Dengan Bismillah
Sebenarnya saya hampir terlepas peluang melafazkan doa akhir tahun 1432 Hijrah semalam, dengan kesibukan menguruskan keluarga dan rumahtangga, tetapi Allah beri juga saya kesempatan itu.
Al Hamdulillah. Itupun sebaik sahaja saya selesai melafazkan doa akhir tahun, azan maghrib pun kedengaran dari masjid yang berhampiran rumah.Jadi, masih tidak terlewat untuk saya ucapkan salam Maal Hijrah kepada anda semua kan ?
| Salam Maal Hijrah ( 1433 Hijrah ) |
Ketika berbual dengan suami di dalam kereta, anak sulung saya mencelah dan bertanya: apa itu Hijrah mama..".Soalan ini timbul mungkin kerana dia terdengar DJ radio menyebutnya .Hmm..saya pun tak terfikir nak terangkan atau bercerita padanya tentang kisah penghijrahan Nabi dari Mekah ke Kota Madinah, kenapa Nabi berhijrah dan sebagainya. Lalu dengan peluang dia bertanya, saya pun bercerita tentang kisah Hijrah Nabi. Saya kaitkan juga maksud Hijrah dan memberi contoh yang sesuai dengan dirinya. Sebenarnya saya sedang melatih puteri-puteri saya bertudung dan bersolat lima waktu, jadi saya katakanlah kepadanya : Macam Iman pun boleh berhijrah, contohnya dari solat tak penuh kepada solat penuh, pakai tudung betul-betul ( kadang-kadang, bila berjalan ke luar, pergi pakai tudung elok je, time balik tudung semua terbang..). Dia senyap sahaja dan minta saya bercerita lagi. Saya minta dia mencari di internet kisah hijrah Nabi, dan dia boleh membacanya di situ. ( Anak zaman sekarang, melayari internet bagaikan permainan dia sahaja kan.?).
Anda bagaimana ?.Sebenarnya Islam nyata satu-satunya agama yang melengkapi seluruh kehidupan kita.Dengan berniat untuk berbuat baik sahaja, Allah sudah sediakan ganjaran disitu, apatah lagi jika kita berjaya melakukannya. Hebat kan, Maha PemurahNya DIA. Suatu masa dahulu, ketika bertugas di salah sebuah sekolah Rendah Islam di Johor, saya dan rakan setugas mengikuti retreat guru yang dianjurkan oleh Lembaga pengelola sekolah. Ketika ditanyakan kepada kami apakah azam dan niat kami dalam hidup ini, saya terpegun dengan salah satu jawapan seorang guru senior di situ. Luahnya pada sesi itu, dia ingin dirinya dan apa sahaja perbuatan dan tindaknnya menjadi" Sumber Hidayah kepada orang lain".
Sehingga sekarang,hampir 11 tahun meninggalkan sekolah itu,saya masih mengingati dan terkenang-kenang jawapan guru senior itu.Dalam diam, saya jadikan jawapan guru senior itu sebagai pencetus untuk saya menjadikan diri saya sepertinya. Ya, dia sudah berjaya menjadikan dirinya sebagai sumber hidayah kepada saya, kerana dengan jawapan itu, dia membuka pintu hati saya untuk berniat sepertinya juga.
Semoga anda juga mempunyai hasrat yang sama, Menjadikan diri anda sumber Inspirasi atau sumber Ilham kepada insan lain untuk berbuat lebih banyak kebaikan dan mencipta kejayaan.Aminn.
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!