Saat-Saat Doa Di Kabulkan

Dengan Bismillah

Kalau tidak kerana ada seorang tetamu ( merangkap sahabat baik )di blog saya yang merisik khabar di FB, dan bertanya akan sepinya blog saya apabila dia menziarah, maka saya post entri ini : saya harap post pendek ini sedikit sebanyak dapat mengembirakannya.

Saya pilih entri kali ini dengan tajuk Doa kerana merasakan Maha Pengasih dan Penyayangnya Allah kepada hambanya. Tidak ada satu pun permintaan kita yang tidak di endahkannya. Saya merupakan fan pages bagi "cerita-cerita motivasi" iaitu sebuah pages yang berasal dari negara jiran (Indonesia ). Saya menyukai artikel dan tulisan dalam pages itu yang punya pelbagai falsafah dan motivasi.

Antaranya saya temui dalam salah satu artikel dipages tersebut tentang bagaimana Allah kabulkan doa kita. Menurut penulis itu, Allah kabulkan doa kita melalui 3 cara, iaitu :

  • Saat kita minta, DIA akan terus kabulkan doa kita
  • Saat kita minta sesuatu, DIA berikan yang lain yang lebih baik daripada apa yang kita minta.  
  • Saat kita minta, DIA tangguhkan pemberiannya kerana DIA menunggu waktu terbaik untuk kita mendapatnya
Selepas membaca artikel itu, saya diam berfikir dan menganalisa diri saya dan bagaimana Allah Kabulkan semua permintaan saya. Saya menunggu agak lama untuk mendapat anak lelaki dan ketika itu Encik Husband saya bergurau kalau kami terpaksa tunggu anak ke-11 baru mendapat anak lelaki pun tak mengapa..Wahh,sedapnya dia berkata kan? Yang kena lahirkan sampai 11 orang tu bukankah saya?Dalam diam dan tenang, saya mohon jika ada rezeki saya dan suami, semoga saya akan dikurniakan seorang putera satu masa nanti. Dan kini, Allah yang Maha Pengasih telah memperkenan doa saya.

Nur Muhammad Amsyar Iman-Hero mama
Walaupun saya baru sahaja mendapatnya, tetapi ia adalah doa-doa yang saya panjatkan kepada Ilahi  lewat lama dahulu. Namun dalam tempoh yang panjang itu ( sebenarnya tidaklah terlalu lama ) saya dan suami sangat bersyukur kerana dikurniakan 3 orang puteri, tambah-tambah lagi bila bertemu dimana-mana dengan pasangan yang mempunyai 3 anak lelaki, saya akan berbisik ditelinga suami, takpe..kita ada 3 orang anak perempuan kan ?.Dan kini apabila Tuhan telah memperkenankan doa saya, saya melihat benarlah Allah rupanya menunggu waktu terbaik untuk saya mendapatnya. Hero saya yang baru berusia 4 bulan ini, tentunya sangat bertuah kerana memiliki 3 orang kakak yang sangat pandai menjaganya dan menyayanginya.

Semoga segala doa-doa anda juga akan diperkenankan oleh Nya, tunggulah masa dan waktu terbaik, dan anda pasti mendapatnya. Insyallah. Amin.

Post a Comment

0 Comments