Cara Sebenar Buat Donut Kentang Supaya Gebu dan Lembut

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pejam mata, bangun sahur dan berbuka..eh..eh dah masuk 22 Ramadhan kita ya?AlHamdulillah.Kesempatan berada dalam Ramadhan kali ini saya sekeluarga dikurniakan kesihatan tubuh badan dan dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan lapang dada.

donut kentang yang gebus dan lembut di dalam

Ini pula donut kentang terbaharu yang baru sahaja saya sediakan untuk minum petang anak-anak time cuti sekolah.

Donut kentang sedang dalam proses pengembangan

Petang semalam, saya teringin mencuba buat donut kentang pula sebagai antara hidangan berbuka kami sekeluarga.Kalau ikutkan sebelum ini saya ada beberapa kali juga buat donut ni, tapi kebanyakannya tidak menjadi dan ada pula doh yang saya uli lembik semacam.hahha.Itu belum part lagi donut saya tak kembang.Ada jugak yang keras sampai boleh pecahlah dinding buat baling.haha.

Untuk dapatkan saiz donut kentang sederhana bulat macam ni, saya mula dengan saiz sebesar separuh tapak tangan je.Tapi bila dia mengembang, jadi saiz macam ni. 

Itu pengalaman pahit saya dalam arena pen"donutan"lah.erkk..maafkan bahasa yang tak berapa senonoh yang saya guna tu.muehee.

Tapi semangat nak belajar dan buat donut yang terbaik tak pernah pudar dalam diri saya.ceh gitu.Sebabnya saya dan anak-anak pengemar donut yang sedap dan gebu.Encik Suami? Err.dia kurang sikit bab kuih atau makanan yang manis..tapi masak apapun kalau sedap, dia belasah jugak..heheh.

kalau dapat makan seketul time panas-panas ni memang mantaplah!..:)

Campuran kentang dalam donut juga menjadi asbab donut menjadi lebih gebus dan lembut.Rasanya juga lebih sedap:)

Gigihlah saya google merata dapur geng blogger masakan untuk dapatkan resepi yang saya mudah hadam.Maklumlah, resepi donut kentang di alam maya ni memang banyak, kena cari satu resepi yang kita betul-betul boleh buat dan faham cara menyediakannya, barulah berbaloi dan tak membazir kan.Akhirnya, saya jumpa satu resepi ni, dan saya pilih untuk mencubanya.

Boleh juga tengok entri ini kalau nak tengok cara saya buat bebola donut kentang yang gebus dan sedap:)- Step By Step Buat Bebola Donut Kentang yang gebu dan sedap-

Hasilnya cukup memuaskan hati.Memang sangat terbaik.Sekali buat terus jadi beb!Sampai anak-anak saya mintak buat lagi donut kentang pada hari esoknya.nampak tak penangan donut dengan resepi ni?muehee.Meh, kepada sesiapa yang tengah dok cari resepi donut kentang yang confirm jadi gebu dan lembut, boleh ambik resepi ni:)

Cara Sebenar Buat Donut Kentang Supaya Gebu dan Lembut
Sumber resepi : Yatiememories
Bahan-Bahan
500 gram tepung gandum ( setengah kilo tepung )
200 gram kentang/ keledek yang telah direbus dan dilenyek ( saya guna 1 biji kentang saiz sederhana )
4 sudu besar susu tepung ( saya guna susu dugro anak )
1 biji telur ( dipukul sedikit)
200 ml air suam ~ saya uli doh guna tangan je, so masukkan air sikit2 ya
3 sudu besar marjerin/butter ( saya guna butter)
3 sudu besar gula
2 sudu kecil yis ( bersamaan separuh paket yis 11g)
Caranya Menyediakan Donut Kentang Gebu
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, 
  2. Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  4. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnya seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  5. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba
  6. Memandangkan donut ini dibuat dengan campuran kentang, saya lebih suka salut dengan serbuk gula. Apapun, saya memang reccomended resepi donut kentang ini sebab saya sudah mencubanya dan menjadi biarpun baru pertama kali membuatnya ( ikut resepi ini).
Buat Bisnes Bakeri Dari Rumah
Saya ingin menarik perhatian Golongan Isteri / Suri Rumah Yang Ingin Menambah Pendapatan Sampingan Hanya Dari Rumah! Mari Saya Tunjukkan Anda Bagaimana Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah Dan Menjana Pendapatan Sampingan 3 - 4 angka Sebulan!!

Apakah perasaan anda jika anda boleh menjana pendapatan RM200 hingga RM1,000 sebulan SECARA SAMPINGAN DAN HANYA DARI RUMAH! Serba-sedikit.. pasti ianya akan dapat membantu kehidupan anda bukan?


Terima kasih sudi baca entri ini dan selamat mencuba buat Donut Kentang gebu dan lembut :)

Post a Comment

15 Comments

  1. salam
    kalau tak nak guna susu tepung dan diganti dengan susu soya boleh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmslm tuan,
      saya tak pernah cuba lagi.Tapi kalau susu soya tu serbuk susu soya macam yg saya guna serbuk susu tepung, mungkin boleh..kalau nak cuba, buat sikit dulu ya!

      Delete
  2. Replies
    1. wahhh..tahniah:) inshaAllah kalau langkah menyediakannya betul, donut kita akan jadi lembut dan gebus kann:)

      Delete
  3. Replies
    1. kalau sis nak frozenkan donut ni, boleh goreng sekejap utk matikan yis.Masuk dalam bekas kedap udara atau tupperware dan simpan dlm chiller sahaja.Simpan dalam pek plastik pon boleh.

      Delete
  4. Kentang tu kalau terlebih atau terkurang jadi x? Susah pula respi ikut gram sbb xde penimbang😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut sukatan resepi, saya guna 1 biji kentang saiz sederhana puan, inshaAllah, takde masalah, donut jadi dan tetap lembut dan gebus.Cuma kalau terlebih kentang, adunan jadi berat, dan bila digoreng dia makan minyak nanti.

      Delete
    2. Puan,sy dh cube hari yg sama hritu,sy rs telebih kentang,betul ckp puan mkn minyak,sbb adunan byk,sy jadikanfrozen yg lebihnya,lg berminyak sbb 2x goreng..akhirnya sy masak dlm air fryer,ngam2 je,xminyak n masih sedap..

      Harini nk cube lagi kurangkan kentang pulak😊

      Delete
    3. semoga dipermudahkan ya, saya pun banyak kali cuba buat resepi donut, tapi kalau buat donut kentang saya akan ikut resepi ni, mememang menjadi, InshaAllah:)

      Delete
  5. Dalam semua resepi sy jumpa kat internet, ini yg plg simple.
    Terima kasih.
    Sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba sis, saya memang suka resepi yang simple..hehe..

      Delete
  6. Salam sis.. Yis tu terus masuk je ye serbuknya? X perlu beranak kn dia dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat donut ada banyak versi sis, ada resepi yang kita kena bancuh yis hingga kembang dulu, ada juga resepi yang kita masukkan terus yis kering dalam adunan.Saya ada kongsi dua-dua cara dalam blog ini, boleh cari kat mana-mana resepi donut dlm ni ya.Selamat mencuba:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!