Resepi Mi Goreng Yang Sedap, Simple Dan Mudah Disediakan

As Salam,
Resepi Mi Goreng Yang Sedap, Simple Dan Mudah Disediakan-Maaflah pakcik tukang masak mi goreng kat kedai mamak kalau resepi mi goreng yang bakal saya kongsikan ini akan mengugat bisnes masakan pakcik ya.kikih.Bajet macam Food Blogger gitu.Padahal. saya ni hanyalah tukang masak level cobaan lagi.Senang cakap, saya level mak-mak yang baru pandai belajar memasak yang sedap-sedap:)

Mi goreng Simple Tapi Sedap dari Kitchen Cik Matahariku:)

Ingat tu, boleh memasak dan memasak dengan sedap adalah dua perkara yang berbeza.Semua orang boleh memasak, cuma level memasak sedap tu, tu yang saya sedang usahakan sekarang.Doa-doakanlah saya mampu menyediakan diri untuk sentiasa mahu belajar dan belajar.aamiin.

Mi goreng favourite family dengan resepi Encik Suami-Kalau kat rumah ni, nama mi goreng ni ialah Mi Goreng Ayah:)

Mi Goreng Pilihan Keluarga
Alkisahnya, saya anak beranak memang suka akan mi goreng.Resepi yang saya mahu kongsikan ini pun saya tiru dari cara memasak Encik Suami setiap kali dia menyediakan mi goreng untuk kami sekeluarga.

Biasanya kalau bab masak mi goreng ni, saya cuma tukang sediakan bahan, Encik Suami yang akan masak dan goreng mi tersebut,Saya selalu cemburu dengan kepakaran suami memasak segala mak nenek mi.Mungkin ramai jugak suami korang kat luar sana yang macam tu.Buat air milo yang sonang tu pun tak sehebat  dia masak  mi goreng kan.mueheh.

Mi goreng ni kalau nak bagi feel lagi time kita makan haruslah kita perah limau tu, ditambah dengan telur mata seketui, barulah lagi mantap kan.:)

Resepi Mi Goreng Basah Yang Simple dan Mudah
Sumber resepi : Encik Suami Blogger Cik Matahariku
Bahan-Bahan
900g mi kuning ( saiz hidangan untuk 5-7 orang dewasa makan)
satu ikat sawi
satu packet fishball
satu cawan isi ayam
satu cawan taugeh
5 ulas bawang merah (dikisar/ tumbuk)
3 ulas bawang putih  (dikisar/ tumbuk)
1 labu bawang merah saiz sederhana dihiris
satu gengam ikan bilis (dikisar/ tumbuk)
setengah cawan cili kering yang sudah diblend ( cili kering direbus terlebih dahulu, kemudian blend)
5 sudu makan sos tiram
5 sudu makan kicap lemak manis
3 biji telur
1/2 cawan air
Gula dan perasa yang secukupnya
Minyak yang secukupnya

Cara Menyediakan Mi Goreng Yang Simple Mudah dan Sedap
  1. Cuci sebentar mi kuning dengan air panas menggunakan tapis.Tujuannya nak bagi hilang bau mi kuning.
  2. Tumbuk bawang merah kecil, bawang putih dan ikan bilis atau kalau malas boleh blend kasar.hehe.
  3. Hiris satu labu bawang  yang saiz sederhana tadi.
  4. Siapkan potong sawi, bersihkan taugeh dan potong dadu atau hiris nipis isi ayam.
  5. Panaskan minyak secukupnya dan goreng terlebih dahulu hirisan bawang merah tadi sehingga naik bau,
  6. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk, diikuti cili kering yang diblend.
  7. Masukkan pula sos tiram, kicap lemak manis dan sedikit gula.Masukkan juga isi ayam dan setengah cawan air
  8. Biarkan sebati dan sehingga terbit minyak.
  9. Pecahkan telur dan gaul perlahan.
  10. Masukkan mi kuning dan kacau semua bahan sehingga sebati.
  11. Masukkan sawi dan taugeh.
  12. Boleh dihidang untuk 6-7 orang makan.
Langkah Bergambar Menyediakan Mi Goreng Simple yang sedap

Bahan-bahan utama untuk masak Mi Goreng yang sedap.Dalam pic ni saya tak masukkan telur, kicap dan sos tiram.Yang tu memang dah sedia kat dapur kan, tinggal ambik je.

Hirisan bawang saiz sederhana hendaklah kita goreng dahulu. Kalau ikut tips memasak mak Muo saya, gorengan bawang ni akan membuatkan apa sahaja jenis mi yang kita masak lebih sedap dari biasa.Betul sangat tu, saya dah buat dan memang hasilnya sangat cemerlang.eh, dah macam ko baru ambik result peksa je, dah kenapa?kiki.

yang ni pula selepas saya masukkan bahan yang kita tumbuk.Kalau ikut rules dia, ko kena tumbuk, tapi memandangkan den nak cepat, den blend kasar je.Ikutlah yang mana ko suka, asalkan jangan ko tabur bawang sebiji sejebon sudah!

Part ni saya dah masukkan cili kering blend, sos tiram dan kicap.Juga dah masukkan sedikit gula.Saya tak masukkan garam sebab kicap dan sos tiram biasanya dah ada kandungan garam.Kacau perlahan dan biarkan bahan tumisan ini terbit minyak.Gambar kelabu asap sikit sebab asap dari bahan tumisan menganggu pencahayaan.haha.iyolahhh.

Bila dah terbit minyak, masukkan pula hirisan ayam dan fishball.Kacau sebentar.Masa ni boleh masukkan setengah cawan air.Tak payah banyak guna air sebab hirisan ayam tu juga akan keluarkan air juga.

wahhh...masa ni bau masakan ni dah semerbak tau.Nampak sedap tak?kehkeh.Rahsia mi goreng sedap ialah pada bahan sambal atau tumisan yang ini, masa ni ko dah boleh try rasa dia dah cukup semua ke belum.yeahh.Jom kita teruskan perjuangan kita.eh. Ko ikut jelah.Kata nak masak mi goreng yang sodap.gitu.

Kali ini saya masukkan pula dua biji telur.Ini cara saya masak mi goreng supaya rasa telur tu sebati dengan bahan sambal mi goreng kita:) Kacau perlahan.

Orait, masukkan mi goreng sejati korang:) Jangan takut mi goreng jadi kembang atau hancur.Dengan teknik dan tips resepi ini, mi kuning korang sebenarnya menjadi lebih lembut, tak pahit dan tak kembang.Believe me guys:)InshaAllah:)

yeahhh.Bab masukkan sayur pula. Tak payah beriya sangat time kacau sayur sawi dan taugeh ni.Sebenarnya lagi sedap kalau dapat makan taugeh yang masih rangup lagi.Tips pilih sayur sawi ni pulak, kalau ikut Encik Suamiku, guna sawi yang kecik (pendek je batangnya) dan berbunga kuning tu.Sawi jenis ni tak pahit dan lebih manis sesuai untuk masak mi goreng.Den pun heran tang mana Encik Suami belajar benda ni semua, yang den tahu dia dulu ambik degree pengurusan hartanah, apa kaitannya tanah dengan sawi ek.confius den.haha.

Haa.Nampak tak? Korang dah nampak tak kesedapan mi goreng resepi Encik Suamiku ni?Mi Goreng ni simple dimple je tak payah ko nak masukkan udang dan sotong bagai, tapi rasanya sangat menyelerakan dan akan buat orang yang sedang berdiet tu buat cheat day.kiki.

Nah, sedia untuk dihidang kepada insan tersayang:)

Cerita pasal mi goreng ni, memang macam-macam gaya dan tips kan.Saya pun taklah kata mi goreng orang lain tak sodap.Pernah tak korang makan mi goreng bodoh ( sebab hanya mi goreng dan sedikit sawi dan taugeh ) tapi rasanya tersangatlah sedap kan.Yup! saya pernah makan yang macam ni kat cafe Hospital Muar.Memang legend mi goreng tu:)

Mi Goreng secukup rasa, kaya dengan ramuan bahan tumisan dan asas sambalnya yang sodap:)

Satu lagi, mi goreng dalam kenangan yang saya tak boleh lupa rasanya yang enak ditambah dengan udang besor yang melingkau (melingkar) dalam pinggan tatkala makan di sebuah restoran di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.Memang sedap, sampai sekarang walaupun dah berbelas tahun, saya masih ingat rasanya.wow!!

Tips Mi goreng Sedap
  1. Guna bawang merah dan putih serta ikan bilis yang ditumbuk.Gabungan 3 bahan ini untuk paste sambal mi goreng, bihun goreng dan kueteow goreng memang mantap rasanya.InshaAllah.
  2. Elakkan guna sos cili sebaiknya guna cili kering yang diblend, barulah pedasnya terasa pedas yang sebenar.heheh.Tips ini untuk yang suka pedas.Kalau suka pedas suam-suam kuku, bolehlah guna sos cili, tapi kurang mantaplah rasanya nanti:)
  3. Hirisan bawang yang digoreng menambah keenakan mi goreng.
  4. Sos tiram dan kicap lemak manis digunakan bagi menjadikan warna mi kuning sedikit gelap, barulah ada feel nak makan mi goreng yang sedap kann.
  5. Penggunaan telur sangat wajib bagi menambah rasa dan membuatkan mi goreng kelihatan basah.
Syukur kepada Allah, beri kemudahan dan peluang kepada kami sekeluarga untuk kongsikan cara kami masak Mi Goreng supaya anda juga dapat cuba resepi yang sama dan merasai keenakan mi goreng ini.InshaAllah pasti sedap:)

Saya juga ada kongsikan resepi dan cara kami sekeluarga masak aneka mi seperti berikut, boleh klik link untuk lihat cara bergambar dan resepi kami di sini :
Terimalah resepi yang saya kongsikan ini sebagai pilihan kalau korang nak try masak mi goreng yang simple tapi rasanya tetap sedap.Selalu jugak kami hidangkan mi goreng ni kalau ada family datang berziarah atau anak-anak request nak makan mi goreng.

Thanks for reading this entry:) 

Post a Comment

4 Comments

  1. aduhai...menggelegak perut akak tgok ni..simple jer mee gorengnya tapi menggamit kalbu..okey dah sihat nanti akak nak buat mee goreng style ni la...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, selamat mencuba resepi ni sis, inshaAllah, hasilnya pasti tak mengecewakan:)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas resipinya puan. Sebelum ni sy cuba resipi puan utk bihun goreng dan kuetiow goreng. Memang sedap. Kali ni nk try utk mi goreng pula😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh..alhamdulillah, cukup pakej la kiranya ni kalau puan ikut resepi mi goreng pula..heheh..selamat mencuba:) resepi ini juga sesuai untuk jualan atau jamuan ringan sebab bahan ringkas sahaja tapi rasanya sedap!

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!