As Salam,
Resepi Buat Donut Gebu Tanpa Uli-Wahh, seronok korang ya. Orang buat donut sekarang semakin hebat. Teringat zaman saya kemaruk belajar buat donut, dahlah takde bread maker, gigih ko uli tepung nak bagi donut gebus gebas, nak bagi lembut sampai 48 jam dan macam-macam lagilah.Kalau boleh donut ko je yang paling menjadi.kihkih.

Ini rupa paras donut yang saya dah cuba dengan resepi yang saya kongsikan dalam blog:)

Tak boleh nak salahkan sesiapa pun, ilmu ni kalau kita kongsi dengan orang lain, akan buat kita bukan lagi tak pandai, malah ko akan jadi lebih fokus dan teliti untuk hasilkan sesuatu yang lebih baik dengan ilmu yang ada.Mungkin sebab itulah, depa yang kongsi resepi buat donut tanpa uli, entah-entah sekarang dah jadi jutawan donut kann.muehhehe.suka ko eh.

Memang puas hati bab lembut buat donut dengan resepi ni sebab saya dah buat dan donut masih tetap lembut walau selepas 24 jam:)

RESEPI DONUT GEBU TANPA ULI
Sumber Resepi : Dari Dapur Aida
Dicuba oleh : Blogger Cik Matahariku
Bahan-Bahan  A
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula
- campurkan semua bahan ni dan biarkan kembang ( berbuih )

Bahan-Bahan B
4 cawan tepung gandum ( 1/2 kg tepung )
2 sudu makan marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

Cara Menyediakan Donut Gebu Tanpa Uli
  1. Ramaskan bahan-bahan B hingga jadi macam serbuk roti.
  2. Kemudian campurkan Bahan A tadi dan gaul rata.
  3. Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup.
  4. Adunan memang lembik tapi jangan risau  dan jangan memandai tambah tepung tau.
  5. Lepas satu jam tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terapMasa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan
  6. Biarkan selama 30 minit.. Lepas tu boleh goreng
rupa donut yang sudah dibentuk dan sudah sedia untuk digoreng

kalau anda memang buat jualan donut setiap hari, bolehlah cuba resepi ini untuk jualan.Customer pun happy kalau dapat donut yang lembut sampai ke dalam, bukannya dapat donut yang bila kita gigit macam kapas je isinya.kihkih.

Kalau anda rajin singgah blog ini, dah banyak kali jugak saya kongsi resepi buat donut.Antaranya :
Memang nampak macam pelik kan, boleh pulak ko buat donut tanpa uli bagai, tapi kalau kita tak cuba, mana nak tahu kan.hehe.Kalau ko rasa curious, tak salah pon kalau ko nak uli.Donut ko tetap menjadi dan gebus juga.Janganlah takut sangat.

selamat mencuba resepi donut gebus tanpa uli:)

Orait, selamat mencuba buat donut gebus tanpa uli ya kawan-kawan:) Jangan lupa hantar sikit kat jiran sebelah rumah kalau donut ko jadi gebus gebas nanti.hihi.