Kenangan Annual Dinner Sekolah Dengan Tema Glitz n Glamz Yang Pasti Meletup

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kenangan Dinner Sekolah Dengan Tema Glitz n Glamz Yang Pasti Meletup- Macam biasa.Entri ni saya publish sebaik sahaja tuan tanah kedaung dah ada masa free untuk update blog. Lepas tu sibuk mengadu kat Encik Suami, kenapalah Earning Blog saya ni lambat sangat nak boleh cash out.Dasar malas update Blog, tapi nak untung banyak.hiks. Sapa Blogger kat sini, mesti ada perasaan macam saya kan. Harap korang semua murah rezeki dan dah berjaya cash out earning untuk tahun 2025..aamin.

Okey, mari kita teruskan dengan event sekolah yang biasa berlaku dekat hujung-hujung sesi persekolahan.Dinner sekolah saya tahun ini dibuat di Pelita Ballroom, Avillion Hotel Port Dickson.Den dok PD gais, pilih je hotel mana nak buat, yang penting seiring dengan bajet kan.Apapun Alhamdulillah.Menu depa memang sedap dan boleh repeat kalau sesekali teringin nak rasa makan hotel.

Banner pun grand kan.Macam biasa, saya pernah share sebelum ni, cikgu-cikgu sekolah saya memang ramai yang berbakat, dan kite orang jenis bersungguh kalau buat sesuatu.Ada depa sebut, semua benda buat nak grand gitu.hehe.

Kenangan Dinner Sekolah Dengan Tema Glitz n Glamz Yang Pasti Meletup
Pasti ramai yang tak sabar nak tengok outfit member cikgu sekolah saya kan. Tahun lepas saya ada share Annual Dinner dengan Tema Movie Character-ramai yang views dan baca entri tu.Jadi, saya buat kesimpulan mudah, ramai yang suka bila saya share post tema Annual Dinner sekolah kan. 

Kita mulakan dengan outfit geng Cikgu lelaki dengan tema Glitz n Glam. Ada yang menang King of the Night, ada jugak yang dapat Best Dress.Cuba korang teka dulu yang mana satu dapat award malam tu.Saya akan declare kat post last nanti.Tungguuu.

Memandangkan tema majlis Glitz n Glam, seharusnya fesyen pakaian malam tu paling kurang mesti ada blink-blink n glam lah kan. 

Antara hadiah-hadiah menarik cabutan bertuah majlis Dinner sekolah saya. Ada lagi yang tak masuk dalam gambar antaranya Bar Gold dan juga TV sebagai grand prize.Tahun ni takdak pulak pic saya meriak dengan tiket cabutan grand prize sebab den tak dapek ponn.hihi. Takpelah.Allah tu maha Adil. Kalau tiap tahun awok sahaja yang dapat, bengang jugak member lain kan.haha.

Dinner Sekolah Adalah Malam Penghargaan Dan Meraikan Kejayaan Guru dan Staf
Saya tak pasti objektif sekolah atau company korang buat Dinner setiap tahun.Tapi bagi saya secara personal Majlis Makan malam atau High Tea yang dianjurkan mesti ada unsur meraikan rakan sekerja yang cemerlang dalam pencapaian tahun semasa, rakan yang akan berpindah atau bersara atau inisiatif majikan sendiri bagaimana dia meraikan anak buah (pekerja ) di bawah pentadbirannya.

Lain majikan lain cara menghargai pekerja atau orang bawahannya.Cuma saya menyukai cara mantan Guru Besar saya semasa berkhidmat di KL dahulu, punyalah effort dia nak hargai guru dan staf bawah pentadbirannya, tiap tahun semasa Majlis Anugerah Cemerlang atau Sambutan Hari Guru, dia sendiri yang akan cadangkan buat Anugerah Guru. Yang istimewanya cara mantan GB saya ni, Anugerah yang dia buat tak berlebihan, dan semua orang terpilih mengikut kategori yang dia sendiri cadangkan.

Misalnya dia cadangkan buat Anugerah RPH terbaik, Kehadiran Penuh, Guru Penyayang, Guru Inovatif dan banyak lagi, tapi setiap anugerah tu dua tiga orang yang akan terima penghargaan tersebut.Tiada satu pun yang terkecuali, semua terima Anugerah. Sebagai orang dewasa, saya faham je tujuannya supaya semua orang happy dan menjaga perpaduan sesama rakan guru.Lagipun, bila semua guru terpilih mengikut kategori yang di cadangkan, semangat berpasukan akan lebih mantap dan kuat,Betul tak?Semua orang diraikan secara tulus dan kasih sayang.

Cakap soal bajet, nak tahu apa yang kami terima masa tu semasa terima anugerah? Simple  sahaja contohnya sekeping sijil dan keychain, atau sekaki payung, atau ada juga mug.Tapi semuanya happy.

Gambar-Gambar menarik sekitar majlis Makan Malam Sekolah

Kami juga meraikan ketua kerani (cc ) sekolah yang telah berpindah ke sekolah lain pada September lalu. Semoga beliau dapat meneruskan khidmat cemerlangnya di sekolah baharu.

Turut meraikan rakan sekerja Cikgu Hakim yang berjaya dalam permohonan pertukarannya, bakal menjadi guru di Daerah Nilai.Dia ni pangkat adik-adik kat sekolah.Kategori Cikgu muda yang saya perhatikan kerjayanya boleh berkembang dengan lebih baik lagi, seorang yang rajin, bersemangat menjalankan tugas dan mudah untuk bekerjasama.Akk doakan Akim terus cemerlang di sekolah baharu.

Teacher Putih, Guru Bahasa Inggeris yang akan bersara seawal minggu pertama persekolahan sesi 2026.Beliau request untuk meraikan majlis persaraannya sekali dengan Dinner sekolah. Memang seorang guru yang sangat sporting, very motherly dan disenangi semua rakan guru.Selamat Bersara Tc Puteh Aliza :)Semoga happy dan tenang selalu melewati alam persaraan.aamin

Antara aktiviti menarik yang Jawatankuasa Penganjur sediakan pada Dinner sekolah kami ialah sesi bergambar siap pakej dapat terus foto.Memang menarik sebab inilah kenangan kita bergambar dengan kengkawan, kena pulak timingnya kita pakai baju Glitz n Glam kan.Haruslah ada foto kenangan.

Sesi penyampaian hadiah kepada rakan yang berpindah. Ahli Panitia BM menyampaikan hadiah kepada mantan ketua kerani yang telah berpindah.Kebiasaannya kami collect duit sama-sama dan wakil panitia akan uruskan untuk pembelian hadiah.Bajet duit biasanya kami bincang bersama juga sesama ahli.

Yang ini Penyampaian hadiah kepada Cikgu Hakim daripada Panitia BM. Yup korang.Kalau ada 5 orang yang pindah atau bertukar, 5 kali confirm kita orang semua naik pentas.haha.Saja nak cari glam katakan.Jangan marah na. Sebenarnya inilah kenangan akhir kita dengan kawan-kawan yang akan  berpindah. Semua tak nak lepas peluang untuk bergambar bersama.

Warga Ustazah KAP ( Kelas Agama Petang ) SKKBSR. Sekolah kami ada sekolah KAP di sesi petang.Dia macam sekolah KAFA kat Selangor atau KL tulah.Kat Johor depa panggil Sekolah Agama kan. Kami semua berada dalam satu kelab Kebajikan Guru & Staf SKKBSR.

Yeahh,Inilah pemenang bagi Award King n Queen of the Night. Setuju ke idok gaiss. Bagi saya yang berada di tempat kejadian, sangatlah setuju.memang selayaknya. Bagi saya, kalau kita pakai baju paling gemerlap dan glam pun, tapi kalau kita sendiri tak confidence, barisan juri pun boleh cam kan.hehe.Apapun, semuanya atas rezeki yang Allah dah tetapkan. Tahniah Cikgu Azie n Cikgu Yuslan.

Pemenang bagi Best Dress untuk tema Annual Dinner kami tahun ini. Happy betul nampaknya para pemenang ya.Kita doakan semoga rezeki mereka terus murah dan berjaya dalam apa sahaja pertandingan yang mereka sertai lepas ni. Happy for u Cikgu Zul n Ustazah Intan :)

Gambar penutup majlis :)

Alhamdulillah, kita telah selesai buat review ringkas event Annual Dinner Sekolah.Kemainn. Terima kasih kepada rakan jawatankuasa penganjur untuk Dinner Tahunan ni. Semuanya teratur, lancar, menu sedapp dan bestlah semuanya.

Cik Matahariku
Terima Kasih kepada teman-teman yang menjadikan setiap hariku di sekolah adalah hari-hari yang tenang, gembira dan membahagiakan. Semoga Allah melindungi kalian dengan rahmah dan penuh kasih sayangNya.aamin.










Post a Comment

0 Comments