dari Facebook :Kredit FB: Nurul Amira.

Image result for gambar apam kukus puteri ayu
haih, gebunya apam kukus puteri ayu ni kan.

Saya memang pantang jumpa resepi yang guna sukatan cawan ni, lain kali kalau ada kesempatan, saya teringin buat sendiri Apam kukus Puteri Ayu ni.Insha Allah.

yang warna asal hijau dan putih juga yang tetap menjadi pujaan saya.hihi

Resepi Apam Puteri Ayu Dengan Sukatan Cawan

Bahan-Bahan :
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecik ovelate
  • 2 cawan tepung gqndum
  • 1 sudu kecik baking powder
  • 1 cawan santan kotak
  • 1 penutup esen pandan
  • 1 penutup pewarna hijau
  • kelapa parut+sedikit garam+sedikit tepung gandum(Gaul sebati. kukus sekejap)
Cara-Cara Menyediakan Apam Kukus Puteri Ayu 
  • Ayakkan tepung bersama baking powder
  • Mixer telur, gula, ovalate dan esen pandan hingga kembang putih. 
  • Masukkan santan selang seli dengan tepung.
  • Mix sebati baru tuang pewarna hijau. Mix sebati lagi sekali.
  • Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tekan kelapa yang dah kukus tadi dekat dasar acuan. 
  • Tuang adunan tepung paras acuan. kukus 10-15 minit api besar

Kredit FB: Nurul Amira

Gambar Buat Apam Kukus Puteri Ayu


adunan tepung yang sudah dituang ke dalam acuan, sedia untuk dikukus

Apam kukus Puteri Ayu selepas dikukus, nampak gebu kan.

Rupa Apam kukus Puteri Ayu selepas dikukus dan dikeluarkan dari acuan.

Terima kasih singgah cari resepi Apam Kukus Puteri Ayu, gambar dan resepi ini saya ambil di Google dan ihsan Facebook Nurul Amira-Semoga bermanfaat kepada sesiapa yang memerlukan.