Dengan Bismillah,
Sudah namanya manusia kan, pasti ada kelemahan dan kekurangan di sana sini.Teringat saya,sewaktu bakal suami menyatakan hasrat untuk memanjangkan perhubungan kami ke arah yang diberkati Ilahi,kegusaran saya yang paling utama ialah akan kekurangan saya yang tidak berapa nak pandai dalam hal masak memasak. Maklumlah saya ni anak kelima daripada 7 beradik, yang kebanyankannya perempuan. Saya ada tiga orang kakak dan dengan kelebihan itu, masa saya sangat kurang di dapur. Apa-apa hal tentang bab masak memasak, semua kakak-kakak saya yang uruskan..(wahh..senangnya hidup dia..).

Apa agaknya anda fikir yang akan saya beritahu bakal suami akan kekurangan saya ini? Pada mulanya saya bergurau dengan berterus terang akan hal sebenar, dan bakal suami saya memberi reaksi biasa-biasa sahaja. Mungkin dia tidak terfikir saya berkata benar ketika itu.Bila saya jelaskan lagi, saya tidak mahu dia anggap saya serba tahu hal-hal di dapur, ringkas sahaja jawabnya; " tak pe saya boleh ajar awak masak.".Masa ni saya anggap baik sahaja jawapannya itu. saya fikir dia sekadar ingin menyedapkan hati saya dan hati dia..hehe..( manalah ada orang lelaki yang akan gembira bila tahu bakal isterinya tak tahu memasak kan..?)
Dalam pada itu, Dia nikahi saya juga dengan kekurangan saya itu. Tetapi rupanya, aturan dan ketentuan Tuhan tiada siapa akan menduga kan. Setelah berkahwin dan mengenali keluarga mertua, saya dapati ibu mertua saya seorang yang sangat expert dalam pelbagai hal masakan. Maka bermulalah kursus memasak saya dengan ibu mertua sendiri. Anda bayangkan, seorang ibu mertua mendapat menantu yang baru belajar memasak..huh! saya bukan sahaja bertuah, malah sangat-sangat bertuah sebab mendapat ibu mertua yang mengajar saya apakah makanan-makanan kegemaran suami saya.
Kerana peristiwa dalam hidup saya ini, mengertilah saya. Allah berikan saya kekurangan itu, dan DIA berikan saya peluang dan ruang yang luas untuk saya memperbaikinya. Dengan kekurangan ini, saya masih di beri peluang untuk berasa bahagia. Hikmahnya sangat besar bagi saya. Hubungan saya dengan ibu mertua sangat rapat ( kerana setiap kali menziarah beliau di kampung, Ibu mertua saya akan mengajak saya memasak makanan baru atau mengajar saya makanan kegemaran keluarga mertua.)
Benarlah, pada setiap kekurangan itu ada manfaat dan kelebihan yang Tuhan berikan.Bersyukurlah...
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!