Breaking

Saturday, April 20, 2019

Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan Yang Gebus dan Melting Resepi Azlina Ina

As Salam,
Resepi Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan Jualan Cikgu Azlina Ina-Saya tak pasti dengan readers yang lain, tapi bagi diri saya, saya sangat menyukai cara Azlina Ina berkongsi resepinya dalam laman sosial miliknya.Caranya yang bersahaja, nampak betul dia kongsi resepi kuih, kek dan cookies jualannya dengan ikhlas.Padahal dia tahu, resepi yang dia kongsi tu adalah sama dengan resepi cookies jualannya.

Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan Untuk Jualan Resepi Azlina Ina

Hanya mereka yang berjiwa besar dan berlapang dada sahaja, yang penuh yakin bahawa setiap orang punya rezeki masing-masing.Kali ini saya kongsikan Resepi tart nenas yang gebus dan melting dari air tangan Azlina Ina.

Semoga Allah berikan kemudahan yang luas kepada Saudari Azlina Ina dalam perniagannya dan memberikan kesihatan yang berpanjangan agar dia dapat berkongsi lebih banyak resepi dengan kita semua.aamiin. Facebook Azlina Ina

Memang saya ambik masa untuk taip dan salin balik bagi proper penyampaian resepinya, tapi bagi saya pula ini adalah amal jariah yang dipanjangkan supaya lebih ramai yang dapat manfaatnya.InshaAllah:)

Jika anda ingin mencuba dan mengubah hidup anda seperti Azlina Ina, panduan Bisnes Bakeri Dari Rumah ini sangat membantu anda memahami selok belok memulakan perniagaan cookies dan kek hanya dari rumah:)-Klik banner untuk tahu lebih lanjut.

Jualan Tart Nenas Paling Masyuk dan Permintaan Tinggi Menjelang Musim Perayaan
Saya tidak hairan jika menjelang musim perayaan, para pembuat atau penjual cookies raya sampai tak menang tangan menerima banyak tempahan.Salah satu cookies yang banyak mendapat permintaan pelanggan ialah Tart Nenas Gulung.Sebenarnya kalau ikut saya, semua tart sama ada tart bunga, tart mawar, tart gulung,segala mak nenek tart nenas pun adunan resepinya sama atau lebih kurang kot, cuma bezanya bentuk dan tekstur.

Jadi, kalau ada kalangan pembaca blog saya yang memang selalu mendapat permintaan tinggi dalam cookies raya, sudah sampai masanya anda fikirkan untuk kembangkan lagi bisnes korang tu.Anda mempunyai sebab yang kuat untuk majukan lagi bisnes sebab dah ada regular customer dan ada peminat sendiri. Tambah jimat kalau buat bisnes di rumah ni, kita tak payah marketing pun cookies raya kita, depa dah tahu keenakan dan kelazatan cookies raya air tangan kita. kann?

 Selain Tart Nenas biasa, Azlina Ina juga turut menjual Tart nenas Cheese iaitu resepi terbaru beliau.Semakin bertambah nampaknya peminat tart nenas Azlina Ina.Kali ini peminat Cheese pula yang akan jadi pelanggan baru beliau.Hebat tak perancangan bisnes dari rumah Azlina Ina? I like the idea sis:)

Memang harganya sedikit mahal, tapi jika dibandingkan dengan rasa yang pelanggannya akan dapat, semuanya pasti berbaloi bagi peminat tart nenas:)

Mula bertindak sekarang, takut nanti bila anda mula mahu memikirkannya, anda rasa sedikit terkilan kerana ambik masa yang lama untuk kembangkan perniagaan.Saya sokong seratus peratus kalau ada yang mahu buat bisnes dari rumah sahaja:)

Dibawah ini saya kongsikan Resepi Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan Yang Gebus dan Melting Resepi Azlina Ina.Jika anda mahu mencuba resepi terbaru tart nenas Azlina Ina dengan versi taburan Cheese, boleh dapatkan resepinya di sini :
Tart nenas selepas disapu dengan kuning telur, nampak kuning keemasan warnanya.

Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan Untuk Jualan Resepi Azlina Ina
Sumber Resepi : Facebook Azlina Ina
Bahan-Bahan Utama ( Dapat 60 pcs )
3 1/4 cawan gandum (1/4 tu sukatan die kurang dr separuh cawan)
2 sb tepung jagung(supaya tart anda tak keras kejung bila sejuk)
2 sb tepung kastard (supaya tart anda rasa creamy sedap)
2 sb minyak sapi ( supaya tart gebu,gold dan rasa susu sedap )
1 cawan butter
3 sb susu pekat
1 biji kuning telur
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning

Cara Menyediakan Doh Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan
  1. Satukan bahan-bahan seperti butter, susu pekat, kuning telur, esen vanila, pewarna kuning dan minyak sapi dalam bekas adunan.Kacau guna senduk sahaja.
  2. Kemudian,masukkn 1 cawan tepung gandum,2 sb tepung custard,diikuti 2sb tepung jagung
  3. Kemudian,tuang baki selebih nya tepung gandum tadi.Nota : sukatan 3 1/4 cawan ni bagi sesiapa yang pakai acuan tart kalau pakai penggelek boleh tambah 1/4 jd 1/2 cawan.Maksudnya sukatan untuk guna penggelek 3 cawan setengah tepung gandum sebab nak doh keras sikit supaya senang nak gelek.
  4. Uli sampai dapat doh yang cantik dan lembut.
  5. Ambil sedikit adunan doh, dan masukkan sedikit dalam acuan tart.
  6. Tabur tepung atas dulang atau talam semasa menerap tart.
  7. Sapu sedikit butter atas tray sebelum diletak tart untuk dibakar dalam oven.
  8. Sapu kuning telur yang dicampur dengan pewarna kuning sedikit untuk dapatkan kesan gold pada permukaan tart.
  9. Panaskan oven pada suhu 170 darjah dalam 5 minit.
  10. Masukkan tart dalam oven dan bakar dengan suhu 160 darjah dalam 25 minit ( atau ikut oven masing-masing.
  11. Kalau nampak permukaan tart dah gold means tart nenas dah boleh diangkat.
Rupa tart nenas selepas digulung

tekstur tart nenas selepas dibakar, nampak gebus dan melting kann:)

Cara Menyediakan Jem Nenas
Azlina Ina tidak buat sendiri jem nenas tapi beli di mana-mana bakery.Sekiranya jem nenas yang dibeli agak masam, boleh masak balik di rumah dan tambah sedikit gula supaya lebih enak.

Corak acuan tart nenas yang digunakan oleh Azlina Ina

Saya memang salah seorang peminat tegar Tart nenas dan dah mencuba banyak jenis tart.Bagi saya tart nenas yang sedap salah satu cirinya ialah tekstur tart yang gebus dan melting.Kalau korang makan atau buat tart tapi hasilnya tak gebus dan melting, inshaAllah boleh cuba lagi.hehhhe.Tapi, setiap orang kesukaan berbeza kan.Apapun ini pendapat peribadi sahaja:)

Tart nenas ini boleh dijual dalam lingkungan harga RM26-RM28 bagi 50 pcs.

Lagi satu, jem atau inti nenas tu pun tak sedap kalau masam atau manis sangat.Jangan pulak inti jem keras.Pun tak sedap.Inti jem nenas kalau kita masak dia sampai caramelise gula dia tu, gerenti sodap dan tak keras jem korang.InshaAllah.

Bahan-bahan buat inti Tart Nenas
Oleh : Blog Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 kg parutan nenas - tanpa air
1/2 kg gula pasir
Air nenas
Kayu manis dan bunga cengkih
Daun pandan
Pewarna kuning

Cara Cara Menyediakan Inti Tart Nenas
1.Selepas diparut hendaklah ditapis dan ketepikan air. Tujuan ditapis adalah untuk mendapatkan berat isi nenas dan menentukan jumlah gula yang digunakan.

2. Jika parutan agak kasar, bolehlah dikisar seketika dengan menggunakan air nenas tadi menggunakan blender.
3.Tuangkan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Masukkan kayu manis, bunga cengkih dan daun pandan. 4.Masukkan sedikit pewarna kuning.
5.Nyalakan api perlahan dan dikacau sehingga air nenas kering. Inti nenas menjadi berkilat dan tidak melekat di daun pandan.
6.Bolehlah angkat dan sedia untuk digunakan. Gentel inti seberat 8 gram dan ia dapat menghasilkan 58 biji inti.

Orait, semoga dipermudahkan urusan anda semua untuk membuat sendiri tart nenas atau untuk buat jualan. Doakan juga kemudahan untuk saya sekeluarga dalam urusan dunia dan akhirat kami:) aamiin.


45 comments:

  1. 1 cawan butter ni sama dgn 250g ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam sis mana nak cari acuan jenis sia pakai?

      Delete
    2. wslm puan, boleh cari di bakery shop, online shop seperti shopee dan lazada

      Delete
    3. Assalamualaikum,sis resepi ni memang xpakai gula ke

      Delete
  2. Butter tu x perlu cairkan kn sis

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. maksudnya suku cawan sis:) terima kasih bertanya.

      Delete
  4. Sis.. yg ms kita masukkn tepung tu just pakai senduk je ye.. xpayah pakai mixer?

    ReplyDelete
  5. Nenas ape yg sesuai utk buat jem ye?

    ReplyDelete
  6. salam...boleh ke kita nak bentukkan jd tat landak/gunting dgn resipi ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut saya, boleh je guna resepi ni utk buat pelbagai jenis tart, bezanya rupa atau filling tart kann..

      Delete
  7. Nk uli jd doh tu pkai berapa cawan air?

    ReplyDelete
  8. Sis..kalau guna resepi ni utk buat tart blueberry boleh x?

    ReplyDelete
  9. camne nak buat jem nenas dia ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rujuk sini utk details cara buat sendiri jem nenas untuk tart nenas :https://cikmatahariku.blogspot.com/2017/06/resepi-tart-mawar-gebu-dan-sedap.html

      Delete
  10. Apa ganti utk minyak sapi yea..xde minyak sapi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau takde, boleh skip sis.Tak payah masukkan pun boleh.

      Delete
    2. assalamualaikum..minyak sapi tu perlu dicairkan dulu ke? boleh ke kalau saya guna minyak sapi yang dijual kat bakeri (packaging minyak sapi ala2 marjerin)?

      Delete
    3. wslm puan, cairkan dahulu lagi mudah puan..

      Delete
  11. Assalammualaikum cik matahari butter jenama apa ye yg digunakan utk buat tart?ke tak kisah jenama apa2 pun.t.q

    ReplyDelete
    Replies
    1. waslm sis, saya guna jenama buttercup, itu yang mampu..heheh..InshaAllah, tart masih menjadi, cuma ada yang berpendapat, kalau guna butter yang lebih mahal, rasanya juga lebih "mahal"..pada saya, yang ini pun dah sedap..

      Delete
    2. t.kasih cikgu matahari diatas pencerahannye

      Delete
    3. t.kasih cikgu matahari diatas pencerahannye

      Delete
  12. Salam sis,nak tanya, kalau butter tu tukar guna Marjerin pelangi boleh ke?

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum sis . maaf nak tanya . resepi ni tak guna gula aising ye ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waslm sis, resepi ini guna susu pekat.Jika puan nak guna gula icing, tiada masalah..

      Delete
  14. Assalamualaikum..maaf. nak tanye. Kalau lupa letak kuning telur mcm mane ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuning telur tu sebab nak bagi warna doh lebih cantik dan bagi lembut doh.Kalau terlupa, takde masalah besar sangat sebab kita boleh sapu kuning telur kat bahagian luar kulit tart.Lagipun tepung kastard yang kita masukkan dalam doh pun boleh naikkan warna doh jadi kuning creamy kan.

      Delete
  15. Kalau minyak sapi tak ada boleh ganti dengn minyak apa ya? Hbs dah d area saya

    ReplyDelete
  16. myk sapi tu boleh ganti dgn myk sayur ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. minyak sapi tu sebenarnya nak bagi doh kita lebih gebus dan berlemak. bau doh pun lain sikit kalau letak minyak sapi.ikut kesukaan masing-masing ya.

      Delete
  17. Assalamualaikum sis, trima kasih resipi nya, mmg gebu Dan berbaloi,sy first time buat trs mnjdi. smg Allah permudahkan segala urusan sis dunia Dan akhirat.. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih untuk doanya..tahniah buat first time terus menjadi>:)

      Delete
    2. Cara buat jem bagaimana pula perlukan minyak atau tidak?

      Delete
  18. Cara buat jem pula nk pakai gula minyak perlu atau tidak

    ReplyDelete
  19. Salam sis...Kalau jem nenas ready made tu keras..nak buat mcm mana ye..

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!

Post Top Ad

Your Ad Spot