SUKARKAH MENJAGA SOLAT KITA ?

SUKARKAH MENJAGA SOLAT KITA ?


masa sekolah agama dulu, ustaz ada berpesan seperti ini. Di akhirat nanti, dalam banyak-banyak amalan kita kat dunia, perkara pertama yang akan dicheck, dinilai dan dipersoalkan ialah tentang SOLAT KITA. Masa itu, buat dengar-dengar saja. tak ambil pusing pun, sebab belum wajib solat. tapi sekarang, kalau masih buat tak tahu, buat bodoh, buat-buat lupa..hmm..memang cari nahas kan..!

Pernah suatu hari, puteri sulung saya merungut sebab mama dia ni asyik suruh solat, solat dan solat..lalu saya uji anak kecil yg berusia 7 tahun ni, dengan ujian minda.hehhe..saya tanya macam ni. cuba tarik nafas, tapi jangan lepaskan..berapa lama boleh tahan ye?.Anak kecil saya dengan wajah luhur dan lurus, sungguh percaya akan mamanya, buatlah apa yang disuruh.Akhirnya dia beritahu : tak bolehlah ma..

Saya sedarkan anak kecil saya bahawa kita ni, nak bernafas pun dengan kehendak Tuhan, dengan kasih sayangNYA, solat tu sebenarnya tanda kita bersyukur dan berterima kasih pada Allah. Itu untuk anak kecil yang sedang berlatih solat. Anda bagaimana? mahukah ditunjukkan contoh yang lain, yang lebih besar atau contoh lebih mencabar, baru terasa ingin bersolat?

Ingat ye, bukan sahaja wajib mendirikan solat, malah menjaga waktu solat juga memerlukan komitmen yang bersungguh dari dalam hati kita.wallahualam..

Nota : catatan ini ditulis untuk menegur diri diri sendiri, moga jadi muhasabah dan peringatan...amin.

Post a Comment

2 Comments

  1. entry ni best. jom tengok sini. http://nurfara-hani.blogspot.com/2013/04/review-2-cik-matahariku.html

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!