Jika DIA tidak Memberi

Dengan Bismillah,
Hari ke 11 Ramadhan ini bersamaan dgn hari ke 21 cik Matahari sdg dlm tempoh berpantang anak ke -4. Bermakna juga sudah 12 hari Cik Matahari meninggalkan puasa. Sebelum ini, cik matahari sangka dan fikir, slps ini jenuhlah mengganti puasa selama sebulan.. Huhu..ada terfikir jugak ( fikiran jahat) awat dulu tak plan betul2 time nak pregnant.. Hehe..

Tetapi bila punya kesempatan menonton di kaca tv, akan fadilat puasa dan kelebihan org yang menyediakan hidangan berbuka utk org yg berpuasa ( iaitu pahalanya sama seperti orang yg berpuasa ) terasa sgt kerdil dan ceteknya ilmu.Rupanya DIA MEMBERI KITA HIKMAH YG BANYAK BILA KITA SANGKA KITA TIDAK MENDAPAT..

Cik Matahari sangka ramadhan tahun ini tak berpeluang utk berterawih, mengaji @ bangun ditengah mlm.. Tetapi apa yang telah ditentukan olehNYA lebih baik malah tidak terkurang sedikit pun. Cik Matahari diberi peluang mnyediakan hidangan berbuka puasa untuk suami dan anak-anak.bnyak lagi yang DIA beri, cuma hnya ingin berkongsi sedikit pengalaman yang dirasai.semoga Allah Swt mengampuni dan memberkati diriku dan seluruh ahli keluargaku di bulan yang penuh barakah ini.. Amin.

Post a Comment

0 Comments