Assalamualaikum,
Hmm..apa kabo mak-mak semalaya sempena cuti sekolah ni ?Masih maintain dengan jiwa yang tenang dan tabah atau sudah mula menjadi singa jadian.kihkih.Idoklah teman sanggup memikior hal-hal rumahtangga orang lain.Anak dan keluarga kita tanggungjawab kita.Syukurlah kalau anak nakai sikit pun sebab ada orang lain yang masih belum berjawab doanya tentang zuriat atau jodoh.Allahuakbar.
Memandangkan Dinner sekolah baru sahaja berakhir, maka cepat-cepat saya tulis karangan tentang Dinner kat dalam blog ini supaya memori majlis makan malam sekolah dapat terpahat dalam ingatan dan jadi kenangan indah bersama sahabat handai.
KISAH SEBELUM DINNER SEKOLAH
Ceritanya begini. Pada awal dimaklumkan oleh Kelab Guru & Staff sekolah tentang tarikh Dinner dan tema pakaian pada malam tersebut, saya tak ambik port sangat.Senang cakap, ia tak menjadi fokus saya. Yang saya tahu, tarikh tersebut masih lambat lagi.Nanti-nantilah pikir nak pakai tema baju macam mana.
Selang dua minggu sebelum majlis, timbul perasaan malas untuk menyertai majlis tersebut walaupun yuran sebanyak RM40 sudah dibayar. Majlis Dinner ni dibuat di Ancasa Hotel and Resort, Port Dickson. Perasaan malas tu datang sebab saya tak get ready dengan pakaian yang sesuai.Adehh.Bila hari semakin dekat, saya hampir sahaja tersalah tarikh. Perasaan tak mahu attend majlis tu semakin kuat bila tahu, hari yang sama Encik Suami pun ada Dinner company juga.Masa ni fikir ada alasan untuk uruskan dan jaga anak-anak dan mak di rumah.Kononnyalah kan.haha.
Sungguhlah.Allah tu Maha berkehendak.Pagi hari sebelum Dinner sekolah, beberapa rakan di sekolah bertanya tentang aktiviti pada malam tersebut.Masing-masing janji nak duduk semeja.Siap pesan siapa sampai dulu copkan tempat.Masa ni saya plan nak senyap-senyap je tentang ketidakhadiran saya ke majlis tersebut.Sehinggalah seorang adik ( antara yang agak rapat dengan saya ) di sekolah bertanya saya akan pergi dengan siapa? Tak sampai hati nak bohong sebab dia ni baik sangat kat saya.Bila cerita hal sebenar, dia siap pujuk sanggup ambil dan hantar saya ke hotel. The rest is history.hehe.
Majlis Dinner Sekolah Paling Happening Dengan Tema Movie Character
Saya bukanlah jenis orang yang beriya kalau pakaian bertema ni. Just ada sikit-sikit tema atau tak nampak akward sangat, oklah tu.Namun saya respek habis semua kengkawan sekolah. Masing-masing sangat sporting dengan tema movie character.Jom saya kongsikan antara pakaian depa.Kotlah ada yang nak buat tema sama untuk Dinner korang nanti kan.Bolehlah copy paste atau ambik idea depa ni.
Kebanyakan yang dalam pic ni pilih watak dalam movie Harry Potter.Best kan diaorang ni. Pasti memasing sedikit sebanyak buat kajian di Pakcik Google pakaian character dalam movie tu.
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!