Andai Masih Bermanfaat

Al Hamdulillah. Semoga setiap entri yang saya post ke blog ini memberi manfaat kepada anda dan kehidupan anda. Amin.



Dua tiga hari ini, saya tertanya-tanya sendiri, apakah yang mendorong saya membina blog ini.Secara peribadi, saya sekadar ingin mengisi masa dan memenuhi keinginan dan minat untuk menulis.Tetapi minda dan hati saya terkenang patah-patah kata yang dilontarkan oleh seorang pengacara di Astro Oasis ( berjawatan professsor, maaf saya tidak dapat mengingati nama penuhnya . Ketika itu, saya dan suami sedang menziarah sepupu suami yang baru melahirkan cahaya matanya.Sambil berbual,televisyen di ruang tamu rumah sepupu suami turut terpasang. Ketika itu, program di televisyen telah menarik perhatian kami, dan spontan kami semua berhenti berbual dan menyaksikan program yang disediakan sempena Hari Raya Korban itu.

Sungguh, saya terpegun dan patah-patah kata professor itu menyelinap masuk, jauh ke dalam hati saya.Katanya, (Lebih kurang begini, saya tidak dapat ungkap sepenuhnya dengan tepat. Biarlah dalam hidup kita ini, Fokus kita hanya kepada Allah. Kita hanya bersandar kepada Allah.)Kemudian, Professor itu menambah lagi :saya berdoa kepada Allah, jika ditakdirkan saya mati, saya ingin mati pada Hari Jumaat, Pada Bulan Ramadan.Saya juga berdoa, jika saya dan diri saya ini, tidak lagi memberi manfaat kepada agama, kepada keluarga, kepada suami, ibu bapa dan anak-anak saya, maka Tuhan ambillah nyawa saya..

Benarlah kata penulis sebuah buku yang pernah saya baca,apa sahaja yang dari hati akan sampai ke hati,pulang daripada menziarah, Encik Husband saya sempat mengulang dan mengulas kata-kata professor itu. Saya pun meluahkan hal yang sama.Bila teringat kembali patah kata professor itu,terdetik dihati saya untuk post kali ini, biarlah saya wasiatkan kepada anda para pembaca, jika ada manfaat yang anda perolehi, maka sebarkanlah dan kongsikanlah dengan sesiapa sahaja. Saya niatkan blog yang saya bina ini sebagai amal jariah saya, jika tiadanya saya di alam ini.Semoga jika dewasanya putera puteri saya nanti, mereka masih dapat menghimpun panduan dan nasihat saya, jika ditakdirkan saya dijemput Ilahi. Saya juga sudah berdoa seperti yang professor itu lafazkan. Semoga Allah mengampuni segala kesalahan dan kejahilan saya yang terdahulu dan terkemudian.

Saya juga mohon semoga Allah berikan saya lebih banyak Ilham, petunjuk, Taufik dan Hidayah pada masa mendatang, agar saya dapat menulis dengan lebih baik, lebih bermanfaat kepada anda, pembaca dan tetamu budiman di blog saya.saya masih belajar untuk berhijrah..

Post a Comment

1 Comments

  1. Nama sebenar Profesor yang saya maksudkan ialah Prof. Madya Dr. Muhaya.semoga kita juga dapat memiliki azam dan tekad seteguh dirinya dalam menghadapi dugaan ILAHI.Amin.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!